BEBAN 24

2.7K 552 13
                                    

Keadaan sunyi di antara mereka berdua. Adam bersyukur kerana Aryana tidak melakukan perkara sia-sia itu.

Aryana meramas kedua tangannya bersama. Rasa bersalah menggunung kerana telah menyusahkan jejaka ini.

"Maaf." pintanya takut.

Adam mengangguk bersama senyuman kecil. Dia sangat bersyukur dapat menenangkan Aryana dari terjun bangunan.

Apa yang berlaku, ada hikmah.

"Kau tak boleh menyerah. Bunuh diri, adalah perkara yang sia-sia." kata Adam memecahkan sunyi mereka berdua yang masih berada di atas bumbung sekolah ini walaupun sudah masuk jam lima petang.

Keadaan kembali diam sebelum Aryana kembali bersuara.

"Adam."

"Hm ?"

"Jika diberi pilihan. Kau memilih mati atau meneruskan ? Kalau aku, mati adalah pilihan terbaik dan jalan terakhir." kata Aryana bersama senyuman hambar. Kepalanya di toleh ke sisi bagi melihat Adam. Jejaka ini sedang ketawa kecil.

"Jika diberi banyak pilihan, aku berserah pada takdir. Hasbunallāhu wa ni'mal-wakīl. Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami, dan Dia sebaik-baik pelindung." balas Adam bersama senyuman dan kepala di paling ke sisi. Mata mereka bertaut sebelum Adam dengan cepat melarikan pandangan matanya.

"Maaf."

"Hm." angguk Aryana menerima pemintaan maaf itu. Dia tahu Adam memang tidak selesa jika bertatap mata dengan lain jantina.

"Tapi Yana, kalau kau lemah kerana sesuatu, jangan fikir nak mati. Jangan fikir nak bunuh diri. Sedang kan yang dah mati pun teringin nak kembali hidup macam kita. Tak akan kita nak mati sedang kan yang mati nak hidup. Kalau kau bunuh diri sekali pun, yakin ke amal ibadah dah cukup ?"

Aryana terdiam. Pandai sungguh jejaka ini menyentapkan hatinya.

"Aku bukan nak sia-sia kan hidup. Tapi aku rasa, mati kerana bunuh diri adalah cara terbaik."

"Tidak. Itu bukan cara baik Aryana. Seberat apa pun masalah kau, berhenti niat nak bunuh diri. Baca Al-Quran. Kau akan dapat hadapi semuanya dengan lancar. Setelah berusaha, maka tawakal lah. Serahkan segala-galanya kepada Allah."

Diam.

"Aku tak nak ambil tahu sebenarnya, tapi kenapa kau kata, yang ibu bencikan kau ? Aunty buat apa dengan kau ?"

Soalan Adam, membuatkan tubuh Aryana mengeras. Dia lupa kah bahawa dia terlepas cakap.

"Tch. Tak ada apa lah. Tak payah masuk campur." balasnya mendatar.

Adam hanya tersenyum pahit dan mengangguk. Dah tak suruh masuk campur, jadi Adam pasrah je lah.

"Adam." panggil Aryana senada.

"Ya ?"

"Kenapa orang lebih kejarkan dunia dari akhirat ?" soalnya ingin tahu.

"Kerana dunia ada segalanya. Jika akhirat di tunjuk kan segalanya, pasti manusia akan kejar akhirat dan melupakan dunia. Dunia ni, penuh dengan muslihat. Sebab tu, jangan cepat terpengaruh. Dunia ni, sedia di penuhi muslihat dan tipu daya dari manusia. Begitu juga dengan syurga dan neraka. Jika syurga di perlihatkan, akan ramai orang akan bertaubat."

"Jika kau kejar dunia, akhirat akan jauh dari kau. Tapi, kalau kau kejar akhirat, In Sha Allah, dunia akhirat kita akan dapat."

Aryana mengangguk. Senyuman kecil terukir di bibir.

"Ashara." panggil Aryana lagi.

"Kenapa ?" sahut Adam. Pelik juga kerana gadis ini, banyak bertanya. Efek dari niat nak bunuh diri ?

"Thanks sebab ada untuk aku."

"Haha. My pleasure. Lagi pun, ini semua hal kecil."

"Orang kata, kecil untuk kau. Tapi besar untuk orang yang menerima."

Kepala Adam tertunduk malu. Eh, Ashara malu.

"Tak ada apa lah. Apa yang baik, datangnya dari Allah dan apa yang buruk, juga datang darinya. Setelah usaha, maka bertawakal lah. Daripada Allah kita datang, daripada Allah juga kita kembali. Sedar bahawa darjat kita hanya lah setaraf. Masih bergelar hamba Allah. Berhenti riak, sombong dan takabbur. Dunia hanya pinjaman."













C | BEBAN √Where stories live. Discover now