BEBAN 21

2.5K 559 15
                                    

"Kami berserah kepada Mu. Kami bertawakal atas apa yang berlaku."

"Tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus makhluknya. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang kami dan kami tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendaki Nya. Kursi-kursi Allah, meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat untuk memelihara keduanya dan Allah maha tinggi, lagi Maha Besar. "

"Daripada Allah kami datang, dan daripada Allah juga kami kembali. Amin, Amiin, Aminnn yarabbal Alamin."

Setelah doa habis di Amin kan oleh Imam masjid yang menjadi ketua dalam pengebumian jenazah Aryain Firdaus, Aryana menahan perasaan sendu.

Sedih dan sayu.

Habis bacaan doa tadi, para jemaah yang lain mula beredar sedikit demi sedikit meninggalkan dia sendirian. Ibunya ? Ada. Menungggu dia di kereta.

Batu nisan yang tertera nama adiknya, di sentuh perlahan. Matanya berair. Dia cuba menahan tangisan, namun dia lemah. Airmatanya mengalir turun.

"Ary... K-Kenapa tinggal aku ?" soalnya dengan nada bergetar. Sungguh dia tidak percaya akan takdir Allah.

Sungguh kejadian petang semalam, sangat tidak di jangka. Hari Jumaat, menjadi hari terakhirnya. Dan hari ini, dia baru di kebumikan.

Kepala Aryana menunduk apabila minda mula terimbas akan kenangan manis mereka berdua. Kenapa bila seseorang itu sudah tiada, minda terus mengingat akan memori lama ?

Itu bertanda, kau sayangkan dia dan pernah bersyukur adanya dia.

"Ary... Why ? " tangis Aryana. Tanah yang masih merah, digenggam olehnya. Sungguh dia tidak kuat.

"Jangan menangis meratapi pemergiannya. Dia akan susah hati mahu pergi jauh Aryana." tegur Adam yang setia berdiri di belakang Aryana. Dia hanya memerhatikan sahaja gadis ini melepaskan rasanya.

Dia sendiri tidak sangka akan takdir Allah.

"Kau tak berada di tempat aku Adam Ashara." tegasnya.

"Even aku tak berada sama seperti kau. Aku tahu erti kehilangan. Kau boleh bersedih, tapi tidak untuk menangis meratapinya. Kau akan buat dia susah mahu pergi jauh. Biar kan dia berjalan dengan tenang Aryana."

"Tch. Aku tertanya, kenapa Allah tak pernah berlaku adil huh ? Dia dah ambil ayah aku, dan sekarang ? Adik aku."

"Jangan pernah persoalkan tentang keadilan. Allah maha adil akan sesuatu. Allah ambil dia dari kita, bermakna Allah lebih sayangkan dia daripada kita. Jangan pernah persoalkan kenapa nasib kau begini, Allah tak akan uji seseorang di luar batas kemampuannya. Apa yang pasti, kita perlu redha akan ketentuannya."

Aryana mengemamkan bibirnya. Airmata cuba di tahan.

"Tapi, aku tak kuat tanpa Aryain."

"Allah, Al-Quran dan zikirullah. Cari kekuatan melalui Allah dan cari ketenangan melalui Al-Quran dan zikirullah. Kau akan mendapat kan sumber kekuatan. Andai kau tiada bahu untuk menangis, kau masih ada lantai untuk bersujud dan menangis. Andai kau terasa di tinggalkan, masih ada Allah yang tak pernah meninggalkan hambanya melainkan hambanya yang sentiasa meninggalkannya."

"Bersyukur kita masih di beri nikmat kehidupan. Redha atas setiap perkara adalah satu ketenangan. Kau boleh bersedih, tapi tidak untuk menangis. Selemah apa pun kau dalam menghadapi ujian kehidupan yang berat dan lebih dahsyat daripada orang lain, percaya lah. Itu adalah jihad. Sama seperti jihad dalam belajar dan berusaha dalam melawan rasa malas."

Aryana diam apabila Adam memberinya teguran dan nasihat yang panjang berjela ini. Genggamannya pada tanah merah ini, kian melemah. Hati cuba ditenangkan dan senyuman tawar terukir.

Aryain...

"Apa yang berlaku, semuanya ada hikmah. Sentiasa lah mengingati mati kerana syarat mati tidak seharusnya tua. Tidak juga apabila pahala atau dosa kau banyak sebanyak buih di lautan. Jangan pernah mencintai dunia kerana dunia ini hanya tempat kita bertumpang."

"Bersabar, kuat dan tawakal kepada Nya. In Sha Allah, semuanya akan berlaku baik. Berhenti persoalkan tentang keadilan kerana Allah maha adil akan sesuatu. Aryana Adela, aku harap kau faham apa yang cuba aku sampaikan. Itu sahaja dari aku, assalammualaikum."

Aryana memejamkan matanya apabila Adam Ashara sudah berlalu pergi meninggalkan dia bersendirian di tepi kubur adiknya ini.

Airmata mengalir lagi dan Aryana mula teresak.

"Hisk... Maaf... Aku... Aku tak kuat Ary..."


















C | BEBAN √Where stories live. Discover now