BEBAN 23

2.6K 548 15
                                    

Hari demi hari berlalu, sedar tidak sedar, sudah masuk bulan baharu dan hubungan Puan Ashya dan Aryana, semakin renggang.

Puan Ashya dengan kerjanya. Aryana dengan kerjanya.

Mereka berdua, sudah jarang bercakap apatah lagi bertekak pasal belajar dan paksaan ini.

Masing-masing lebih memilih membuat hal sendiri daripada beramah mesra. Jika Aryain melihat, dia pasti sedih akan ini.

Mata Adam yang sedari tadi melilau mencari kelibat seseorang. Sudah lebih dua jam masa persekolahan mereka tamat dan kehadiran Aryana, tidak di jumpai.

Beg Aryana yang di pegang olehnya, digenggam erat. Dia pelik dari masa fizik sampai ke balik, Aryana tidak balik ke kelas. Mustahil untuk Aryana ponteng kerana gadis itu lebih mematuhi peraturan dari melanggarnya.

Tapi, baru-baru ini dia perasan perubahan pada Aryana. Gadis itu semakin dingin dan tidak mahu bercakap dengannya. Apakah ini efek kepergian Aryain yang mengubah Aryana ?

Rambut hitamnya dikusutkan. Sekarang sudah masuk pukul empat petang dan kelibat Aryana, masih tidak dilihatnya.

Dia risau kalau-kalau perkara buruk menimpa gadis itu. Mahu hubunginya, lupa bahawa dia tidak men save nombor para kaum hawa.

Adam mengeluh sendiri. Dia sudah sampai di hadapan dataran sekolah. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak. Yang pastinya, firasat itu berdekatan dengannya.

Lantas kepalanya terdongak bagi memastikan firasatnya itu betul mahu pun tidak. Tatkala kepala di dongak, mata Adam membulat besar apabila susuk tubuh Aryana kelihatan.

Dia sedang berdiri di atas bangunan sekolah.

Jantung Adam berdegup tidak beraturan. Dia dapat menghidu apa yang Aryana mahu lakukan.

Semestinya, mahu membunuh diri!

Kaki panjangnya laju mendaki anak tangga untuk ke rooftop. Dia perlu halang Aryana dari melakukan perkara bodoh ni sebelum terlambat!

Hampir dia terjatuh semasa berlari menaiki tangga ke bumbung sekolah ini kerana kakinya hampir melanggar sesama sendiri.

Jangan Aryana!

Mata Adam berair. Tidak! Dia tak boleh lambat!

BAM!

"ARYANA ADELA ?!" jerit Adam lantang setelah berjaya menerjah masuk ke bumbung sekolah.

"Adam..." mata Aryana menatap sedih pada Adam Ashara.

Adam berjalan selangkah namun Aryana mengugutnya agar tidak mendekati. Adam mati bicara.

"Don't move Adam Ashara. Aku terjun kalau kau dekat." ugutnya kosong dan datar.

Adam ketap bibir dan senyuman kecil di tarik pada bibir.

"Jangan buat kerja gila Aryana Adela." tegasnya.

Aryana ketawa hambar. Dia menatap sedih pada Adam.

"Kerja gila huh ? Ni bukan kerja gila. Ni adalah kerja berharga. Jika aku mati, ibu akan suka!"

"Tak. Even ibu kau suka sekali pun, tidak untuk Allah."

"Di saat macam ni, kau jangan ceramahkan aku Adam Ashara Bin Adaqs Arhan."

"Tch. Aryana, tolong jauh dari situ. Kau akan mati sia-sia."

"Mati sia-sia akan menjadi mati yang paling menyenangkan bagi manusia bangsat yang tak kenal erti bersyukur." sinis Aryana, dia bergerak selangkah ke belakang tanpa menoleh.

Adam mengigit bibir bawahnya. Dia takut. Bagaimana mahu tenangkan gadis ini ?

"Aryana Adela. Kalau kau sedih dan marah, aku mohon. Kawal kemarahan dan kesedihan kau. Kerana amarah adalah sahabat syaitan. Kerana kesedihan, adalah kemenangan bagi syaitan. Jangan sia-sia kan hidup kau."

Airmata Aryana yang telah kering, kini jatuh semula.

"Heh. Aku tak mampu Adam Ashara. Aku tak mampu. Aku tak kuat. Aku nak akhiri semuanya. Aku benci kehidupan!"

"Bukan ini jalan penyelesaian! Kau kata nak masuk syurga, jika kau mati dengan cara bunuh diri, kau rasa syurga boleh terima kau ? Rasa Allah boleh terima hambanya mati dalam keadaan macam ni ?! Bunuh diri, bukan jalan terbaik lah!"

"Tapi aku tak tahu nak buat apa! Aryain dah tak ada! Ibu benci aku! Aku tak ada siapa-siapa yang boleh dijadikan peneman!"

"Siapa cakap yang kau tak ada siapa-siapa nak dijadikan peneman ?! Allah dan Al-Quran boleh jadi peneman! Kalau kau nak manusia jadi peneman kau, aku ada! AKU ADA ARYANA UNTUK JADI PENEMAN KAU! ADAM ASHARA ADA UNTUK KAU ARYANA ADELA!!" airmata Adam jatuh setelah mengatakannya. Dadanya berombak kencang.

Mata mereka membalas panahan. Adam tak boleh alihkan matanya. Dia perlu tahu, sejauh mana sedihnya yang di simpan oleh Aryana.

"A-Adam..."

"Yana. Berhenti. Buat. Aku. Risau. Dengan kau." kata Adam satu persatu dengan nada perlahan.

Aryana kelu lidah. Mengapa dia harus bersedih sedangkan dia masih ada Adam yang setia bersamanya.

"A-Adam.. Ak-Aku, lemah. Aku lemah hadapi ujian hidup."























C | BEBAN √Where stories live. Discover now