BEBAN 30

4.3K 426 13
                                    

Coretan hati |
Aryana Adela Bin Araein
07 November 2021
Sunday | Ahad

***

Aryana Adela menaip.

Mungkin situasi aku tak sama macam kau lalui. Tapi ambil lah apa yang berlaku. Ada banyak Adam Ashara dan Aryain katakan. Semuanya menyedarkan. Nasihat mereka dipenuhi dengan kekuatan.

Aku hilang sumber kekuatan. Dan kekuatan aku adalah Aryain. Maka, aku harus jadikan Adam Ashara sebagai kekuatan untuk aku teruskan kehidupan. Meski Aryain dah tiada, nasihat yang dia beri juga amat mendalam.

Maka semat dalam ingatan.

Aku mungkin tak lalui seteruk situasi yang kau lalui. Tapi aku faham sesetengah situasi kau. Hidup remaja tidak semudah yang disangka bukan ? Teramat sukar. Kadang aku berfikir, mesti seronok hidup tanpa toxic.

Kan ?

Tapi, itulah. Dunia ini tidak adil untuk orang baik macam kita. Lebih pentingkan darjat dan status.

Kau boleh nampak kalau orang jahat sentiasa terlepas dari kesalahan. Nampak ketidak adilan di situ. Bukan mahu memprotes, tapi nyawa harus dibayar dengan nyawa. Darah harus dibayar darah.

Jika dia terlepas di dunia, jangan bermimpi boleh terlepas dari akhirat. Aku pun tak pandai sangat bertutur, hanya meminta ajar pada Adam Ashara sahaja sikit-sikit. Maklumlah, my husband. Eak!

Saja bagitau.

Jadi, buat mereka yang selalu menganiaya orang lain, sila tuntut di akhirat. Bersenang-senang di dunia, maka bersusah-susah lah di akhirat.

Jika kau menjadi ibu suatu hari nanti, macam yang Adam cakap, didiklah anak dengan betul. Jangan sampai jadi pengganas.

Jangan didik anak mengikut zaman dahulu kala. Guna kekerasan untuk sedarkan anak. Itu bukan cara baik malah akan buat remaja lebih memprotes.

Jika ibu bapa mengetahui sejauh mana perasaan yang kami sebagai anak ini pendam, mohon sangat Fahami kami dengan situasi begini.

Ini adalah zaman dipenuhi toxic. Bukan zaman dahulu kala yang dipenuhi keseronokan sehingga membawa zaman kekerasan untuk mendidik anak ke zaman moden.

Tolong, hentikan kekerasan untuk mendidik anak. Itu bukan cara baik. Tuan dan Puan, mohon sangat hentikan kekerasan terhadap anak.

Hanya perlu marah, nasihat atau tengking tidak melebihi had. Dengar penjelasan anak. Jangan Tuan dan Puan membabi buta. Penjelasan amat penting.

Tidak mahu menyalahkan. Namun saya sebagai anak yang pernah ditampar ibu kerana Aryain, memahami. Sakit bahkan rasa diri sebagai anak yang teruk.

Jika tidak mampu kawal amarah, terus beredar dan cari sesuatu untuk tenangkan diri. Asal jangan pukul kami semata mahu sedarkan atau melepaskan geram. Takut andai syaitan menghasut jiwa, tindakan memukul berubah menjadi tindakan membunuh.

Naūzubillahi Min zalik.

Aryana Adela.





















C | BEBAN √Where stories live. Discover now