BEBAN 20

2.6K 539 55
                                    

Kata-kata Adam, memenuhi mindanya.

Laa Tahzan Innallaha Ma'anna. Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Aryana ukir senyum kecil. Betul apa kata Adam. Jangan bersedih, kerana Allah sentiasa bersama kita.

"Ceh. Kau pandai buat hati aku rasa bersyukur atas nikmat yang di beri." senyum Aryana.

Adam Ashara. Dia hebat dalam berkata.

Tali beg di pegang olehnya dengan bersahaja. Balik sahaja dari rumah Adam selepas habis belajar bersama, Aryana mahu membawa diri untuk menenangkan hatinya di sebuah sungai berdekatan dengan perumahan Adam ini.

Dia perlu tenangkan minda sebelum di isi dengan kata-kata buruk yang akan ibunya lontarkan kepada dia.

Adam cakap, jangan terlaku fikirkan benda negative kerana kau tak akan dapat lepas dari aura tersebut jika masih berfikiran negative. Jadi lah manusia yang sentiasa positive thinking dengan apa yang terjadi. In Sha Allah, semuanya akan baik-baik.

Langkah dihentikan apabila traffic light bertukar warna hijau bagi memberi peluang kepada kenderaan yang lain untuk bergerak.

Mata Aryana meliar memerhati setiap kenderaan yang melintasi mereka. Sudah lewat lima petang dan waktunya para pekerja pulang dari tempat kerja mereka.

Agak sesak sedikit dengan bilangan kereta yang pulang ke rumah pada waktu petang sebegini.

Sedang Aryana termenung sambil menunggu traffic light untuk bertukar warna merah, satu bunyi asing mengejutkan dia dan beberapa penunggu lain.

BAM!

BUM!

Mata Aryana mengenal pasti akan bunyi tersebut. Sebuah lori kayu balak sedang mengalami kemalangan dengan satu kereta putih yang bertembung bersama.

Aryana ketap bibir. Kemalangan yang dahsyat. Lagi dahsyat apabila dua kayu balak yang di bawa oleh pemandu lori tersebut, jatuh dan menghempap tubuh seorang remaja sebaya Aryana.

Aryana mengemamkan bibirnya. Seram.

Orang ramai sudah mula berkumpul berdekatan dengan mangsa.

Kenapa hati aku tak sedap ?

Laju telefonnya dikeluarkan dan ada tiga mesej dari Aryain. Nama adiknya di buka dan mesej tersebut, di baca.

Matanya bergenang. Apa ni ?!

Segera kepala di angkat bagi melihat ke arah kerumunan orang tersebut. Matanya terus berair sebelum airmata jatuh ke pipi. Bibirnya bergetar menyebut satu nama.

"Ar-Aryain ?!" kaki di bawa laju ke arah tempat kejadian. Di tolak sahaja semua manusia yang mengerumuni mangsa. Dia perlu memastikan sesuatu.

Tatkala sudah tiba di hadapan mangsa, Aryana terkaku saat melihat remaja yang di hempap oleh dua kayu balak ini, adalah adik kembarnya sendiri. Aryain Firdaus!

Langkah Aryana longlai mendekati sekujur tubuh adiknya yang di penuhi darahnya sendiri. Aryana melutut dan airmata tidak berhenti keluar.

Dua kayu balak yang menghempap adiknya, sudah di alihkan oleh orang ramai.

Aryana duduk di tepi adiknya. Bibir bergetar dan mata galak merembeskan airmata. Adiknya terbaring lemah tidak berdaya di atas jalan raya ini.

"Ar-Aryain ? Ary ?" bergegar tangannya mahu mengelap bawah dagu adiknya yang mempunyai darah ini.

Mata Aryain kelihatan terbuka dan terpejam. Menandakan bahawa dia tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Ary ? Kau... Kau dengar aku ?" soal Aryana bergetar. Tangan kirinya mencapai tangan kanan Aryain dan di pegang erat.

Oh, Tuhan. Dugaan apa lagi yang kau berikan ini ?

"Yana..." suara Aryain kedengaran kecil sahaja saat menuturkan nama Aryana.

Aryana menggeleng tidak percaya.

"Ary... Kuat Ary... Ambulans akan tiba.. Please kuat demi aku Ary..." rayu Aryana dan tangan yang di genggam, di cium bersama airmata yang kian mengalir deras.

Aryain menggeleng lemah. Tempurung kepalanya di sisi, pecah sedikit kerana tergilis atas jalan raya.

"Tak Yana... A-Aku... Aku tak boleh..." mata Aryain berair membalas pandangan Aryana.

"Tak! Kau boleh Aryain! Kuat lah demi aku! Jangan tinggal kan aku!" marah Aryana.

Aryain menangis. Tangan Aryana digenggam erat.

"T-Tak Yana. Ak-Aku tak mampu. Kau perlu kuat... K-Kuat tanpa aku."

Aryana menggeleng. Tolong jangan buat drama lah Aryain!

"Tak Aryain! Tidak! Jangan pejam mata! Jangan pejam mata! ARY! AKU KATA JANGAN PEJAM MATA! KEKAL BUKA ARY!" marah Aryana apabila perasan mata Aryain, mula layu.

"Allah... Allah... Allah..."

Aryana terkaku apabila genggaman tangan mereka berdua, melemah. Dadanya berombak tidak percaya. Aryain, Aryain dah tiada.

Mata Aryain terpejam rapat. Aryana ketap bibir dan terus menyembamkan wajahnya ke dada Aryain yang sudah di jemput Ilahi ini.

"Ary... Hisk... Ary..."  tangisan Aryana pecah. Hatinya seakan di hempap oleh batu besar. Satu kenyataan ngeri harus di terimanya lagi. Kenyataan terjadi di hadapan matanya dan ini adalah sebuah mimpi ngeri untuknya.






















C | BEBAN √Where stories live. Discover now