BEBAN 02

4.1K 733 68
                                    

Waktu rehat begini, Aryana hanya meluangkan masa dengan buku sahaja. Macam yang ibu dia kata, dia bodoh dan hanya tahu bermain telefon sehingga lupa masa belajar.

Lupa masa makan tak apa lah. Tak ada siapa yang peduli pun. Lagi-lagi ibunya. Wanita separuh tua itu, hanya mempedulikan angka daripada kesihatan anaknya.

Aryain melangkah masuk ke kelas Aryana dengan membawa sekotak susu strawberry dan sebungkus roti coklat berjenama dorayaki. Makanan yang di bawanya, di letak perlahan atas buku Aryana yang berhasil menganggu fokusnya.

Aryana mengangkat wajah bagi melihat wajah Aryain yang hanya tersenyum kecil memandangnya.

"Hehe. Belajar, belajar juga. Tapi, jangan skip masa makan. Nanti gastrik datang ganggu fokus kau." tegur Aryain.

Aryana hanya mengeluh kecil. Hujung buku latihannya di lipatkan.

"Entahlah Ary. Aku pun nak pandai macam kau. Penat lah ibu selalu kata aku bodoh."

Aryain mengeluh lagi. Kerusi di hadapan kakaknya dia duduk tanpa memusingkan kerusi tersebut. Aryain menepuk perlahan meja Aryana.

"Hey sis! Kau tak bodoh lah! Kau pandai macam aku! Tapi, otak Adam je yang terlebih genius! Itu yang tak dapat lawan!"

Aryana mengangguk. "Hm.. Menyesal aku sekelas dengan dia. Dah lah pesaing aku. Macam mana nak dapat nombor satu ?"

"Cara dia senang, sama ada kau pindah kelas atau Adam pindah sekolah. Mudah bukan ?" cadang Aryain yang sepertinya tidak masuk akal.

Aryana menjeling Aryain yang hanya tersengih suka itu. Cadangan seperti apaan itu ?

"Lima tuision ibu daftar. Kau okey ?"

Aryana mengeluh. Ini satu hal lagi selepas hal nombor kedudukan.

"Okey. Macam tak biasa pula."

"Tapi, dah lima tahun kut ibu daftar kau lima tuision. Tak akan kau tak nak bantah ?"

"Bantah macam mana pun, ibu tak akan dengar dan kasihani aku. Sudah lah cerita pasal ni. Aku nak belajar." pasrahnya.

"Aip. Makan dulu." arah Aryain memegang tangan Aryana agar tidak kembali menulis.

"Nanti aku makan."

"Arh, tak ada! Makan sekarang depan aku!" arah Aryain tegas.

Terkerdip mata Aryana memandang Aryain. Ni dah macam abang mengarah adiknya.

"Kau ke... Aku tua ?"

"Aduh kau. Aku lambat dua saat je lah. Berkira!" marah Aryain.

Aryana ketawa lalu membuka bungkusan plastik yang di belikan oleh adik kembarnya ini. Aryana mencubit sedikit demi sedikit dan di suapkan ke mulutnya.

Aryain yang melihat hanya tersenyum lega. Aryana ni, selagi tak di pantau makan, selagi itu lah dia tak akan makan.

"Kau nak ?" soal Aryana lalu mencubit roti tersebut dan disuakan pada Aryain.

Aryain menggeleng tidak mahu. "Kau makan je."

"Haish kau ni! Makan lah! Nganga!" arah Aryana. Tangannya sudah berada di hadapan mulut Aryain bagi menyuruhnya membuka gua hitam yang di penuhi penghuni putih yang cantik tersusun dan teratur.

Amboi, bukan kemain ayat kau Dent.

Aryain mengalah. Mulutnya di buka bagi menerima suapan manja dari Aryana yang sudah ketawa suka.

"Hehe... Macam itu lah adik aku!"

"Tambah kembar eh. Adik kembar. Bukan adik. Aku bukan adik muda setahun atau dua tahun dari kau!" tegur Aryain dan menjeling tajam Aryana. Tidak suka dia bila di panggil adik tanpa tambahan kembar. Nampak sangat dia seperti di jadikan adik muda dua tahun Aryana.

Dia hanya lambat dua saat je lah! Sheesh!

"HAHAHAHAHA! Mana-mana lah adek oi! Kau tetap adik aku."

Aryain menjengilkan matanya tajam. "Tambah—"

"Kembar." sambung Aryana sengaja.

Aryain sudah merengus halus. Memang sengaja lah kembarnya ini mahu membuatkannya geram.

"Tak lawak lah Yana!" marahnya.

"Lah... Ada aku kata lawak ?"

"Arh sudah lah kau! Bagi habis susu tu. Aku pergi dulu." kata Aryain dan terus bangkit dari duduknya dan melangkah keluar dari kelas kembarnya ini.

Aryana hanya ketawa suka. "Eleh, harap je lelaki. Tapi, hati soft! Untung siapa dapat dia."













C | BEBAN √Where stories live. Discover now