promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni

1K 19 6
                                    

Salam and hi!

Nak beritahu semua, in case belum tahu, yang yong ada join projek Kompilasi Cerpen bersama 10 lagi penulis lain, bersempena projek amal mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Ebook dalam format pdf. Ready file. Harganya RM20 sahaja

 Harganya RM20 sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Blurb

KISAH KITA, MAGGI DAN BALKONI - akuorgbiasa

Ini kisah dua orang asing, Izzat dan Nurul, yang bertemu melalui satu kebetulan. Terjerat di sebuah ruang, di kala mereka terperangkap dalam jerat percintaan masing-masing. Berbekalkan Maggi, dan di balkoni, mereka berkongsi kisah.
"It's complicated..."

KOTA DINGIN EIRENE - ANN HANN

Pertemuan yang tidak terduga dan perjalanan panjang yang penuh pertanyaan antara Grisham dan Eirene menerbitkan suatu perasaan yang tidak jelas.

Eirene yang rasa bersalah membohongi Grisham terus menyembunyikan rahsia kenapa dia melarikan diri dari cengkaman penganiayaan tetapi tidak dapat menyembunyikan suatu perasaan membara di antara keduanya.

Apakah pengakhiran yang menanti Grisham dan Eirene di hujung perjalanan mereka.

LOVE AGAIN - ANNA MILIA

Bagi Emilia cinta itu ibarat lukisan pada pasir yang akan dihilangkan oleh gulungan ombak. Bagi Ghazi cinta tidak bermakna jika hanya dia yang memperjuangkannya. Kisah pertemuan satu malam telah membuka hati mereka untuk percaya semula pada cinta.

BLURB GEMA WAKTU - ARSYA AISYA

Qadr adalah imbasan insan sempurna bagi Ryan Lee. Tetapi siapa tahu disebalik seorang lelaki yang lembut dan warak itu tersimpan seribu satu rahsia. Yang membawa makna manusia itu tiada yang sempurna. Dan GEMA WAKTU menceritakan pahitnya dosa, kelamnya dusta antara Qadr dan Aysun.

MENANTU MAK MELATI - AZIZAH AMI

Cinta yang mula tersemat di hati membuatkan Iffat mula bertindak. Untuk memiliki Lisa, dia perlu untuk mendapat izin daripada warisnya terlebih dahulu.
Berkenalan dengan keluarga Lisa yang berbeza cara hidup berbanding keluarganya buat hidup Iffat penuh dengan warna.
Demi Lisa, dia sanggup menghadapi apa sahaja untuk mendapatkan gadis idamannya itu.

PENGANTIN BIDAN TERJUN - CIK AMAL AMINA

Kahwin ekspres akan bertahan hingga hujung nyawa? Atau... terputus di tengah jalan?

BECAUSE IT'S YOU - DIYA JAMAL

Bila terperangkap dalam ikatan yang tidak dia rela.

ARJUNA SEORANG KIRANA - FATHI FATIM

Pertelingkahan antara Bangsa Batil dan Bangsa Nirmala masih belum berakhir. Arjuna yang ingin hidup dalam ketenangan, terpaksa melupakan hasratnya apabila mendapat bayangan tentang Naleen. Gadis itu terperangkap di Jelatek, kawasan larangan bagi manusia biasa.
Arjuna bingung. Apakah sebenarnya pertalian yang merantai mereka? Suatu kebenaran yang mengejutkan, akhirnya meletakkan Naleen dalam bahaya. Mampukah Arjuna menyelamatkan gadis itu? Dapatkah Naleen menerima hakikat tentang siapa dirinya yang sebenar?

DERSIK RINDU - IDORA DARWINA

Tentang Jesnita yang cuba melupakan kenangan masa lalunya namun kehadiran warkah misteri perlahan-lahan telah membawa ingatan wanita itu kepada Hamka, kekasih yang amat dicintainya satu waktu dahulu. Setelah helaian demi helaian surat yang diterima, Jesnita buntu kerana surat tersebut telah membawa dia kepada Dali, pembantunya di kebun. Dapatkah Jesnita menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka atau adakah wanita itu masih berkeras mahu sentiasa terperangkap di dalam cebisan kenangan yang merobek perasaan? Dersik Rindu merungkai segala persoalan dan memberikan anda jawapannya.

BUAH HATI NOMBOR SYATU - IZMA QAHIERA

Tanpa sedar Azhan melafazkan janji. Aira di sana masih mengharap. Rani pula tak ingin merayu. Azhan perlu memilih. Salah seorang dari mereka pasti akan dijadikan BUAH HATI NOMBOR SYATU!!!

MY DEAREST LEIA - JAJA AHMAD

Antara tunangnya Ean dengan misi kemanusiaan, yang mana akan menjadi pilihan Leia?

Berminat? Boleh klik link di komen, atau DM yong.

Thank you ❤️❤️❤️

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now