ramadhan kareem (story #4)

1.5K 186 8
                                    

Warning: agak tahpape...hahaha

********

"Sayang...."

Sayup-sayup dia dengar suara memanggilnya daripada luar bilik.

"Ya, by! Sekejap, sekejap. Dah siap dah..."

"What's taking you so long?" Wajah si dia dah muncul di ngangaan pintu.

Syasya tertawa. "Japlah. I tengah touch up sikit."

Hafiz bersandar di rangka pintu itu. "Cantik cantik sangat nak ke mana ni, mak cik?"

Syasya berdecit. "Jangok sangat eh?"

Hafiz sedikit ternganga dan terkebil-kebil. "Come again? Apa -ngok?"

Pecah ketawa Syasya. "Jangok, Encik Bos! Maksudnya, bergaya, dress up. Over ke?"

"Haaa.... I see... Agak jongok... Too pretty. Nanti ramai pulak boys jeling."

Syasya naikkan mata ke atas. Roll eyes.

"Betul-betul la, by. Over ke? And it's jaaaa...ngok. Not joooo...ngok.."

Hafiz sengih nakal. Tahu. Saje je.

"Taklah. Okey je. You kan my plus one. Kenalah well-dress."

"I nervous la, by. I tak pernah pergi majlis-majlis grand macam ni.."

"Tipu! Takkan tak pernah!"

"I mean as vvip. Usually I duduk hujung-hujung dewan. Tak masuk gambar.."

Hafiz ketawa. "Get use to it, love. From now on, you'll be the center of attention."

Syasya mengeluh sambil memandang penampilannya di cermin sekali lagi. "Ni macam kena scam ni. Hari tu masa nak nikah tak ada dalam terms and condition pun!"

Hafiz ketawa berdekah. "That one falls under hidden terms for my benefit. I kan businessman..."

Syasya sengih. "Okey. Dah ready. Let's..."

Malam ini mereka suami isteri bakal mewakili MATA Holdings untuk majlis berbuka puasa anjuran syarikat subkon.

Dato' Hani masih di London. Kak Anis pula ada hal. Kebetulan Hafiz dan Syasya memang berada di Malaysia, maka mereka sahaja diarah mewakili MATA.

Pertama kali, menjadi wanita di samping Hafiz Shauqi, orang kuat MATA Holdings. Syasya jujur gementar.

Semoga baik-baik sahaja....

*********

Syasya hanya mendiamkan diri di sisi Hafiz yang sedang ber'networking'. Sungguh, dia kekok. Tak tahu nak mencelah di mana. Jadi dia diam sahaja, kecuali ditanya. Itu pun ada beberapa soalan dijawab suaminya itu bagi pihaknya.

Seumur hidup, membesar di rumah tersangat daif, dia tak pernah terfikir akan berada di sini. Memang Hafiz tak tipu, mereka pasangan yang mendapat perhatian di majlis ini. Dah pastinya bukan kerana nama Batrisya dan Hafiz, tetapi kerana nama MATA yang mereka bawa malam ini.

Ramai yang cuba mencari peluang bekerjasama. Maka dari satu ke satu orang menegur Hafiz. Datuk itu. Tan Sri ini. Macam-macam gelaran.

"See you around, Hafiz! Nice meeting you. Such an outstanding young man. I hope my son is like you. And nice meeting you too, Batrisya."

Syasya hanya mengangguk hormat dan mengukir senyum.

Nafas dihela panjang. Lega.

Dia tarik sedikit tangan Hafiz mendekatkan wajah suaminya itu dengan wajahnya sendiri.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now