Along yang bengis (part 2)

1K 183 27
                                    

Nah, sambungan!😉

******

"Cukup-cukuplah perangai panas baran kau tu, long! Hish, berdesing telinga mak ni, orang asyik berkata pasal kamu," bebel Mak Yam dengan suara tinggi.

"Mak, budak tu kurang ajar dengan Mak Biah! Takkan nak buat diam. Kalau dia nak setel cara baik, orang pun tak inginlah nak bertumbuk bagai," balasnya.

"Sudah, sudah. Bawa istighfar dua-duanya. Haih, sama naik mak dan anak!" Tegas suara Ayah Haji menegur.

Diam kedua-duanya.

"Jadi ke budak tu buat laporan polis?" Tanya Ayah Haji setelah sepi beberapa ketika.

Along sekadar angkat bahu.

"Alah, sembang jelah mamat tu, bah! Tak ada maknalah dia nak report. Atas dakwaan apa pun. Along tak usik pun dia. Baru ugut sikit, dah goyang. Lembik!" Ejek Along kemudiannya.

"Ha, tengok! Tengok! Bukan main gangster anak awak bang aji, oi! Wah, dia ingat dia ada ilmu, semua orang boleh dibelasahnya." Mak Yam membebel lagi.

"Dia ingat dia padayappa, mak! Yenna nge!!" Satu suara menyampuk dari kejauhan.

"Kau jangan menyibuk, ngah! Naik kaki aku dekat muka kau kang!"

Ayah Haji dah tergelak kecil.

"Tak apalah. Kita tunggu jelah. Kalau betul ada libat polis, Padayappa Mak Yam ni silalah pergi selesaikan dekat balai. Kata hero!" Kata Ayah Haji selamba sambil menepuk bahu si anak dan bangkit dari duduknya.

Along hanya tersengih. Abah memang cool.

"Eh, eh, eh orang tua ni! Tang macam ni je sebut nama Mak Yam. Ni perangai perasan pendekar ni ikut perangai abah nya lah!"

"Abah nak bersiap ke masjid. Kamu ikut abah, long. Sebelum tu mintak maaf pada mak kamu tu sebab buat dia susah hati," pesan Ayah Haji dan terus berlalu.

"Tariq! Yang terkangkang depan tv lagi tu buat apa? Pergi mandi. Nak masuk waktu dah ni!" Sempat pula dia menegur bujang nombor duanya.

Tak lama, susuk tinggi lampai anak tengah keluarga itu muncul di dapur.

"Deyyyy!!!" Jeritnya pada si Along sambil mengangkat tangannya.

"Eh, budak ni. Terbang jugak cawan ni kang...." marah Along.

Angah ketawa mengekek sebelum hilang ke bilik air.

"Biah kata, ada Ekin tadi, ya?" Soal Mak Yam apabila dia pasti Angah dah tiada di sekitar.

Along mengeluh dan mengangguk. "Bukan pasal Ekin la, mak. Budak tu memang tak beradab. Along tanya baik-baik, dia jawab macam bagus-bagus. Panas ah orang!"

"Ya ni? Bukan sebab Ekin?"

Kali ini Along berdecit. "Adoi, mak ni. Ekin tu cerita lama.."

"Mak tahulah cerita lama. Tapi mak rasa, masih terkesan lagi cerita lama tu dekat hati anak mak ni," balas Mak Yam.

Along tepuk dahi. "Mana ada! Tak mainlah terhegeh-hegeh dekat orang yang tak nak kita, mak. Dia ada boyfriend kaya dah, kan? Sekufu dengan dia. Pelajaran tinggi. Bukan kokak macam orang ni setakat politeknik je."

Mak Yam senyum. "Eh, siapa kata Along mak ni kokak? Bukan main manis kalau senyum. Tinggal lagi, mahal sangat je senyuman tu. Muka garang semedang..." usik Mak Yam.

Along gelak besar. "Amende mak ni. Tiba-tiba je. Mak jangan susah hatilah hal tadi. Tak ada apa pun.. Kan Mak Biah pun cakap tak ada apa."

Mak Yam yang turut tersengih angguk.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now