pelanggan tetap

1.5K 167 22
                                    

"Abang baju hitam, dua oblong daging, satu burger ayam special cheese. Hat akak tudung meghohnya-mak-ngah, benjo satu, burger daging satu. Betoi ka, kak?" soal Ayoi, si pembantu kedai.

Gadis bertudung merah itu tertawa kecil dan mengangguk. Segan diusik si penjual. 

"Okey, siap..." ujar Nuh sambil tangan lincah memasak kepingan-kepingan daging dan roti burger pada masa yang sama. 

"Hud mana?"

"Tatau. Dia ada balik ka? Bukan kat kampus?"

"Bertuah budak ni. Dia balik dah sat tadi. AKu nampak dia kat rumah."

Ayoi tertawa. "Hang macam tatau adik hang tu, Nuh. Kalau dia balik tu, samada bantai tidoq seperti dia soghang penat belajaq, tak pun pi detim."

"Tu yang buat aku panaih tu."

"Biaq pi kat dia la. Bakal duktur. Memang penat la belajaq."

"Hang belajaq jugak."

"Aku lain. Tak hebat macam Hud. Aku beshe-beshe..."

Nuh tersengih. Ayoi, adik sepupu yang sebaya dengan adiknya Hud, memang rajin budaknya. Ayoi yang menjadi pembantunya di gerai burger saban hari, kecuali sepupunya itu ada urusan penting. Rajin mencari wang saku. Siang hari belajar di UiTM, manakala malam hari mengambil upah menjadi pembantu Nuh. 

Mungkin dek kerana sepupu yang dah dianggap seperti adiknya sendiri ini hidup dengan ibu tunggal dan dia merupakan anak sulung. Maka dia terlatih bertanggungjawab dan rajin bekerja. 

"Burger ayam dua, kak punya, kan?" Ayoi hulurkan plastik berisi dua biji burger yang dah siap dibungkus pada seorang lagi gadis yang dah datang lebih awal.

Duit bertukar tangan. 

"Terima kasih, na. Makan jangan lupa baca bismillah!"

Nuh tersengih. Ayoi ni memang jenis begitu. Peramah terlebih. Mungkin juga sikap Ayoi yang mesra pelanggan itu buat gerainya agak ramai pengunjung. Dia lebih pendiam dan serius orangnya. 

"Err, excuse me. Tumpang tanya, ini kedai burger Abang Nuuhh Tuudiaa, ke?" Tiba-tiba ada suara perempuan bertanya pada Ayoi. 

Nuh ambil tak endah dan terus dengan kerjanya memasak burger.

"Hah, tak lain dan tak bukan, memang benarlah jangkaan saudari. Inilah gerai yang dicari-cari. Ada apa yang boleh dibantu? Nak burger apa malam ni? Burger ayam special cheese kami bestseller. Burger ayam crispy pun bestseller. Tidak dilupakan, benjo untuk adik-adik manis yang acah-acah nak diet. Nak yang mana?"

Pelanggan-pelanggan lain dah tertawa kecil. 

"Saya nak Abang Nuh."

"Hah?" 

Hampir terlepas sudip leper besi yang digunakan Nuh untuk memasak burger daripada tangan.

"Tudiaa betoi ni. Lagu mana aku nak bungkuih hang, Nuh? Cik kak ni nak order hang!"

Nuh berdecit sebal. Malu sebenarnya. Mangkuk ayun ni pun boleh buat main pulak!

Nuh lantas berpaling memandang si 'cik kak' yang baru sahaja membuat permintaan aneh-aneh.

"Eh hi, Abang Nuh! Remember me?"

Terkebil-kebil mata Nuh memandang gadis bertocang satu yang sedang senyum sambil melambai-lambai padanya.

"Aih kompang dipaluu.... pengantin baru..." Tiba-tiba Ayoi memekak menyanyi.

"Oi, pungkoq! Ada yang merasa kuali panas aku ni kang.." marah Nuh.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Dec 11, 2023 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

The Untold Stories (Vol 2)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt