the day after

1.8K 185 29
                                    

"Fan..."

Lenaku terganggu dek suara lembut itu berserta tepukan perlahan di lengan.

"Fan, bangunlah. Dah lewat ni.."

Aku buka mata perlahan-lahan. Aku lihat si dia di sisi lengkap bertelekung.

"Bangun.. Dah pukul 7."

Aku gesek mata.

Ala, baru pukul 7, udah ribut-ribut! Patutlah alarm tak bunyi lagi.

"Mmmmm...." balasku kembali menyelesakan baring.

"Fan..., bangunlah..."

"10 minit, 10 minit.." balasku.

Dia berdecit. "Matahari dah naik. Terlepas subuh nanti... Bangun!" Sedikit tegas suaranya.

Aku juga berdecit. Akhirnya aku paksakan membuka mata besar-besar. Menguap tanda aku belum puas.

"Okey, okey, ustazah..."

Dia tersengih.  "Bangun. Fan tak bangun, saya spray air."

Aku berdecit sekali lagi dan terus bangun. Melangkah malas ke kamar mandi. Niat di hati nak gosok gigi dan angkat air sembahyang sahaja, tapi terkenang sesuatu.

Lalu aku buka semula pintu.

"Indah!"

Dia berpaling memandang.

"Dah mandi?" Soalku.

Terus merah padam wajahnya. "Hish! Cepatlah! Dah nak habis waktu ni!"

Aku ketawa. Kembali menutup pintu. Pakaian aku buka satu persatu sambil bersiul.

Mandi! Kalau tak mandi, sembahyang tak sah..

*******

"Nah!" Cawan putih berserta piring berisi air kopi susu itu dia letakkan di hadapanku.

"Thank you."

"Entah okey ke tak rasa kopi tu. Saya tak reti nak bajet la pakai gula kiub tu," ujarnya.

Aku lantas hirup sedikit. "Okey. Sedap."

Dia sengih.

"Sikit je makan. Cukup?" Soalnya melihat pinggan yang tak sampai suku berisi.

Dia angguk.

Aku kerut kening hairan. Setahu aku, budak ni bukan jenis makan bercatu-catu. Semasa di Thailand itu hari, dia makan elok je.

"Indah tak suka makanan hotel ni ke?" Soalku lagi.

"Taklah. Okey je. Tak rasa nak makan banyak. Tak apalah. Fan makanlah!"

"Tapi asal? Selalu makan elok je. Tiba hari ni makan macam orang diet. Takkan dah kahwin tiba-tiba takut gemuk pulak," balasku.

Tak puas hati pulak kan! Kenapa tiba-tiba nak makan sikit-sikit.

"Tak ada apa-apa la, Fan. Betul..."

"Tipu..."

"Ya.."

"Nak benda lain? Kita cari kat luar."

"Tak payah. Saya tak nak makan banyak-banyak. Nanti sakit perut."

Aku terdiam. Sekali lagi berkerut kening.

"Sakit perut beraklah. Apa masalahnya?"

Wajahnya memerah. Tunduk.

Lama juga aku cuba menafsirkan.

"Eh, janganlah cakap Indah malu nak berak? Asal? Takut nanti Fan bau busuk bila masuk toilet ke?"

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now