As long as you want me...

2.5K 173 39
                                    

"Semua barang dah ada, Ain?"

Ain yang sedang memeriksa almari baju yang dia gunakan sepanjang dia menetap di rumah keluarga Apit ini menggeleng.

"Rasanya macam tak ada dah. Kalau ada pun, kita boleh ambil kemudian, kan?" jawab Ain dengan soalan semula.

Apit mengeluh perlahan. "Check betul-betul please. Most probably we are not coming here for some time," balas Apit perlahan. 

Ain ketap bibir mendengar jawapan suaminya itu. Nafas ditarik panjang.

"Rasanya semua yang patut bawa, dah bawa. Tak ada tertinggal." 

Apit senyum sedikit dan mengangguk. "Then, let's go," ujarnya ringkas dan berlalu keluar daripada bilik.

Ain hanya memandang dengan rasa berat hati.

Sekembalinya mereka daripada kampung, Apit terus mencari rumah sewa untuk mereka diami berdua. Memang Apit laksanakan apa yang dia katakan di kampung. Dia akan bawa Ain keluar daripada rumah keluarganya, jauh daripada mama. Marah Apit pada mama masih menggunung dek melayan Ain dengan buruk di belakangnya.

Ain gembira? Entah. Ain lega? Entah juga.

Dia serba-salah. Andai kata mereka bakal berpindah dalam keadaan direstui keluarga, mungkin dia jadi insan paling gembira dan lega saat ini. Tetapi dalam keadaan ini, di mana mama mentua dan suaminya bermasam muka kerana dirinya, dia rasa serba-salah.

"Ayang!"

Ain tersentak. 

"Jom?"

Ain angguk dan berjalan menbuntuti Apit. Saat terpandang pintu bilik mentuanya itu, dia ketap bibir lagi.

"Apit, err... Apit tak nak tunggu mama balik sebelum kita pergi?"

Apit tak menjawab.

Tahulah Ain, suaminya itu enggan berbuat demikian.

Ain tunduk kecewa. 

Ya Allah, betul ke tindakan kami ni?

*************************

"Bestnya, Kak Ain! Pandang tingkap boleh nampak gunung-ganang. Ada pool besar pulak tu!" ujar Afi dalam keadaan teruja.

Ain senyum turut memandang ke tingkap. Rumah baru mereka letaknya di Taman Melati. Kondominium di tingkat 15. Memang bukan calang-calang tempat yang dipilih Apit buat mereka diami, kerana kedudukan strategik rumah itu. Dekat dengan pusat beli belah, tetapi masih ada pemandangan hijau bukit.

"Boring-boring, datanglah lepak sini," pelawa Apit yang sekadar lalu dan terdengar perbualan adik-beradik itu. Setelah itu dia hilang ke dalam bilik sambil mengangkat barang. Apit larang Ain bekerja sama kerana kandungan Ain masih baru.

"Kak Ain, mak mentua kau, macam mana? Okey ke kau orang pindah ni?" bisik Ana.

Ain mengintai sejenak keberadaan Apit. Nampaknya Apit masih di dalam bilik mereka.

"Tak tahu. Dia tak ada masa kami keluar tadi. Papa je ada."

"Maknanya dia tak hantar, lah?"

Ain geleng.

"Dasar orang kaya poyo, weh! Padan muka anak sendiri tak nak cakap dengan dia, dah!" Afi menyampuk.

"Hey, hessh! Kang Abang Apit dengarlah!" marah Ana.

Afi menekup mulut sendiri.

"Akak serba-salahlah. Kau orang rasa, betul ke tindakan kiterang membelakangkan dia? I mean, camana pun, dia tu masih mak kandung Apit," ujar Ain dengan suara perlahan.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now