BEBAN 15

2.7K 564 7
                                    

"Yana..." kepala di masuk kan sedikit ke bilik Aryana. Kelihatan kakaknya itu terlelap dengan kepala selesa di landing kan pada kedua pelipat tangannya yang berada di atas meja.

Aryain mengeluh kecil dan segera menapak masuk ke bilik Aryana. Kakak kembarnya yang sedap terlena, di dekatinya.

Aryain ukir senyum hambar saat melihat segala buku latih tubi dan segala buku sekolah Aryana terbuka dan memaparkan segala jawapannya. Bermakna, Aryana terlelap kerana sehabis baik menjawap segala latihan ini.

Pipi Aryana, dia usap dengan satu jari.

"Kau tak sepatutnya paksa diri even ibu sentiasa paksa kau. Diri kau pun, perlu rehat. Kau manusia. Bukan robot. Kau juga perlu kan rehat macam orang lain. Bukan bertungkus lumus melakukan semua ini, sehingga memudaratkan kesihatan." ujarnya perlahan kerana tidak mahu suaranya ini menganggu lena si kakak.

Aryain terus mencempung tubuh Aryana dan di letak perlahan atas katil. Tubuh itu terus di selimutkan olehnya.

Sebuah senyuman hambar, terukir lagi. Jarinya menyisip rambut depan Aryana ke tepi agar tidak menghalang pandangan matanya.

"Yana... Utama kan kesihatan. Bukan utama kan permintaan orang lain..." ujarnya lemah dan setelah itu, segera berlalu keluar dari bilik kakaknya ini.

Aryain bersandar pada badan pintu setelah pintu tersebut, di tutup. Dia mengeluh.

"Kalau jatuh kerana manusia, bangkit lah kerana pencipta."

[ Be strong! ]

"Yanaaa..." meleret sahaja suara Aryain memanggil Aryana yang sibuk menulis jawapan pada buku latihannya ini. Dia sudah naik bosan berada di dalam library sekolah ini.

"Apa ?"

"Jom lah, rehat dulu. Kau tak penat belajar ?"

Aryana menggeleng untuk mengatakan bahawa belajar, tidak memenatkan.

Aryain mengeluh. "Yana. Kita rehat dulu. Nanti kita sambung. Kau dah lama duduk sini. Punggung kau tak terbakar huh ?"

"Kau pergi lah dulu. Aku tak suruh tunggu pun."

"Tapi, aku nak tunggu kau juga. Cepat lah tutup buku Yanaaa..."

"Jangan lah ganggu aku dulu." marah Aryana lembut. Tidak suka apabila Aryain menganggunya belajar.

Aryain merengus marah dan dengan berani, buku yang sedang di tulis oleh Aryana, dia tarik selamba membuatkan Aryana agak tersentak dengan perlakuan adik kembarnya ini.

Dia tatap marah pada wajah Aryain yang sedang menatapnya selamba itu.

"Kenapa kau tarik buku aku ? Tahu tak, aku ada banyak lagi kerja."

"Kerja apa yang penting sangat jika di bandingkan dengan perut kau huh ? Belajar, belajar juga. Kesihatan pun jaga lah. Aku tak nak kau sakit kalau berterusan macam ni." marah Aryain. Tajam sahaja matanya membalas renungan kakak kembarnya ini.

"Kau tak faham lah..."

"Fine. Apa yang aku tak faham dan kau faham. Share dengan aku." arah Aryain tegas.

"Kan exam kedua akan tiba bulan ni. Tak akan kau tak ingat."

"Dan kau, paksa diri untuk try hard untuk exam kali ini ? Macam tu ?"

"Hm..."

"Haish.. Yana, kau tak perlu pun belajar dua puluh empat jam. Kau juga perlu lakukan rutin harian lain selain daripada belajar ni. Kau tak sakit kepala ke huh asyik fikir jawapan ?"

Aryana mengangguk lemah. Entah lah apa yang merasukinya saat ini untuk belajar. Mungkin, keinginan dia untuk membanggakan ibunya adalah tinggi.

"Ary... Kau faham tak, yang aku pun nak berjaya macam kau. Ibu selalu kritik aku. Ibu selalu kutuk aku dan paksa itu ini. Bukan tak nak, tapi aku nak juga rasa macam mana perasaan bila kena puji oleh ibu..." luah Aryana dan tangan yang berada di bawah meja, di ramas perlahan.

Dah agak!

"Yana... Tak perlu try hard sangat. Cukup buat apa yang kau mampu. Nombor kedudukan, tidak akan menjamin kebahagiaan untuk selamanya. Kau dah cuba yang terbaik."

"Hm... I is fenurt lah Ary..."

"Hah kalau macam tu, meh pergi makan! Aku laporrr!" gedik Aryain berkata dan mengemas perlatan belajar Aryana yang bersepah atas meja ini.

Aryana hanya ketawa kecil.

My prince... Don't leave me...














C | BEBAN √Where stories live. Discover now