BEBAN 18

2.4K 531 9
                                    

Aryana yang duduk tenang di pondok menghadap padang sekolah, hanya fokus sahaja membaca buku sebelum ketenangannya di ganggu oleh jeritan membahana seseorang.

"Yanaaa!"

Mata yang fokus pada buku di tangan, di alihkan bagi melihat gerangan siapakah yang menjerit namanya macam nak terkeluar usus.

Wajah Aryana berubah datar saat melihat Aryain menuju ke arahnya bersama senyuman. Apa lah yang bahagia dia tu.

"Yana! Yana! Yana!" jerit Aryain teruja sebelum duduk di sebelah Aryana.

Aryana hanya mampu menatap hairan sahaja lelaki ini. Dia dah kenapa ?

"Kenapa ?" soalnya terus kepada Aryain yang sibuk meraup udara.

"Tahu tak hari ini, hari apa ?" tanya Aryain teruja.

"Jumaat ?"

Aryain merengus sebelum menggeleng penat menandakan jawapan itu, adalah salah.

"Wrong answer! "

"Eee! Dah tu apa kalau bukan friday huh ? Fruhtday ?! "

"Haih... Kakak ku sayang, hari ini, hari ibu balik dari outstation lah! Kau lupa ?"

Aryana terdiam. Oh, tak sedar pula dah seminggu berlalu sejak result exam kedua keluar. Sedar tak sedar, ibu dia akan pulang tak lama lagi.

Aryain yang melihat wajah Aryana tiada riak, sudah berkerut dahi. Dia ada salah bagitau info ke huh ?

"Hey Yana! Kenapa ?" tegur Aryain. Riak wajahnya sudah mula risau akan respon wajah Aryana.

Aryana menghembuskan nafas lelahnya dan mata membalas kosong panahan mata Aryain kepadanya.

"Haha. Ary, aku tak sedar pula yang dah seminggu berlalu. Cepatnya masa berlalu..."

Aryain terseyum kecil dan tangan Aryana, digenggam erat lalu diusap bersama senyuman yang terukir di bibirnya.

"Kan Yana. Sedar tak sedar, masa dah berlalu. Agak-agak, ada yang sedar tak bahawa umur kita juga kian meningkat."

"Semua orang sedar. Hanya orang yang leka dan lalai sahaja dengan hal duniawi yang tidak sedar, bahawa masa begitu pantas berlalu." tambah Aryana.

Keadaan diam buat seketika. Mereka berdua hanya menikmati angin petang sahaja di padang ini.

"Ary..." panggil Aryana lembut berhasil memecahkan sunyi mereka.

"Hm ?" sahut Aryain. Tangan yang bertaut bersama, digenggam erat menyalurkan rasa sayang antara mereka berdua sebagai adik beradik.

"Kau pernah terfikir tak, kenapa di saat umur kita meningkat, dunia kita dah tua ? Kau pernah terfikir ?" soal Aryana.

Aryain terdiam sebelum tersenyum kecil.

"Kau sedang fikirkan apa hm ?"

"Tak. Ayat ini hanya terlintas di fikiran aku."

Aryain mengangguk. "Kalau umur kita tak meningkat, mungkin dunia juga tidak akan tua. Kita ada lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Dan..."

"Hidup sebelum mati." serentak mereka berdua berkata.

"Yes! Kita sepatutnya, tak leka dengan permainan dunia. Kerana syarat mati, tidak seharusnya tua." tambah Aryain lagi.

Aryana menunduk. "Ary. Kau tahu tak Adam, setaraf dengan kau."

Aryain menoleh ke sisi. Tidak faham apa maksud Aryana yang kaitkan dia dengan Adam.

"Lah, kenapa dengan dia ? Setaraf apa ?"

"Ilmu dalam menyedarkan orang."

"Haha. Aku main cakap je apa yang terlintas. Jika tersedar, bagus lah. Jika tersindir, aku tak boleh buat apa. Itu lah kenyataan dunia. Siapa kita mahu menolak kenyataan apatah lagi sebuah takdir yang tercipta. Kau sepatutnya, tidak boleh persoalkan kenapa semua ini terjadi. Kenapa dan mengapa sebab semua ini terjadi, kerana semua ini terjadi, ada sebabnya."

"Ada banyak lagi orang, yang belum buka mata seluasnya. Jika dilihat, ada banyak fitnah tersebar tidak kira di alam maya, mahu pun dunia. Sanggup tabur fitnah semata-mata mahukan views, like dan followers. See. Mereka sedang mengejarkan bahagia dunia sedangkan dia membiarkan akhiratnya menderita. Fitnah dajjal, lebih bahaya."

Aryana terdiam. Dia bangga mempunyai adik seperti Aryain. Walaupun sering di bandingkan, dia sedikit pun tidak pernah membencinya. Kerana Aryain adalah sumber kekuatannya.

"Yana, kau kena ingat satu benda. Jika kau jatuh kerana mulut puaka dari manusia, kau kena bangkit kerana pencipta. Kita sebagai manusia, kena jaga lidah dari mengadu domba sana sini. Lidah manusia, lebih tajam dari samurai. Jangan jadi kan lidah kita, sebagai asbab kita ke neraka. Kerana lidah, badan binasa."

Aryana mengangguk perlahan. Buku di tangan, diletak ke tepi dan dia mendekatkan kedudukannya dengan Aryain. Bahu Aryain di peluk dan dagunya di rehatkan pada bahu kanan Aryain. Tangan mereka masih lagi bertaut.

"Ary. Aku sayang kau." luah Aryana dan memandang sisi wajah Aryain.

Aryain hanya ukir senyum kecil sahaja.

"Me too."
















C | BEBAN √Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon