pulang

1.9K 164 37
                                    

Maybe last teaser sebelum kita masuk gua..hahaha..

*******

"Oh dear! That will definitely leave a scar!"

Nafeesa senyum. "Tak apalah. Asalkan hidup."

Fika ketawa. Sara masih dengan riak terkejut.

"How are you holding up, darl?" Soal Sara sambil meletakkan tangan di atas kekura tangan Nafeesa.

Nafeesa ukir senyum kelat. "Okey. Saya okey. Saya kena kuat untuk fight. Saya takkan mengalah. Saya tahu Fan akan balik."

Fika tarik nafas panjang. "Mamat tu kan, kalau I dapat dia... memang siaplah I kerjakan. Such a coward! Sampai hati dia tinggalkan you dalam keadaan you sakit macam ni?"

Nafeesa menunduk. Tarik nafas panjang. Itulah juga yang dikatakan kakaknya.

"Saya tak salahkan Fan. Saya rasa, kalau saya di tempat Fan, mungkin saya akan buat benda sama. Saya tak mahu tengok orang yang saya sayang terluka or cedera," balas Nafeesa.

"Babe, ada banyak cara untuk lawan. Pergi confront mummy and ugut dia akan bawa ke pihak berkuasa sebab dia buat you macam ni. Memang mummy capable je plan something like this."

"Macam mana nak lawan? Saya tak ada bukti. Lagipun, di Malaysia ni, undang-undang bukan untuk orang marhaen macam kami especially bila counterpart ialah orang-orang berkepentingan macam Dato' Syafinaz. Belum apa-apa, kami dah kalah."

Sara dan Fika berpandangan sesama mereka dan mengeluh.

"You know what, tak semestinya you di pihak marhaen. Let's bring in another giant to your side," ujar Fika.

Nafeesa berkerut dahi. "Maksud korang?"

"Dato' Syafinaz and Datuk Azizi, rival since forever, my dear... Daddy will be delighted to be on your side. Trust me," sambung Sara pula.

Nafeesa gigit bibir. Entahkan rasa apa. Terasa semacam ada sinar. Sinar untuk memenangi peperangan ini. Dan sinar untuk bersatu semula dengan buah hatinya itu, tanpa gangguan.

Fan, baliklah. Let's fight this together. Sara dan Fika di pihak kita. Saya takkan berundur Fan. Saya takkan mengalah.

Balik, sayang... Kita lawan demi cinta kita...

************

"HANG IN THERE, SIS. YOU ARE STRONG. WE ARE NOT READY TO LOSE YOU... 🥺🥺"
-FikaAzizi-

"Today I visited a friend & a sister who is really closed to my heart in the hospital. Seeing her in that condition makes my heart breaks into pieces.

You had gone through a lot, my dear sis.

I understand your pain. I understand you are tired with life. I understand the feeling of wanting to end everything.

Hang in there, dear. May Lord make it easy for you...
-SaraAzizi-

Mata Irfan buntang membaca caption dan gambar yang dimuat naik kakak dan adiknya itu di laman instagram. Selama dia menghilang, memang dia masih menjenguk laman sosial adik beradiknya menggunakan akaun palsu.

Hari ini, kedua-dua beradiknya itu memuat naik posting yang mengundang tanda tanya. Bertambah libang-libu hati Irfan apabila melihat, di dalam gambar yang dimuat naik Sara, ada tas tangan yang sangat dia kenali.

Beg Indah!

Sudahlah tu, gambar berlatar belakangkan wad di hospital pula tu!

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now