BEBAN 29

2.8K 387 1
                                    

Coretan hati |
Adam Ashara Bin Adaqs Arhan
07 November 2021
Sunday | Ahad

***

Adam Ashara sedang menaip di sini, maka tamatlah sudah kisah kami sebagai remaja. Meski ia sebuah cerita, ia bagai serupa dengan situasi yang dilalui oleh ratusan remaja di zaman ini jika diperhati lebih mendalam.

Di zaman kamulah yang mempunyai ratusan remaja yang mengalami situasi seperti Aryana Adela. Malah, jauh lebih sukar pabila dibandingkan dengan Aryana Adela.

Tidak semua orang dewasa mampu memahami kehidupan remaja. Ketahuilah bahawa kehidupan remaja dan dewasa, sangat jauh berbeza. Hidup dewasa, tidak sesenang mahu pun sesusah apa yang kamu bayangkan selama ini.

Jangan beria mahu menjadi dewasa. Ia tidak mudah jika kamu awal mengalah di zaman remaja.

Tidak semua orang dewasa mahu mengambil tahu tentang situasi kamu. Ada pun, hanya segelintir. Ibu bapa juga tidak semua mampu memberi perhatian kepada anak.

Apa pun yang kamu lalui, kekal tabah untuk menjadi remaja yang sebenar sebelum masuk ke fasa menjadi dewasa.

Bila nanti kamu menjadi ayah, didik dan beri perhatian kepada anak. Meski masih remaja, mereka mudah terpengaruh. Jangan jadikan anak sebagai pembuli, pembunuh mahu pun pemberontak. Jika berlaku, didikan kamu masih belum capai tahap memuaskan sehingga anak berkelakuan begitu.

Didiklah anak menjadi manusia yang berakhlak mulia. Jangan didik anak menjadi pengganas sehingga masuk dalam sekolah Juvana.

Ketahuilah bahawa anak yang baik dan berakhlak mulia adalah dari didikan kamu yang benar.

Untuk kamu yang bergelar anak, hargai didikan ibu bapa. Saat dipanggil, datang dan sahut. Bantu mereka sedikit sebanyak untuk mengurangkan beban mereka.

Ingat, sepanjang kamu hidup, kamu dibesarkan oleh kedua orang tua. Bukan orang lain yang perlu kamu dahulukan.

Jika salah seorang daripada kedua ibu bapa sudah tiada mahu pun keduanya sekali, kami serahkan Al-fatihah dan diiringi doa untuk kamu yang bergelar anak yatim atau yatim piatu.

Jangan bersedih. Kerana mereka yang tiada, sedang menunggu kamu dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya yang masih hidup agar berjaya dunia akhirat.

Maka, habislah sudah coretan hati daripada saya. Adam Ashara Bin Adaqs Arhan sudah melapor diri dan kini undur diri.

Sekian.

Adam Ashara.


























C | BEBAN √Where stories live. Discover now