reason

1.5K 172 34
                                    

Tiba-tiba ni 3rd person POV lak. Hahaha. Tp novel yang sedang ditulis memang guna POV ni.

And Dekna = Nafeesa.

Hahaha...

***********

Asiah mengintai si anak yang duduk kaku di birai katil. Membuang pandang ke luar jendela. Entah apa yang difikirkan. Dia mengeluh.

Dah 5 hari, sejak Nafeesa pulang ke rumah daripada hospital dan membaca surat yang ditinggalkan Irfan.

Hancur remuk hati Asiah melihat anak yang terus longlai. 3 hari dia menangis tak henti. Malam-malamnya igaukan Irfan. Kadang-kadang berserta demam panas.

Bimbang. Asiah bimbang. Sudahlah baru selepas pembedahan yang agak major. Emosi dan mental Nafeesa pula tak stabil.

Dia tarik nafas panjang mengumpul kekuatan sebelum melangkah masuk ke bilik Nafeesa.

"Dekna..."

Anaknya itu menoleh. Bibir masih pucat tanda masih belum sihat dan kurang nutrisi.

Nafeesa senyum. "Ma.."

"Macam mana keadaan Dekna hari ni?"

Anaknya itu menunduk sejenak. "Ma, Dekna nak mintak tolong. Boleh?"

"Apa sayang? Mama cuba habis baik untuk tunaikan."

Anaknya itu senyum. Dia paut tangan Asiah.

"Tolong teman Dekna pergi Garuda. Dekna nak jumpa Dato' Syafinaz."

Berubah wajah Asiah. "Dekna..."

"Please, ma. Selagi Dekna tak jumpa dia, Dekna punya hati tak tenang."

"Dekna belum sihat. Mama tak nak Dekna bertambah stress kalau jumpa dia."

Nafeesa mengeluh. "I have to, ma. Please..."

Asiah mengeluh berat. Anak bongsunya ini meminta untuk ditemukan dengan bekas mentuanya. Menurut bekas suaminya, Nasir, Syafinaz lah punca semua ini.

Nasir yang dah bertahun-tahun menjadi suami Syafinaz, akhirnya melafazkan talak selepas dia dapat tahu Syafinaz yang merancang kemalangan Nafeesa. Akhirnya, dia beranikan diri melepaskan segala kemewahan dan keselesaan yang dia dapat sebagai suami CEO Garuda Holdings itu.

"Mama tanya pendapat abah dulu, ya?"

Nafeesa memandang ibunya itu lama.

"Ma...., kalau Fan balik untuk ambik Dekna, mama jangan halau dia ya? Mama terima dia, ya?" Suara Nafeesa mulai berubah.

Wajah sebek mahu menangis.

Asiah terus diserbu pilu. Lalu ditarik tubuh sang anak ke dalam dakapan.

"Janji ya, ma? Jangan halau Fan lagi. Kesian Fan..." Nafeesa dah menangis teresak.

Asiah turut menangis. "Dekna sabar ya, sayang. Mama ada. Mama akan jaga Dekna."

Pilu hatinya, walaupun terang lagi bersuluh, Irfan sudah menjatuhkan talak, Nafeesa masih mengharap lelaki itu kembali untuk mengambilnya semula.

Betapa dia mengerti kini, cinta Nafeesa buat Irfan terlalu dalam. Dan kasih sayang Irfan buat Nafeesa terlalu besar sehingga dia sanggup berkorban.

Ya Allah, kasihanilah anakku. Jangan biar dia rasai kesakitan yang pernah aku rasa...

*************

Syafinaz merenung skrin komputer. Tetapi fokusnya bukanlah pada laporan yang terpampang di skrin. Menerawang jauh entah ke mana.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now