go with the flow (part 2)

2K 178 35
                                    

Jam di dashboard dijeling sekilas. Sudah menunjukkan jam 615 petang. Dia masih dalam perjalanan menuju ke Kg Pasir Penambang.

Lagu yang dipasang di radio terhenti apabila telefon bimbit berbunyi. Terpampang nama Ayah Haji Rusydi di skrin tengah kereta Andy itu.

Dia lantas menyentuh skrin untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, abah."

"Waalaikumussalam. Muhammad di mana?"

"Baru lepas Rawang. Lambat gerak. Dalam... mmm... Sebelum pukul 7 boleh sampai sana kot. Saya pergi kubur sekejap, lepas tu ke rumah abah," jawabnya.

"Oh. Muhammad terus ke rumahlah. Dah dekat maghrib, tak elok ke kubur. Esok pagi je ke kubur dengan mak dan abah."

Ed gigit bibir sedikit. Ala..., kalau boleh itu destinasi pertama dia mahu tuju setibanya ke bumi Kuala Selangor.

"Muhammad?"

"Ya, ya, bah."

"Balik dulu, ya? Esok aje kita ziarah.."

Dia lepaskan keluhan sangat perlahan. "Okey, bah." Akhirnya dia mengalah.

"Hati-hati memandu. Assalamualaikum."

Talian putus. Dia hela nafas panjang.

Tak ada rezeki ziarah kau hari ni, Thor. Esok aku datang, key?

Dia pusingkan tombol yang mengawal volume radio yang memainkan lagu Psychosocial, dendangan kumpulan heavy metal Slipknot kegemarannya, dan terus menekan pedal memecut laju membelah jalan.

**********

"Sadaqallah... hul.. azim..." perlahan sahaja suaranya yang masih tersangkut-sangkut membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dia masih dalam tempoh melancarkan bacaannya.

Setelah beberapa bulan berkelana di bumi Jepun, barulah dia jumpa guru yang sesuai untuk belajar al-Quran.

"Kita doa sikit, ya?" Ujar Ayah Haji.

Ed segera mengangguk dan menadah tangan. Mendengar bacaan dibaca dengan lenggok sedap didengar. Begini jugalah dia sering dengar Thor membaca doa dulu. Berirama. Macam mengaji. Lalu mata yang terpejam dibuka dan dia pandang batu nisan di belah kanannya.

Ahmad Tariq, ditulis dengan tulisan jawi. Spontan, hati terasa ngilu.

"Apasal orang Islam banyak sangat doa? Makan kena doa, tidur kena doa, drive kena doa, nak kencing pun korang doa ke?"

Lelaki yang baru nak memandu itu gelak kecil.

"Eh, aku doa gak masa nak kencing. Tapi dalam hatilah. Ya Allah, biarlah kencing aku lancar. Jangan ada benda pelik-pelik. Jangan ada tinggal. Kang jadi batu karang pulak!"

Ed gelak besar. "

"Kami doa, sebab kita ni, kalau Allah tak izin, angkat jari kelingking pun tak boleh, bro. Jadi tiap perkara pun mintak pada Allah, walau Dia akan bagi jugak walau tak mintak."

"Seriously, bro. Why are you guys selalu rasa helpless and need assistance from God?"

Sahabatnya itu diam. Hanya memandang Ed lama. Seolah-olah berfikir.

"Kau pernah main game motor dekat archade? Yang ada motor tipu-tipu, kau duduk atas, macam ride bebetul, pastu..."

Ed tertawa. "Pernahlah.. Aku faham dah apa yang kau cuba gambarkan. Tak payah explain."

Lelaki itu tersengih. "Kau power kan bawa motor?"

Ed mengangkat kedua-dua kening. Mengakui hakikat itu dengan penuh bangga.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now