Buah Hati Yang ke-1(b)

1.5K 66 14
                                    

Salam semua,

Maaf ni bukan short story.

Announcement je. Hehehe..

Insha-Allah bermula esok, pra-tempahan untuk karya terbaru saya berjudul 'BUAH HATI YANG KE-1(b)' yang bakal diterbitkan dalam naskhah Kompilasi SATU bersama dua penulis hebat iaitu Jiyan (lebih dikenali dengan nama gelaran _ljskwb di Wattpad) dan Yana Agasshi (penulis Novelplus).

Kompilasi SATU adalah terbitan JemariGemok.

Buah Hati Yang ke-1(b) berkisarkan kisah Una dan Ayoi. Siapa familiar dengan nama Una angkat tangan??

Yezza ladies and gentlemen, Una @ Husna Dani. Kakak singa betina si kembar berdua itu. So ini BHYK1b ni kisah Una dan pasangannya..

Kisah pendek, ringan, sweet dan tak ada konflik berat. In fact, ketiga-tiga kisah dalam Kompilasi SATU bertema sweet and simple gitu. Sesuai untuk bacaan ringan.

So, mulai esok, boleh mulai menempah melalui JG sendiri atau melalui dropshipper mereka.

Follow IG saya (akuorgbiasa_aob) atau FB (Yong Aob) atau soc med JG (jemarigemok) untuk maklumat tempahan.

Harap sudi support yong dan kawan-kawan penulis..hehe..

**********

Blurb

"Dia cinta pertama awak. And saya ni, buah hati yang ke-1 kurungan b awak. Saya muncul dalam hati awak selepas dia.”- Ayoi

"Una sayangkan dia. Dia yang buat Una rasa diri Una ni penting. Dia yang manjakan Una, ambik berat pasal Una. Bukan macam orang lain yang selalu tak endahkan perasaan Una! Una dah penat hidup macam ni!" - Una

********

Teaser #1

“Yoi, hang tolong aku boleh?”

Lama Ayoi diam sambil terkebil-kebil memandang Hud. “Tolong cover line dengan Zizie?” tebaknya.

Hud garu kepala. Sengih. “Hang ganti aku pi date tu, boleh?” Perlahan-lahan Hud suarakan permintaannya.

Jeda.

Satu. Dua. Tiga.

“Hang ni buang tebiat ka apa? Memang tak la!!” tempik Ayoi lalu terus mengangkat punggung.

“Ala, Yoi! Tolonglah aku. Hang ja harapan aku. Demi darah tok yang mengalir dalam tubuh kita ni, Yoi. Aku merayu, brother...” ujar Hud sambil membuntuti Ayoi.

“Ish, tak kuasa aku! Tak kiralah darah tok ka, darah uwan ka, darah siapa ka, aku tak mau terlibat! Hang punya taik, hang clear sendiri,” balas Ayoi sambil cuba menutup pintu bilik.

Hud pula sehabis daya cuba menghalang.

“Tolonglah aku, Yoi. Hang nak apa? Aku belanja hang burger Nuh sebulan. Aku bayaq.”

Ayoi menggeleng. “No, thank you. Aku muak dah makan burger. Dahlah aku yang buat sendiri.”

“Okey, okey. Hang nak apa?”

“Tak payahlah, Hud. Aku tak mau terlibat. Understand? Don’t... want... Nehi he!”

Akhirnya pintu berjaya dia tutup, lantas cepat-cepat dia kunci. Kepala digelengkan dan dia melangkah ke katil kecil di sudut bilik. Tubuh lampainya dibaringkan ke atas tilam.

Gila ka apa, Hud ni! Dalam banyak-banyak manusia, dia suruh aku ganti dia pergi dating? Aku tahulah aku ni memang mesra alam, tapi tak daklah sampai nak main-mainkan hati anak dara orang! Apa la! Gumam Ayoi dalam hati.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now