first time

3.1K 237 32
                                    

"...bahawa tarikh permulaan puasa, bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu.."

Punat di pengawal jarak jauh televisyen di ruang tamu rumahnya itu ditekan. Keluhan panjang dilepaskan. Dia pandang kiri dan kanan rumah yang terasa sunyi.

Tangan kanan diunjurkan mencapai telefon bimbit yang terletak di meja sisi.

Tetingkap aplikasi Telegram dibuka. 

+Malaysia start puasa Sabtu. Sana bila?

Laju tangannya menaip dan terus dihantar ke penerimanya.

-Sini mana ada tok tu announce bila puasa ngok. Tapi member-member aku kata sama.tapi aku start berlapar dulu lah dari kau.. tapi buka pun lebih awal. Nanti kau tengah haus-haus tu, aku hantar gambar makanan berbuka aku... 😝

Dia tersengih. Geleng kepala. Bila tah nak matang budak ni!

+Tak herannya aku... Kau ingat aku budak darjah 1 ke nak terliur tengok makanan berbuka kau?

-😂😂

-Alah, cuba nasib je. mana tau kau terliur. 

-Tapi kau jangan hantar gambar makanan sana. nanti aku kempunan... 😢

Terus hilang senyuman tadi. Hati terasa pedih tiba-tiba mengenangkan si dia di perantauan. Entah sahur dan berbuka dengan apa mamat tu. Dia tu bukan pandai masak!

+Nak aku hantar supply ke? 

-Tak payah. Semua cukup lagi. Barang lengkap. Rasa tu yang tak lengkap. Kau tak ada. Daddy tak ada. Una tak ada. Mak Teh tak ada.

An terus berdecit.

+Aku suruh balik, tak nak. Dapat puasa 2,3 hari dekat sini, jadilah!

-Membazir dowhh... Kau ingat Tokyo-malaysia, macam umah kita ke Sunway Pyramid? Nanti daddy bising..

+Tak ada makna daddy nak bising. Tah-tah dia lagi suka kau balik.

-Kalau daddy tak bising, singa betina tu yang bising! haha. Malas aku...

+Dia memang bising sentiasa. macam tak biasa. 

+Lagipun, aku rasa kalau kau balik, dia tak bising. Una tengah rindu kau. Hari tu aku nampak dia termenung dekat buai peluk helmet kau. tebiat agaknya kakak kau tu... helmet busuk kau tu dia peluk! 😂

-🥲🥲🥲

-first time kita tak puasa & raya sama-sama kan, An? Cam pelik lak...

An kaku. Jari bersedia menaip balasan, tetapi otak beku tak tahu apa patut dibalas. Hati terasa seperti dicucuk-cucuk duri.

Dah beberapa bulan abang kembarnya itu merantau ke Jepun. Baru sahaja dapat menyesuaikan diri berpisah dengan Har, datang pula Ramadhan.

Seumur hidup, memang tak pernah sekalipun mereka berjauhan di hari pertama puasa dan hari raya. Ini kali pertama.

Terasa kelopak mata dipenuhi air mata.

+memang pelik ah cerita dia...

Memang pelik. Tersangat pelik. Dan tersangat memilukan...

× × × × ×

Dia berbaring malas di atas katilnya. Baru sekejap tadi daddy memberitahu dia tak dapat balik berbuka. Ada kerja yang harus diselesaikan. Jadi ayahnya itu bakal berbuka di pejabat sahaja. Mak teh dah dijemput anaknya untuk berbuka bersama keluarga. Una pula di kampus. Tak balik.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now