cerita kita

1.5K 190 17
                                    

Assalamualaikum and Hi,

Terada idea klise, tertulis, maka tadaaa terpost! Haha.

Enjoy!

*********

Songkok hitam yang baru dan bersih itu aku tenggekkan di atas kepala. Butang baju Melayu Teluk Belanga berwarna perak itu tarik sedikit, supaya duduk baju melayu kemas di bahu. Refleksi diri aku pandang. Nafas aku tarik panjang.

"Fan.."

Aku menoleh mendengar suara garau itu.

"Eh, daddy..." Aku lantas bergerak ke arah bapa kandungku itu dan aku tunduk mencium tangannya. 

"Thank you for coming. It means a lot..."

Daddy tersenyum sedikit. Dia tepuk bahuku tiga kali. "My only son nikah, daddy akan datang. Even though I'm not really approve your choice."

Aku menunduk.

"Tapi, daddy percaya Fan dah matang, dah besar. Fan dah fikir masak-masak. So, daddy support. Daddy cuma nak anak-anak daddy happy."

Aku angkat wajah semula. Senyum ku lorek sedikit. "Thanks, dad. It really means a lot..." Lalu tubuh tinggi daddy aku rangkul.

Daddy membalas dan menepuk belakangku. Beberapa ketika kemudian, pelukan terlepas. Daddy senyum memandangku.

"Dah ready?"

Aku gigit bibir gementar. "I... think... so?"

Daddy ketawa. 

"Anyway, nice choice! Teluk belanga, huh?"

Aku ketawa kali ini. "Not mine. Her choice. Budak tu dah ada list siap yang dia dah plan sejak remaja untuk majlis kahwin dia. This..." Aku cubit sedikit kain baju melayu ku itu, "..is part of it!"

Daddy turut sama tertawa. "Cute."

Tiba-tiba, wajah daddy berubah serius semula. Dia tarik nafas panjang. "Fan, daddy nak pesan something."

Aku renung wajah sang ayah itu menanti bait-bait kata daripadanya.

"Marriage, is not an easy journey. Yang bercinta pun, ada masalah. Yang dapat restu keluarga pun akan ada masalah. Apa lagi Fan dan Ana. I can see a lot of challenges in the future. Tak bermakna Fan dan nikah dengan dia, Fan dah menang against semua yang menentang."

Aku garu dahi. Sumpah, aku gementar mendengar nasihat daddy itu.

"Bukan daddy nak takut-takutkan Fan. Tapi daddy nak Fan bersedia. Do expect heavy rain coming your way. Ana masih muda. Family dia pulak dalam keadaan terdesak. So mereka akan nampak Fan the villain yang buat family mereka jadi bertambah susah. And you know your mummy. Dia takkan berdiam diri selagi dia tak puas hati."

Aku berdecit. "Fan bukan nak keruhkan keadaan, daddy. Fan nak bantu. Ana takkan bahagia kalau dia ikut plan gila family dia tu..." 

"Habis Fan jamin, plan gila Fan bawa dia kahwin lari, akan buat dia bahagia?"

"Daddy, please.. That's the last thing I need right now."

"Jangan salah faham. Daddy support Fan. Kalau Fan perlu bantuan financial, no problem. Daddy usahakan. Tapi yang lain-lain, urusan Fan dengan Ana dan keluarga, itu atas Fan. Daddy tak ada hak masuk campur. Sebab Fan yang buat keputusan. Faham?"

Aku menunduk dan bermain dengan jari. 

"Jadi suami yang baik. Yang bertanggungjawab. Cinta dan sayang sahaja tak cukup menjamin bahagia. Duit dan harta je bukan jaminan keluarga aman-damai. Tanggungjawab, trust, attitude, itu yang utama. Ana tinggalkan semuanya, untuk ikut Fan. Jadi jangan sia-siakan... Itu yang daddy nak Fan ingat.. Okey, buddy?" sambung daddy lagi sambil meletakkan tangan ke bahuku.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now