ramadhan kareem (story #2)

1.6K 203 22
                                    

Susunan bekas di dalam peti sejuk itu dipandang satu persatu sambil jari menunjuk ke arah bekas-bekas bersusun itu.

"Pes asam pedas, checked! Rencah sayur and sayur, checked! Daging, checked!"

Syirah senyum puas hati.

Kali berpuasa sebagai seorang isteri. Jadi dia mahu masak lauk bersahur buat suami tercinta. Kebetulan, Syirah pun baru sahaja bersih daripada haid Maghrib tadi. Maka dapatlah berpuasa bersama-sama esok hari. 

Pes asam pedas yang diimport dari rumah ibu bersama beberapa jenis pes lagi. Nama nak buat sendiri, memang tak lah. Ibu pun agaknya tak yakin dengan anaknya sorang ni. Bimbang menantu dia kebulur tak bersahur.

Memang jadi bahan gelak abang dan Dira lah. Tetapi Syirah tak ambil hati pun. Dia mengaku dia memang tak pandai masak. Sejak berumur 13 tahun dah berkelana di asrama, sehinggalah dah besar panjang. Dapat pula ibu yang memang tersangat cekap di dapur. Dia sorang je setel semua. Jadi Syirah dan Dira memang setakat bantu basuh pinggan je. Macam mana nak pandai masak.

Well, sekurang-kurangnya itu alasan yang dia dan adiknya itu gunakanlah!

"Tenung apa tu?"

Tersentak Syirah dibuatnya disapa secara tiba-tiba oleh sang suami.

"Tengok bahan nak masak esok ni dah cukup ke tak," jawabnya.

Adha sengih. "Tudia.. Siap buat checking noo? Semangat betul tu!"

Syirah berdecit. "Nak perli kitalah tu. Taulah kita tak pandai masak," balas Syirah dengan nada merajuk.

Adha terus tertawa. "Bi tak cakap pun eh! You cakap sendiri. Don't put the blame on me," ujar Adha selamba.

Adha, tetaplah Adha. Semberono begitulah perangai dia. Memang tak pandailah nak sweet talk jaga hati.

"Selalunya kita ni bersahur makan roti je. Ni sebab tahun ni kita ni bersahur dengan suami. Tu yang semangat. Untuk awak semua ni tahu, tak?"

Adha sengih terangguk-angguk sambil memandang matanya tunak merenung wajah cantik Syirah.

"Appreciate that, baby. Thank you," ucap Adha romantis dituruti kenyitan mata.

Walaupun lelaki ini dah beberapa bulan menjadi teman sekatil, tetapi bila dia berbicara dengan tona romantis begini, tetaplah buat jantung Syirah berdegup kencang.

Dia langsung tertunduk malu. Blushing.

Ah, mencik ahh...

"Lama lagi ke checking tu?"

Syirah panggung kepala semula. "Eh, dah siap dah."

"Jom. Kita solat Isyak and terawih jemaah."

"Kat rumah? Bi imam?"

Soalan polosnya itu buat Adha tertawa.

"Pau, walaupun Bi ni spend almost half of my life in US, tapi Bi tetap berpegang pada ajaran, lelaki kena jadi imam. And perempuan tak boleh imamkan lelaki," jawab Adha diselang-seli gelak kecil.

"Tahulah! Maksud Fi, kita solat jemaah kat rumah ke? Ke nak pergi masjid?"

"Rumahlah, Fi... Tak yakin bi boleh jadi imam ke? Selama ni bi imam, okey je kan?"

Kali ini Syirah pula tertawa. Dia lantas bangkit dari silanya dan menutup pintu peti ais. Terus menapak menghampiri suaminya itu.

"Bukan macam tu lah, Encik Khairul..." ujarnya dan terus mendakap tubuh suaminya itu.

"Solat terawih kan banyak rakaat. Kutlah Encik Khairul tak berani nak bawa. Kang tak cukup surah..."

Adha yang bersandar di dinding itu melingkarkan tangan ke pinggang Syirah.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now