Throwback: Dee...ar

1.8K 175 31
                                    

Salam and hello all,

A lil throwback. Hehe.. Kisah An dan Dira ni pernah ada di sini dulu. Tapi kita dah turunkan for some reason. InshaaAllah, ada plan nak publish. Tapi bukan dalam masa terdekat. Prosesnya lama.. Memang kaw-kaw kena edit sebab immature sangat penulisan masa tu. Haha..

So, enjoy.. Happy weekend!

*****************************

Dira bersandar di kepala katil hospital itu. 

Boringggg!!!!!!!!!!!!

Siaran tv ditukar satu persatu. Semuanya bosan.

Dah lah telefon tak ada. Kuangjaq betul lah peragut ni! Sia-sia je korang beriya meragut aku. Dalam tu cuma ada telefon bimbit lamanya, beg kecik yang berisi duit RM5.60, baki duit selepas makan tengahari semalam, dan nota yang dia catat semasa kelas hari itu.

Memang dah jadi tabiat, Dira tak suka membawa beg dompetnya ke kelas dek pernah tercicir dulu ketika di asasi. 

Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Kakak yang menemankannya hari ini turun ke kafeteria. Makan.

An ni memang tak nak melawat aku ke? Tak ada rasa belas kasihan ke apa ke dekat aku ni? Kalau bukan sebab dia, tak adanya aku nak pergi Taman Tasik tu tengah-tengah hari buta sampai kena ragut gini...

Dasar stone cold!

Rasa sayu pula tiba-tiba. Dira mengeluh. Hish, dah, dah! Jangan fikir!

Tok! Tok! Pintu diketuk. Tak lama pintu terkuak, dan seorang jururawat di muka pintu membawa raga berisi puluhan bunga ros merah.

"Ada orang hantar ke kaunter tadi. Untuk Cik Nadirah," ujar jururawat itu lalu meletakkan raga itu ke atas kerusi.

Dira garu dahi yang berbalut.

"Siapa?"

"Tak pasti. Nanti ceklah. Macam ada card tu. Sekarang ni, saya nak cek tekanan darah dan suhu sekejap, boleh?"

Dira hanya mengangguk dan membiarkan jururawat itu menyelesaikan tugasannya. Sesekali mata memandang jambangan bunga itu. Jauh di sudut hati, dia dapat mengagak pengirimnya. 

Siapa je yang tahu dia berada di hospital? Takkan abang! Bapak geli abang bagi bunga pulak!

An lah, kan?

Dira tersenyum sendiri. Boleh bayang muka An berkerut dahi memilih dan memesan bunga. Mesti dia cakap dekat tokey tu, "Ambik je lah mana-mana. Asalkan bunga..."

"Amboi, tersenyum-senyum dapat bunga. Boyfriend bagi la tu kut!" usik jururawat yang sedang mengemaskan alatan usai mengambil tekanan darah Dira.

Dira tersipu sendiri. 

"BP okey, suhu pun okey. Tak ada demam," beritahu jururawat itu sebelum berlalu keluar.

Dira terus mencapai sampul merah jambu yang terselit di tepi bakul itu. Sepucuk surat. Entah kenapa, hati Dira berdebar-debar mengeluarkan surat itu dari sampulnya.

Dan lembaran kertas itu dibuka.

Assalamualaikum,

''''''''''''''''""""""

Hari sebelumnya,

An termenung di meja belajarnya. Jam dah pun menginjak 1230 malam. Sekembalinya daripada merokok dan bersembang dengan Kimi tadi, dia balik ke bilik dan mendapati ada mesej baru yang diterimanya.

Una: an, aku dah tanya syirah. Dia kata Dira dah sedar. Alhamdulillah. Tak ada apa. Dia ok je..

Una: tapi aku nak tanya kau ni, apa yang kau buat dekat Dira sampai dia tak nak jumpa kau lagi! Syirah suruh aku bagitahu kau, dira tak nak jumpa kau! Dia pesan jangan datang hospital dulu! Sebab dira belum betul-betul sembuh! Apa benda kau buat dekat anak dara orang, An??

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now