BEBAN 14

2.6K 577 20
                                    

"Haih..." keluh Aryana.

"Tak baik mengeluh." tegur seseorang dan pantas mengalih perhatian Aryana kepada sang empunya suara garau tersebut.

Wajah Aryana berubah datar, apabila si penegurnya ini adalah, Adam Ashara. Lelaki ini duduk, semeter darinya.

"Bila kau duduk ? Kenapa tak bagi salam ?" soalnya hairan. Lelaki ini, lebih utamakan salam untuk menyapa daripada berkata hai.

"Aku tak tahu pula, kau termenung apa sampai tak sedar kalau aku ada bagi salam tadi. Kau yang khusyuk sangat termenung. Itu yang tak dengar salam aku." katanya lalu segera menunduk kan kepalanya. Botol minerel di tangan, di putar-putar perlahan.

Aryana hanya tersenyum kelat. Salam yang lelaki ini beri kan dalam beberapa minit yang lepas, di jawapnya dalam hati.

"Kenapa kau tak join yang lain main ?" Adam terus mengutarakan soalannya. Dari tadi lagi dia melihat gadis ini duduk sendiri di astaka.

"Aku tak minat." senada Aryana membalas.

Adam yang mendengar, tersenyum kecil seraya itu menggeleng.

"Kau tak minat, atau sedang memikirkan sesuatu ?" teka Adam yang berjaya membuatkan gadis ini terkaku.

Aryana ketap bibir dan mengeluh. Kenapa lelaki ini, suka sangat bertanya ?!

"Tak ada apa. Aku tak minat. Game dia orang hari ini, membosan kan. Setakat main tali skipping, apa citer!" rengusnya dan mata melihat rakan-rakan perempuannya yang sedang seronok bermain itu.

Dia bukannya tidak berminat, tapi ujaran ibunya pagi tadi, tidak berhenti menganggu mindanya. Ayat itu, sungguh merasakan bahawa dia sememangnya adalah beban keluarga. Beban yang selalu menaik kan amarah seorang ibu.

"Yana."

"Mmm ?"

"Kalau kau sedang fikir kan benda negatif yang menganggu minda kau sekarang ini. Better stop. Fikir kan benda yang positif sahaja."

Aryana terdiam. Adakah lelaki ini mempunyai kuasa untuk mengetahui apa yang seseorang itu fikir kan saat ini ?

"Bila kau terus berfikir akan kata-kata negatif, pandangan negatif dari semua orang dan kata penghinaan untuk kau, kau selamanya tak akan lepas dari aura negatif itu kecuali kalau kita menepis aura itu dan di gantikan dengan positif thinking. Apa yang orang bagi pada kita, abaikan, buang dan jangan simpan! Jangan biar kan negatif itu, menjadi asbab untuk kita menyerah." sambung Adam menasihati.

Aryana keluh lidah. Sungguh dia kagum dengan Adam Ashara ini. Lelaki yang matang dalam bertutur dan menasihati.

Kepala di alihkan ke sisi bagi melihat wajah lelaki ini dari sisi yang setia sahaja menunduk dan bermain dengan botol mineralnya itu.

"Aku, kagum dengan kau." pujinya.

Adam menggeleng.

"Jangan kagum dengan diri aku. Tapi, kagum lah dengan sang pencipta. Apa yang datang, semuanya berkehendak darinya."

"Tapi apa salahnya aku puji kau ?"

"Aku tak suka kan pujian manusia."

Kening Aryana bertaut. Kenapa pula Adam Ashara tidak suka kan pujian, sedangkan orang di luar sana sangat menyukai pujian dari manusia.

"Kenapa kau tak suka ?" soal Aryana ingin tahu.

"Aku tak suka sebab, dengan pujian yang manusia bagi, boleh membuat kan kita lupa diri siapa yang sentiasa ada dan bantu di saat kita kesusahan dan berjaya hingga sekarang. Kerana pujian, membuat kan manusia lupa diri dan mudah alpa akan pujian yang sentiasa manusia beri kan. Kerana pujian, membuat kan kita bangga diri lagi-lagi dengan rezeki yang telah di beri kan, sedang kan itu datangnya dari Allah. Rezeki itu, boleh di tarik sahaja dalam sekelip mata jika kita masih tidak sedar akan darjat sebagai hamba."

"Kita ni hamba yang lemah lagi lalai. Kadang iman kita tinggi, kadang juga iman kita rendah. Hati ini, sentiasa berbolak-balik. Jika kau lebih penting kan pujian, darjat dan status serta merendah kan orang bawahan dari kita, percaya lah bahawa janji Allah itu adalah benar. Dan kau boleh kehilangan segalanya hanya dalam sekelip mata jika masih angkuh pada setiap manusia. Kita hidup, bukan untuk pujian. Tapi kita hidup untuk menyediakan amal kebaikan untuk di hadapkan ke padang Mahsyar kelak."

"Aku bukan hamba yang sempurna. Tapi, selagi aku mempunyai ilmu tidak kira sedikit mahu pun banyak, aku juga perlu kongsi kan pada saudara dan saudari aku. Hidup ini, sentiasa lah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." tutur Adam panjang lebar dan dia bingkas bangun dari duduknya.

"Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk. Juga datang darinya." sejurus berkata, Adam terus menapak pergi dari astaka.

Aryana hanya mampu terdiam seribu bahasa sahaja apabila nasihat dan teguran Adam, menyedarkan dia tentang sesuatu.

Aryana tersenyum kecil.

"Kau boleh di jadikan sebagai pemimpin Islam ketika agama di tindas oleh orang munafik. Aku nak jadi macam kau, Adam Ashara. Mempunyai ilmu dan hebat berkata."












C | BEBAN √Where stories live. Discover now