throwback: Geng Terlajak Laris

2K 204 27
                                    

Ada org request. Kita up la..

Maaf sesiapa yang blur tak tahu ni cerita apa. Salah satu cerita AOB yang dah di unpublish di wattpad ni... Diari Hati Mr Sweettalker.

Tak sempat edit lagi nak hantar penilaian. Semualah tak sempat edit. Aigoooo....
bila tah nak ada masa. Haha...

**************

Kami bergelak ketawa sambil menikmati buah rambutan yang Pa beli tadi. Mungkin kerana gembira dengan kepulangan aku sejak lama menghilang, kerja kami makan je hari ni! Macam-macam makanan yang Umi sediakan.

"Kau dapat tengok whales tak Long?" Tanya Khayra sambil menuangkan air teh yang dibuat Umi ke cawan-cawan di atas meja.

"Tak sempat. Whale watching tu ada musim dia. Ends on 1st November."

"Ruginyaaa!!"

Aku hanya mengangguk. Rasa rugi juga sebenarnya.

"Along kata pergi sana, buat kerja makmal. Macam mana? Siap semuanya?" tanya Umi pula.

"Alhamdulillah Mi. Siap dah. Eksperimen along siap dah. Tinggal buat analisis dan thesis write up lah."

Umi senyum. "Sikit lagi nak habis belajar dah lah tu..."

"Amin. Doakanlah. Semoga dimudahkan."

Umi dan Pa mengangguk.

"Dah nak habis Along belajar, lepas ni boleh kahwin lah!" kata Hafiz pula.

Kami semua terdiam. Aku tak jadi mengopek rambutan.

Pa dan Umi berpandangan. Khayra menyiku Hafiz.

Aku membuang pandang pada skrin televisyen. 

"Long, sebenarnya, ada hal yang kami perlu bincang dengan Along..."

Aku mengalih pandang pada Umi. "Hal apa tu Mi?"

"Err, berkenaan Ma...",

Riak aku berubah mendengar nama Ma disebut. Walaupun ketika di Sydney, aku dah pun bertekad untuk membuka minda dan hati untuk mendengar dengan lebih lanjut punca tindakan Ma itu, tetapi aku rasa aku masih perlu sedikit masa.

"Umi, kalau boleh, Along tak nak cakap pasal tu lagi sekarang ni."

Umi mengeluh.

"Tapi Along kena dengar. Ini berkenaan Ma. Along kena tahu," ujar Khayra pula.

Aku menggaru dahi.

"Along belum sedia lagi."

"Tapi Ma.." Khayra bertegas mahu berkata sesuatu berkenaan Ma.

"Khayra....." Pa bersuara rendah. Tanda dia sedang memberi amaran. Khayra terus diam seribu bahasa. Aku mengeluh perlahan.

"Pa, Mi, Along naik dulu... Rehat sekejap. Penat."

Umi tersenyum dan mengangguk. Pa hanya mengangguk. Lantas aku menapak meninggalkan kawasan ruang tamu itu menuju ke bilikku. Aku baringkan diri di atas katil bujang itu. Mengeluh.

Suatu hari nanti, aku tetap akan kena berjumpa dengan Ma. Takkan boleh lari selamanya. Apa pun sebab Ma lakukan, benda dah jadi. Aku dan Aisyah diputuskan pun. Menyimpan dendam pada Ma pun, tiada gunanya! Tapi berilah aku sedikit waktu. Aku masih rasa terkilan. Tak lama lagi, bila aku dah bersedia, aku sendiri akan bersemuka dengan Ma.

Aku mencapai telefon yang aku letakkan di atas meja. Kemudian aku masukkan simkad prabayar yang aku pakai sebelum bertolak ke Sydney dulu.

Kala skrin telefon menyala semula, aku pandang gambar yang aku jadikan 'wallpaper' itu.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now