ramadhan kareem (story #5)

1.7K 196 22
                                    

Pejam celik dah malam ke-15 dah eh.. allah hu akbar. Kejap je masa berlalu...

***********

"Pin, simpankan wallet aku dalam beg kau," ujar Azim sambil menghulurkan dompetnya kepada sahabatnya itu.

"Kau dah kenapa? Wallet pun suruh Ipin pegang!" Bebel Kimi.

"Aku penat hari ni. Tak larat. Nampak ni... tangan aku lembik..." sengaja dia longlaikan tangannya.

"Sesungguhnya aku berpuasa. Kalau tak puasa, aku tolak dia ni masuk parit," Ipin bersuara.

Fiq hanya diam tersengih-sengih.

"Gila betul exam masa tengah puasa ni. Lain macam drain dia. Aku tak boleh fikir tadi tau tak?" Omel Kimi.

Mereka berempat baru sahaja menduduki peperiksaan pertengahan semester. Kini dalam perjalanan menuju ke bazar ramadan berhampiran kampus untuk membeli juadah berbuka.

"Kimi, diam!" Serentak Ipin dan Fiq bersuara.

Budak Kimi ni bukan boleh percaya dia punya 'tak boleh fikir' tu. Dusta belaka semua tu. Tak boleh fikir dia, dapat A-. Kalau boleh fikir, markah penuh 100%!

Dasar budak genius acah-acah tak pandai!

Kimi sengih.

"Nasib baik aku tak larat. Kalau tak, aku pun join suruh kau diam tadi," ujar Azim.

Ini pula budak yang dah lembik sebab miss bersahur. Puas digerakkan Ipin, dia tak jaga juga. Sudahnya dah 630 baru celik mata, menggelabah tak sahur. Siap salahkan Ipin, teman sebilik itu kerana tak bangunkan dia.

Memang kena jeling jelah dengan Ipin jelah. Dah macam gerudi Ipin getarkan badan si Azim. Tapi dia tetap lena macam orang pengsan.

Azim dan tidur, memang tak dapat dipisahkan. Hobi sejak azali.

"Ada lagi ke nasi ayam panggang tu eh agak-agak? Dah lambat ni.." ujar Fiq.

"Kalau dah habis, sebat jelah apa ada Fiq. Tak payah nak memilih sangat," bebel Ipin.

Budak Fiq ni pula sejenis memilih juga. Tapi dia memang anak orang kaya yang layak je nak memilih. Dia ada duit nak beli apa yang dia suka!
Why go for less when you can get more?

Sedang mereka berjalan itu, mereka bersembang santai berempat sekawan.

Tiba-tiba mata Ipin singgah pada satu susuk yang berdiri tegak di tepi jalan sambil memandang jam, dan telefon bimbit tertekap di telinga.

Aik, apa benda mak cik tu buat dekat situ?

"Pin!" Panggil Azim apabila dia sedar langkah Ipin terhenti.

Ipin kembali menoleh pada kawan-kawannya dan melajukan langkah.

Dia tunggu Ryan la tu kut. Nak keluar berbuka?

Niatnya nak mengabaikan sahaja, namun hati pula degil tak mahu mendengar kata. Dia menoleh kembali pada arah itu. Telefon tak lagi di telinga. Dan gadis itu duduk mencangkung seolah-olah sedang kecewa.

Dia berhenti lagi. Terus dipalingkan badan menghadap arah itu dengan tangan dicekak di pinggang.

"Dah kenapa..." omelnya perlahan.

"Asal bro?" Soal Fiq.

"Oohhh, patutlah. Tuu.... Fifi sana!" Ujar Kimi memuncungkan mulut ke arah gadis itu.

Azim mengeluh. "Dah tu? Apa kaita...."

"Korang gerak dulu weh! Nanti jumpa!" Ipin lebih pantas memotong dan terus berlari anak menyeberangi jalan. Menuju ke arah gadis yang sedang bertingkung itu.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now