1st baby moment

2.2K 224 56
                                    

"Kalau abang nak pergi, pergilah. Tak apa je. Ica duduk rumah jelah," ujar Q sambil melipat baju-baju kecil yang baru diangkat dari sidaian. Hari ini, usia kandungannya menginjak ke usia 38 minggu. Jadi dia dah mula berkemas-kemas pakaian dan barang-barang bayi yang bakal dilahirkan. Memandangkan tubuhnya comel, terasa sarat benar membawa kandungan. Terkadang, bergerak banyak pun buat dia mengah.

"Icayang tak nak pergi, abang pun tak naklah."

"Lah, kenapa pulak? Pergi jelah. Tak baik. Orang jemput tu."

"Tapi nanti abang kesepian."

Q berdecit. Penumbuk diangkat. "Nak?"

Har ketawa. "Abang risau tinggal baby dekat rumah sorang-sorang. Kang nak terberanak ke apa. Macam mana?"

"Sorang-sorang apa pulak? Daddy kan ada. Adoi. Lagipun, baru 38weeks lah! Awal lagi. Lek lu..."

"Okey, abang rephrase. Risau nak tinggal Icayang dekat bilik sorang-sorang..."

Q ketawa. "Sengal tak abihla laki aku ni. Adoi!"

Har sengih. "Sengal, tapi menawankan? Abang ramai peminat tau?"

Q sengetkan bibir. "Sianlah peminat abang tu. Tak berapa nampak agaknya. Apa bemda tah nak diminat dekat mamat poyo ni."

"Eleh..., sembang! Bukan dia pun gilakan kita ke? Sampai kerat-kerat tangan sebab tak dapat kahwin dengan kita."

"Seriuslah dia ni! Nak kena siku aku ke..." Q hampiri suaminya dengan lengan yang dah dibengkokkan dengan tujuan menyiku si suami yang mengejeknya tadi.

"Ha, meh, meh! Bawa datang! Mana siku besar dia tu!" Har mengusik lagi.

Q akhirnya tertawa dan memukul lengan Har. Terus sahaja tubuhnya ditarik ke pelukan.

"Ei, budak pendek ni. Ada hati nak siku kita lak.."

Q tolak tubuh Har dan mendongak memandang suaminya itu.

"Ica serius. Kalau abang nak pergi, Ica okey. Pergilah..."

"Kalau baby tak nak ikut, abang malas."

"Tapi ni kan majlis kahwin Kak Yana dengan Fauzan."

"So?"

"Apa pulak kata kak Yana nanti, abang tak pergi."

Har sengih. "Sukati dialah nak kata apa. Abang pergi sorang-sorang lagi awkward. Kita duduk rumah jelah. Okey?"

Q pandang lama wajah itu dan mengeluh. Kemudian menggeleng. "Kita pergi sama-sama. Okey?"

"Serius? Baby nak ikut?"

Q angguk. Dia tarik nafas panjang. "Sebab Ica tak nak orang ingat abang tak moved on. Tak boleh lupakan kekasih lama!"

Har gelak besar. "Ke situ pula dia? Silap sikit eh. Abang yang reject dia tau! Jauh dah abang jalan tinggalkan memori silam. Abang dah buntingkan baby pun!"

"Yang tu tak perlu sebutlah, ngok!"

Sekali lagi Har dipukul Q.

"So, nak pergi?"

Q angguk. "Nak pakai baju mana? Ica iron..."

"Tak payah. Bumil duduk diam-diam. Main IG. Abang gosok.."

Q sengih. Diusap perut yang memboyot. Nafas ditarik panjang.

Haih, kalau bukan mamat ni punya pasal, tak kuasa aku nak keluar dengan perut besar ni!

********

"Thank you so much, sudi datang Q, Har. Happy sangat dapat jumpa korang hari ni..."

Q mengukir senyum. Memandang Har di sisi.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now