ramadhan kareem

1.6K 172 48
                                    

Salam,

Tiba-tiba je..hahaha..

Btw, selamat meraikan Ramadhan geng! Semoga kita dapat keberkatan bulan istimewa ni, inshaAllah...

***********

Skrin yang memaparkan laporan pesakit itu ditatap. Sesekali dia mencatat di buku notanya.

"Eh, Teja! Tak balik lagi? You dah off duty, kan?"

Teja mendongak sedikit memandang Anusha, sahabatnya yang menegurnya sebentar tadi.

"Eh Nusha. Sekejap lagi. Siapkan ni sekejap."

Anusha geleng kepala. "Esokkan dah nak start puasa. You baliklah. Bukan senang nak dapat off di waktu-waktu kita nak off ni."

Teja tersengih. Memang benar. Nak-nak lagi doktor pelatih sepertinya.

"Okey. Sekejap lagi."

Anusha tepuk bahunya dan berlalu.

Teja tarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

Lima belas minit kemudian, dia dah berjalan malas ke kereta.

Ramadhan. Untuk kesekian kalinya. Mungkin Ramadhan terakhir di bumi Melaka ini. Tinggal lagi beberapa bulan sebelum dia tamat latihan kedoktoran, dan bakal dilantik menjadi pegawai perubatan jika lulus.

Sepatutnya, dia bakal tamat latihan selepas raya. Sepatutnya, dia juga bakal tamatkan zaman bujang pada raya aidil adha.

Sepatutnya.

Namun bukan itu yang Allah mahu. Bukan itu yang tertulis dalam lembaran takdirnya.

Kerana lelaki yang bakal menjadi gandingannya diangkat menjadi raja sehari dah tiada. Pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Takkan kembali lagi.

Maka, tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Teja hilang semangat meraikan kehadiran Ramadhan dan Syawal.

Tahun ini, Ramadhannya bakal sunyi tanpa insan tersayang. Ahmad Tariq.

Tariq, saya rindu....

********

"Awak tolonglah kejutkan saya."

"Ei, mengada-ngada. Alarm clock kan ada!"

"Mana sama! Kalau dengar suara awak, barulah semangat nak bangun sahur."

Teje tertawa. "Asal kau gedik sangat ni, Ahmad Tariq! Aku lepuk kau kang..."

"Ha tengok! Aku kau pulak.... Kan dah janji tak nak beraku-kau dah... Merajuk ah!"

Makin galak tawa Teja. Dipandang wajah anak Mak Yam yang dah diangkat menjadi kekasih itu.

Tahun pertama berpuasa sebagai couple, katanya. Kena diraikan.

"Yalah. Yalah. Ei, geli-geleman pulak rasanya melayan budak gedik ni. Nak merajuk pulak," usik Teja.

Thor sengih selamba. Kisah apa. Gedik ke apa. Kan girlfriend! Nak menggedik dengan siapa lagi?

"Kejutkan saya sahur, okey?"

"Yalah. Saya kejutkan!"

"Terima kasih, sayang!" Ucapnya sambil sengih lebar.

Teja tertunduk segan. Masih belum biasa digelar sayang oleh Thor yang bertahun-tahun menjadi kawan baiknya.

Sama-sama kasih, sayang...

*********

"Biskut je? Mana cukup, sayang. Makanlah makanan berat sikit..."

"Tak sempat. Ada kes tadi. Saya kena ikut masuk OT."

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now