BEBAN 03

3.6K 693 17
                                    

"Yana!"

Aryana menoleh ke belakang apabila Aryain memanggilnya. Keningnya terjungkit memandang kenapa dengan Aryain.

"Apa ?"

"Kau pergi tuision ke hari ini ?" soalnya setelah tiba dihadapan Aryana.

"Macam biasa. After balik sekolah, malam, hari ketiga dan kelima untuk tujuh hari dan hujung minggu." terang Aryana mengingatkan Aryain tentang jadual tuision yang didaftar oleh ibunya.

"Aku ikut."

"Tak payah lah. Nanti ibu marah. Tuision kau bukan hari ini."

"Tak kesah! Aku nak ikut juga! Aku dah daftar."

"Sendiri ?"

"Ye lah. Tak akan nak suruh ibu pula yang daftar. Nanti dia tambah tujuh pula kelas tuision kau. Hah nak ?"

"Memang tak lah. Tapi kan, kau kan dah pandai. Tak akan nak terlebih bijak lagi."

"Yana... Kepandaian kita ni setaraf. Pesaing kau tu yang terlebih bijak! Dia guna tiga otak sedangkan kita guna dua." kata Aryain malas.

"Tapi ibu still cakap aku bodoh." kepala Aryana tertunduk memandang lantai koridor.

Aryain yang melihat sudah mengeluh. Bahu Aryana dia peluk dan tarik rapat ke sisinya.

"Hey sis. Kau dah give up ke ?"

"Adalah sikit." sayu sahaja nada suara Aryana berkata.

Aryain mengeluh untuk sekian kalinya.

"Jangan lah awal sangat. Kau kan ada aku. Kita sama-sama harungi sebagai adik beradik kembar!" Aryain memberi kata semangat.

"Ye lah. Selagi kau ada, aku tak akan mengalah. Dah, jom jalan." lengan Aryain di tarik untuk di bawa berjalan keluar daripada kawasan sekolah.

Aryain hanya tersenyum melihatnya. Sesungguhnya, Aryana tidak boleh mengalah seawal ini. Masih panjang lagi masa dan untuk mengalah di pertengahan cerita, akan mensia-siakan segala-galanya, dan kau akan menjadi manusia terburuk jika mengalah seawal ini.

[ Be strong! ]

"Yana. Aku kelas G2. Kita tak sama."

"Alah kau ni. At least, kita serumah."

"Tapi aku nak dengan kau."

"Eee. Kau kenapa siak nak manja sekarang ni ?"

"Sebab aku sayang. Hehe." sengih Aryain lalu menggaru sisi kepalanya.

"Eleh, ngada!"

"Dahlah wei. Aku masuk dulu. Kita jumpa after balik." ujar Aryain dan segera masuk ke dalam kelasnya.

"Okey, kita jumpa after balik. Bye budak!" jerit Aryana lalu segera masuk ke dalam kelasnya yang berada selang tiga kelas dari kelas Aryain.

Aryana berjalan ke arah tempat duduk kosong yang berada di belakang. Tempat duduk sebelah dinding menjadi pilihannya. Aryana duduk dengan selesa sebelum mengeluarkan alatan tulisnya dan calculator.

Terkejut Aryana apabila kerusi kosong di sebelahnya ini di tarik keluar dengan kasar oleh seseorang. Wajah terus di dongak bagi melihat siapakah gerangan yang membuatkannya terkejut sehingga mahu terkentut lalu terberak ini.

Riak wajah Aryana terus bertukar cemberut apabila melihat si tuan badan sudah melabuh punggung di sebelahnya.

"Oh, hai Yana!" tegur Adam apabila dapat tahu, sebelahnya ini adalah Aryana yang duduk.

Kerusi yang dia duduk, di jarak kan sedikit untuk mencipta lebih ruang. Takut kalau gadis ini, tidak selesa kerana alasan jantina.

Aryana angguk tanpa memandang lelaki ini. Sibuk juga dia nak ikut duduk sini. Dekat sekolah pun, meja dia bersebelahan dengan mejanya. Dekat sini pun, duduk sebelah menyebelah.

"Hai." balas Aryana. Matanya sudah fokus pada buku latihan matematik yang memaparkan banyak angka.

"Tak sangka, kau masuk tuision yang sama dengan aku." ujar Adam memandang sisi wajah Aryana.

"Okey. Kau boleh buka buku." arah Aryana.

Adam menggeleng. Baginya, terlalu awal untuk dia buka.

"Yana." panggil Adam senada.

"Mmm ?"

"Kau masih marah aku tentang kedudukan kita ?"

"Tak lah. Kau buat atas hasil usaha. Buat apa aku nak marah sedangkan aku pun boleh usaha sehabis baik."

"Aku harap kita kekal jadi kawan."

"Yes. After exam kita kawan. Before exam kita musuh."

"Alaa. Kau ni, mana boleh!"

"Kau tetap pesaing aku."

"Kalau kau nak, second exam aku bagi kau chance untuk naik nombor satu asalkan kita tak jadi macam ni. Dah lima tahun kut kau buat aku begini setiap kali ada exam."

"Tak nak. Aku nak berjaya dengan usaha. Bukan nak berjaya dengan bantuan kau, yang mengalah hanya kerana aku."

Adam terdiam.










C | BEBAN √Where stories live. Discover now