Along yang bengis (Part 3)

1.2K 210 42
                                    

"Call owner Viva tu. Kelmarin lagi dah siap. Bila nak datang ambik. Kau dah call ke belum?" soalnya pada Mamat, salah seorang mekanik di Bengkel Along & Badang. 

Setelah tamat pengajian, dia bekerja di sebuah bengkel milik Cina di pekan Kuala Selangor. Hampir dua tahun menimba pengalaman dan menyimpan modal, dia bersama seorang lagi teman memberanikan diri membuka bengkel kereta sendiri di Puncak Alam. Sudah setengah tahun bengkel mereka beroperasi, dan setakat ini perniagaan berjalan baik.

"Dah call, long! Hari ni aku call lagi," balas Mamat. Memang Along dikenali dengan nama Along di kalangan kawan-kawan dan orang kampung.

Along mengangguk. Dia melihat senarai semak di tangan.

"Assalamualaikum!"

Along menoleh sambil menjawab salam.

"Eh! Cikgu!" Bergegas dia mendapatkan pengunjung kedainya yang baru tiba itu dan bersalaman.

"Apa khabar, tokey?"

Along tertawa. "Adoi, jangan macam tu cikgu. Malu saya. Tokey kecik-kecik je."

Cikgu Khalil turut ketawa. "Apa yang keciknya? Besar bengkel kamu ni."

"Cikgu sihat? Lama tak jumpa."

"Sihat-sihat orang pencenlah, Tahir. Macam nilah," jawab Cikgu Khalil.

"Kereta rosak ke, cikgu? Jauh cikgu datang ni. Bukan selalu buat dekat Ah Beng?"

"Eh, saya punya mekanik kegemaran dah dekat sini. Kena datang sinilah!"

"Allah..." Along garu kepala segan.

"Apa masalah, cikgu?"

"Ni ha, cikgu nak mintak tengokkan kereta ni. Macam gear susah masuklah. Kadang-kadang tengah jalan, tekan minyak, menderum je bunyi. Gear tak masuk," terang Cikgu Khalil sambil menghulur kunci kereta Myvi yang dah tua usianya.

Along segera menghidupkan enjin dan mula memeriksa itu ini.

"Macam gearbox ni, cikgu," ujarnya.

"Gearbox? Kena angkat naik la nak pastikan, ya?"

Along angguk. "Cikgu nak pakai kereta cepat ke?"

"Lama ke?"

"Kalau betul gearbox, kena cari sparepart juga."

Cikgu Khalil mengeluh sambil bercekak pinggang. "Hmm, tak apalah. Kalau dah perlu, nak buat macam mana. Kena tinggallah."

Along hanya mampu tersengih.

"Kereta ni Ekin yang pakai. Selalunya dekat-dekat je. Tapi kadang-kadang sampai ke KL juga dia lenjan. Nak temuduga kerja."

Mendengar nama Ekin disebut, berubah sejenak wajah Along sebelum menunduk.

"Ooo... dia... dia belum kerja ke?" tanya Along sesantai mungkin. Konon tak mahu ketahuan dek Cikgu Khalil, dia sedang mengorek rahsia bekas kekasih.

"Belum. Dah empat, lima bulan juga jadi penganggur berjaya."

Along gelak kecil. Sekadar menyambut jenaka gurunya itu.

"Susah cari kerja sekarang, Tahir. Lulusan universiti pun bersepah-sepah menganggur. Si Ekin ni pulak, keputusan pun biasa-biasa je. Habis pun lambat satu sem. Sibuk bercinta!"

Along garu dahi yang tak gatal. Sengih.
Aik, cikgu ni buat luahan perasaan pulak!

"Risau saya dibuatnya. Tapi yalah. Cakap banyak-banyak kang, merajuk. Tak nak balik pulak. Pening kepala!"

"Biasalah, cikgu. Perempuan. Adik saya macam tu jugak," balasnya sekadar menyedapkan hati.

Padahal, Siti Talhah, adik bongsunya itu mana pandai merajuk. Sama selamba je dengan jantan.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now