go with the flow...

2.3K 191 13
                                    

"Iya. Mak kau dah tanya. Dia tak balik. Datang jelah..."

Mak Yam yang sedang memotong pucuk paku tersengih sendiri melihat si suami yang duduk bertentang sedang berbicara melalui telefon.

"Siti laki bini pun tak ada. Nak ke Kolumpo katanya. Jalan-jalan dengan Jebat. Abah dengan mak je dekat rumah ni," katanya lagi.

"Hmm..."

"Okey..."

"Datang tau! Abah dengan mak tunggu."

Tak lama, barulah telefon dialihkan dari telinga.

"Muhammad ke?"

Ayah Haji Rusydi mengangguk dengan senyuman lebar.

"Dia ada di Malaysia. Cuti seminggu katanya. Nak datang ziarah kita hari ni," beritahu Ayah Haji.

"Ya? Hari ni? Lah, Bang Aji! Kalau macam tu, kejap lagi bawa kita ke kedai Mat Nor kejap. Nak beli ayam. Nak buat rendang. Lepas tu ke jeti. Ikan dah naik kot, kan?" pinta Mak Yam.

Ayah Haji tersengih. "Bukan main bercahaya muka tu anak dia nak balik," usik Ayah Haji.

"Yalah! Budak tu bukannya selalu boleh jumpa, bang aji. Sesekali balik, kita raikanlah."

Ayah Haji mengangguk bersetuju.

"Dia nak tidur sini ke?" Soal Mak Yam.

"Mungkin. Abang tak bertanya pulak."

"Suruh dia tidur sini je, Bang Aji. Bukan ada siapa. Lagipun, kalau dah petang sampainya, sekejap sangat jumpanya tu." Mak Yam memberi cadangan.

"Yalah. Nanti abang cakap pada dia. Nak ke kedai pukul berapa?"

"Sekejap lagi. Lepas siapkan siang pucuk paku ni," balas Mak Yam sambil menunjuk pada pucuk paku yang baru dikutip tadi.

Ayah Haji Rusydi mengangguk. "Abang ke depan sekejap. Awak nak kelapa, kan?"

Mak Yam angguk sambil senyum lebar. Tak perlu diminta, abang hajinya yang seorang ini dah maklum apa yang diperlukan apabila dia sebut mahu merendang.

"Eh, Biah tak ada cakap Teja nak balik, kan?"

Wajah yang tersenyum tadi berubah serius. "Tak ada pulak, bang aji. Lagipun, kan Teja baru balik minggu lepas. Saya terserempak dengan dia di kubur."

Ayah Haji senyum kelat. Mengangguk.

"Muhammad memang tak mahu jumpa Teja ke?" Mak Yam sambung dengan soalan.

Ayah Haji melepas keluh berat. "Entah, Yam. Nampaknya begitulah."

"Tapi dia ada hati dengan Teja, kan? Siti ada cerita hari tu. Dia bergaduh dengan arwah sebabkan Teja," sambung Mak Yam.

Ayah Haji Rusydi tak terus membalas. Hanya diam memandang isterinya.

Dah begitu lama bersama, Mak Yam faham sangat pandangan itu. Redup, tetapi menusuk. Tanda bakal ada teguran menyusul.

"Yam, kita ni tak tahu cerita. Dengar dari orang. Eloklah kita tak masuk campur. Takut jatuh fitnah kalau tak betul."

Mak Yam menunduk. "Kita tanya je, bang."

Ayah Haji gelak kecik. "Abang pun cakap je, cik Yam sayang oi!"

Mendengar perkataan 'sayang' itu, Mak Yam tersipu. "Eh, mengada orang tua ni. Dah tu, pergi kupas kelapa sana!"

Makin menjadi tawa Ayah Haji sambil berlalu pergi.

Mak Yam tersengih sambil menggeleng kepala. Ada-ada je!

********

Batu yang terukir nama abangnya itu dipandang lama.

R.I.P. stands for Rest In Peace.

Itu yang tertulis. Nafas ditarik panjang. Mengeluh. Hati disapa sayu.

I miss you, Jason.

Wajah tersenyum Jason terbayang-bayang di wajah. Si abang yang suka loyar buruk, tetapi abang itulah yang selalu ada dengannya ketika membesar.

"Let's.." Suara Andy di sisi mengganggu lamunannya. Dia menoleh memandang Andy yang berkaca mata hitam itu. Senyum.

"Jom."

Andy menapak pergi dulu dituruti Ed. Sempat dia menoleh memandang pusara Jason itu sambil melangkah pergi.

Aku chow dulu, bro. Lain kali aku datang lagi...

****

Tingkap kereta dibiarkan ternganga besar. Asap rokok ditiup keluar.

"Kau ni bila nak berhenti smoking? Kuat sangat smoke!" Bebel Andy.

Ed sengih. "Nak berhenti la ni. One step at a time."

Andy geleng kepala. "Itu alasan tak nak berhenti. The most effective way is stop at once. Jangan sikit-sikit. Takkan boleh punya."

"Andy, aku ni smoking sejak sekolah rendah lagi. Takkanlah macam tu je nak stop. Give me some time."

"Bukan dalam Islam rokok haram, ke?"

Ed berdecit geram dan terus memandang ke luar.

Andy ketawa.

"Jaga kesihatan. Kau tu muda lagi. Kahwin pun belum. Sekarang ni, dekat hospital tu bersepah-sepah orang datang sebab sakit jantung at their 30's, early 40's. Majority is a smoker. Kau nak?"

Ed diam.

"Kalau aku mati awal, kau jagalah mama."

"Eh, eh, lanc... Hish..." Andy yang mulanya ingin mencarut, bertukar fikiran.

Ed ketawa. "Ya, doc.... I'm trying my best. Dah tak banyak dah aku smoke sekarang compare dengan dulu."

"Berhenti terus! Ada hati dengan doctor, tapi smoking. Apa cerita?"

Kali ini Ed menoleh memandang abangnya yang sedang memandu.

Ada hati dengan doktor...

Dia mengeluh perlahan.

Maklum sangat siapa yang abangnya itu maksudkan.

DR TEJA AMANI

Miss Pen Pal yang mencuri hatinya dengan ayat keramat, "Selamat hidup, romeo" sejak berumur 17 tahun lagi.

Lama mereka sepi melayan perasaan.

"Eh, Andy. Petang ni aku nak pinjam kereta. Mungkin sampai esok."

Andy menoleh sekejap. "Pergi mana?"

"Balik kampung."

"Kampung Dr Teja?"

Ed senyum. "Kampung my brother, Thor," jawabnya.

"Samalah tu. Jumpa Dr Teja?"

Kali ini Ed tertawa. "Mangkuk ayun betul dia ni. Berapa kali nak cakap? Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan dah. Kawan pun tak. Nak jumpa buat apa. Hish... Nak kata bodoh, dah nak jadi doktor pakar dah. Apa yang susah sangat nak faham?"

Andy gelak berdekah.

"Who knows? Masih ada jodoh. Destiny is not in our hands to decide, lil bro. If God says so, kau lari mana pun, in the end, you guys will end up together."

Ed mengeluh panjang. "Her late fiance was an angel, bro. It's a humongous spot to fill. I don't think I ever qualified."

"Tak ada siapa suruh kau fill in the spot. Just create another spot in her heart."

Ed sengih. "Easier said than done, bro. Lebih baik jangan mengharap. Biar Tuhan tentukan. Go with the flow."

Dia kemudian selesakan duduknya dan memejam mata.

"Ed. Oi, Ed! Are you sleeping? Seriously? Ingat aku ni driver kau ke?"

Ed hanya senyum dengan mata terpejam. Membiarkan abangnya membebel sendirian.

Go with the flow... will the flow brings you to me, Amani?




×××××××××××××

Note from akuorgbiasa:

Random one on Friday.... haha...

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now