BEBAN 25

2.7K 543 53
                                    

Aryana mengemamkan bibirnya. Rasa bersalah kerana menyusahkan Adam Ashara untuk menghantarnya balik dengan berjalan kaki lewat sebegini. Nasib jarak rumah mereka berdua dan sekolah, tidak lah jauh sangat. Hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk sampai.

"Ashara, kau okey balik sendiri ?" soal Aryana risau.

Eceh, sejak bila pandai risau pasal Adam hm ?

Adam mengangguk.

"Ya. Kau tak perlu risau. Aku lelaki, jadi tahu macam mana nak jaga diri. Apa-apa pun, kau masuk dan rehat secukupnya. Dan maaf, kalau ayat aku ada terguris kan hati kau." seraya itu, kepalanya menunduk.

Aryana hanya tersenyum kecil.

"Tak ada lah. Ayat kau semua, menampar aku untuk sedar akan reality."

"Bagus lah. Kalau macam tu, aku balik dulu. Assalammualaikum." pamit Adam dan segera beredar dari hadapan pagar rumah Aryana.

Aryana hanya mampu tayang senyum sahaja memerhati susuk tubuh Adam Ashara yang semakin menghilang itu.

Satu sahaja dia mampu gambarkan mengenai perangai Adam Ashara. Dia,

lelaki baik dan menjaga penghormatan.

Aryana tersengih suka. Eh, mohon jangan mabuk dengan Adam Ashara.

Kepala Aryana tergeleng perlahan sebelum menjauh dari pagar rumah. Dia melangkah masuk bersama senyuman.

Dia comel!

Bisik hati Aryana.

Sekali lagi kepala Aryana tergeleng. Tak boleh! Dia orang punya! Kita punya dinding!

"Best ke date dengan Adam Ashara Bin Adaqs Arhan huh ?" tegur Puan Ashya dengan nada sinis. Dia sedari tadi lagi memerhati kan anaknya yang tersengih suka seakan tersuka kan anak orang.

Langkah Aryana terhenti seketika apabila di sapa dengan penuh sinis oleh ibunya. Dia memandang hairan pada ibunya yang sedang bersandar elok pada dinding berdekatan dengan tangga. Dia tak faham.

"Erm, apa maksud ibu ? Yana tak faham."

Puan Ashya menjulingkan matanya ke atas. Menyampah mendengar soalan dari anaknya ini.

"Kau ni, bukan setakat bodoh. Tapi gatal nak mengorat anak teruna orang. Kenapa ? Kau dah haus sangat eh nak attention dari Adam ? Ibu suruh belajar, kau tak nak. Nak menggatal pula dengan Adam." sinisnya.

Aryana ketap bibir. Ibunya ini sedang menuduhnya. Aryana ukir senyum hambar.

"Haha. Ibu, tak baik tuduh Yana macam tu. Adam tolong hantar Yana balik je lah. Kan dah lewat, dan bahaya."

"Dan kenapa kau baru balik huh ? Buat zina dengan Adam ?"

Aryana tahan perasaan sakit di hati. Sampai macam ni sekali ibunya menuduhnya ?

"Ibu. Tolong jaga percakapan. Yana masih hormat ibu." tegas Aryana. Matanya berair. Dia tidak suka apabila di tuduh benda yang dia tidak lakukan. Perkara itu terlalu bodoh!

Puan Ashya ketawa sinis. "Jadi betul lah kau buat zina dengan Adam ? Dia pakai pro— "

"CUKUP LAH IBU! YANA TAK BUAT LAH! JANGAN TUDUH YANA BUKAN-BUKAN!" amuk Aryana. Dadanya berombak kencang dan airmatanya jatuh.

Puan Ashya terkaku seketika. "Kau dah pandai naik suara ? Apa yang Adam hasut dekat kau ? Dia bagi kau sihir apa ?!"

Aryana menjeling. "Ibu, berhenti berperangai macam ni. Yana tak suka."

"Ibu pun suka. Ibu tak suka kamu je."

"Then ? Berhenti cakap bukan-bukan. Yana tak suka."

"Tak suka konon! Dah lah! Kamu pergi lah naik atas dan belajar!"

"Yana perlu kan rehat." jawap Aryana mempertahankan diri. Dia perlu pertahankan diri sendiri kerana tiada lagi yang akan pertahankan dia kalau bukan dirinya sendiri.

"Rehat apa lagi kalau kamu dah rehat dengan Adam ?!"

"I'm still human."

"Adakah ibu peduli ? Kamu ingat ibu tak tahu eh yang ujian pertengahan tahun kamu, merosot! Nombor kedudukan jatuh merundum! Nombor lima dari belakang! Kamu nak jadi apa ?! Cukup lah malu kan ibu!" marah Puan Ashya dan berdiri di hadapan anaknya yang berdiri kaku.

Aryana ketawa hambar. Pipi yang basah dengan airmata, di hapuskan olehnya.

"Haha. Sudah lah ibu, Yana penat nak bahas kan benda ni." Aryana berjalan melintasi ibunya sebelum langkahannya terbantut mendengar apa yang ibunya kata kan.

"Penat ? Kau buat apa je huh dengan Adam ? Buat zina—"

"CUKUP! IBU CUKUP LAH! YANA PENAT DENGAN SEMUA BENDA! BERHENTI PAKSA YANA! KALAU IBU NAK NOMBOR TERATAS, KITA TUKAR! IBU JADI YANA DAN YANA JADI IBU!" marah Aryana yang sudah memusingkan tubuhnya ke belakang.

Puan Ashya menggeleng kan kepalanya. "Heh. Kau memang nak gagal SPM huh ?"

"Yana tak kisah kalau Yana gagal SPM sekali pun! Asal kan Yana tak gagal SPM akhirat! Sijil Padang Mahsyar! Yana tak nak kejar dunia! Cukup lah bermain! Yana penat!"











"Yana tak kisah kalau Yana gagal SPM sekali pun! Asal kan Yana tak gagal SPM akhirat! Sijil Padang Mahsyar! Yana tak nak kejar dunia! Cukup lah bermain! Yana penat!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












C | BEBAN √Where stories live. Discover now