woman to woman...

2.3K 206 13
                                    

Entah apa-apa tah.. haha. Salam hujung minggu..

********

"I heard he's back. In Malaysia."

"You mean, Hafiz Shauqi? MATA's anchor?"

Si dia yang memberitahu tadi mengangguk sebelum cawan kecil berisi air kencing syaitan itu dihirup perlahan.

"Oh, wow! I thought they are going to stay in London forever. Makin rancaklah business MATA nampaknya."

"News I heard from my source, they are into hotels and resorts soon."

Datuk A gelak dan geleng kepala.

"Gila! They are expanding like a bullet train. Habis semua industri MATA sapu."

Tan Sri B pula mengangguk. "Kita kena start cari peluang ajak the boss main golf la nampaknya."

"Eh, dia kan... You know, dah lost one hand. You think he can handle golf?"

"Oh ya. Totally forgot about that. Then, he used to love this you know. Clubbing. Hot chicks," kata Tan Sri B sambil meramas peha gadis peneman yang menggoda di sisinya.

Gadis itu ketawa manja dan melentokkan kepala di bahunya. "Tan Sri ni... Naughty..."

Datuk A dan Tan Sri B ketawa lagi.

"That will do..."

Tanpa mereka sedar, ada satu lagi bibir sedang tersengih lebar.

Hafiz Shauqi is back...

***********

Tangan laju mencedok macaroni bakar yang baru dikeluarkan daripada ketuhar ke pinggan.

"By, dah siap ke? Breakfast is ready!" Jeritnya dari dapur penthouse tiga tingkat di ibu kota Kuala Lumpur yang mereka diami sejak kembali ke Malaysia 2 minggu lepas.

Memang rumah ini dibeli Hafiz sebelum dia berpindah ke London dulu. Kononnya untuk dia diami bersama Syirah selepas bernikah.

"Dah, dah... Please.." jawabnya yang dah turun dengan butang baju yang masih ternganga, berdiri di hadapan isterinya bercekak pinggang.

Syasya ketawa. "Dah apa, macam ni? Baju pun tak butang lagi."

"Buka button I pandai. Pasang balik button baju, I tak pandai..."

Syasya tepuk dada suaminya itu manja. "Miang." Lalu dia butang satu persatu.

Kemudian butang seluar slack suaminya itu dibuka lalu dilucutkan sedikit.

"Eh....?"

Syasya ketawa. "I nak tuck in your shirt ni, Encik Bos! Tak payah fikir bukan-bukan!" Balas Syasya sambil mengemaskan baju suaminya ke dalam seluar dan dikenakan semula butang seluar.

Hafiz berdecit. "Ingat rezeki terpijak di awal pagi."

"Dah, siap. Sit down. Memang banyak rezeki banyak ni. I buat baked macaroni with cheese. Makan cepat. Nanti you lambat. Important meeting today, right?"

"Yup. Alah, nothing a Hafiz Shauqi can't handle lah!"

"Jangan riak..."

Hafiz sengih. "Going anywhere today?"

"I nak pergi KLCC sekejap. Grocery shopping. Then nak pergi farmasi. Pad I pun dah habis. You nak pesan apa-apa?"

"Ada."

"Nak apa?"

"Nak you becareful and be safe. Jangan jeling-jeling lelaki lain."

Syasya mencebik. "Acah sangat..."

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now