raya kita

1.6K 141 23
                                    

On the way ke Utara.
Jalan-jalan hari raya. Tersangkut di jem, so tulis la cenoet.

Btw, hero heroin ni dari cerpen Kisah Kita, Maggi dan Balkoni  🤭🤭🤭

🩷🩷🩷🩷

"Dahlah tu, Izzah. Pergi masuk dalam bilik. Awak tu bakal pengantin."

"Alah ibu ni. Takkanlah basuh pinggan pun tak boleh? Kesian ibu. Hari ni sibuk raya. Esok sibuk majlis pulak. At least Izzah tolong kemas-kemas."

"Tak apa. Mak su dengan mak lang ada tu. Boleh tolong ibu. Izzah pergi masuk bilik. Rehat," balas sang ibu.

Izzah geleng kepala. Terlampau teruja nak dapat menantu, sanggup berpenat. Ibu juga yang pilih tarikh. Raya kedua untuk anak daranya ini.

"Yalah. Izzah naik bilik ya? Nak pasang cadar rambu-ramba yang ibu beli tu," ujar Izzah.

Ibunya gelak kecil sambil menepuk bahunya. Nakal si anak pun. Perli ibu nampak!

Izzah terus masuk ke bilik pengantin. Nafas ditarik panjang. Letih juga melayan tetamu yang datang beraya daripada pagi. Telefon bimbit dicapai.

14 missed call.

Love 🩷

Izzah sengih. Amboi! Sampai 14 missed call.

Dia lantas mendail nombor itu semula.

"Baby...." manja suara itu menjawab panggilan.

"Assalamualaikum!" Ujar Izzah.

"Waalaikumussalam. Baby...."

Izzah tertawa. Geleng kepala. Sambung merengek lagi pulak!

"Ya abang. Kenapa?"

"Pergi mana? Abang call tak angkat."

"Izzah dekat bawahlah. Tolong ibu. Kan hari raya. Ramai guest."

"Oh ya ke."

"Kenapa?"

"Tak ada apa. Rindu."

Izzah ketawa kuat. "Mengadanya!"

Lelaki itu tertawa.

"Ramai orang datang rumah abang?"

"Hmm, entah. Kira ramailah kut. Mama kata biasa je. Abang bukan selalu ada sini."

Izzah sengih sambil menghenyak punggung ke atas katil.

"Esok rombongan pengantin lelaki gerak pukul berapa?" Soal Izzah.

"InshaAllah pukul 8 pagi kami gerak. Diorang lambat, abang gerak solo."

"Eh, boleh pulak macam tu!"

"Yalah. Tak sabar nak halalkan Izzah ni."

Izzah tertunduk segan. "Semoga lancar hendaknya semuanya."

"Aamin. InshaAllah."

"Baby.."

"Hmm?"

"Err, kejap lagi abang nak lepak dengan Apai."

Izzah terkebil-kebil sejenak. Betul ke telinga aku dengar ni?

"Abang cakap Apai tadi, kan?"

"Ya. Apai. Abang nak jumpa dia."

"Abang Fairuz contact abang? Finally?"

"Yup..." kedengaran ceria suara garau itu disusuli ketawa.

Izzah tersenyum lebar. "Alhamdulillah."

"Alhamdulillah."

"Kirim salam pada dia ya?"

"Tak boleh."

"Kenapa pulak tak boleh?"

"Abang jealous. Tak boleh."

Izzah ketawa lagi. "Poyolah mamat ni."

Izzat turut tertawa. "Actually abang call nak bagitau tu je. I'm excited. Finally, Apai tak marahkan abang lagi."

"Izzah pun lega dengar. This is indeed a good news."

"Okeylah. You take care, Izzah. See you tomorrow."

"You too take care, Izzat. Have fun lepak dengan bff tu. Tapi jangan sampai tak ingat dunia pulak!"

"Eh abang memang tak ingat dunia. Ingat awak je banyak."

Pecah lagi tawa Izzah. Namun pipi memerah malu.
"Ei, cringe! Dahlah! Bye, assalamualaikum!"

"Izzah!"

"Ya..."

"Izzat sayang Izzah..."

Izzah sengih menguis baju kurung yang digayakan sempena raya.

"Izzah sayang Izzat juga. Bye, assalamualaikum!"

Talian diputuskan. Namun bibir masih membentuk senyum lebar.

Wajah si dia terbayang di fikiran.

Ya Allah, mudahkan dan lancarkan urusan kami. Semoga rumah tangga yang bakal dibina, mendapat ketenangan, mawadah dan keberkatan.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now