Pesan abang

1.8K 236 29
                                    

Tangan menopang kepala, dengan siku tertongkat di meja sambil dia ralit membaca isi kandungan slide powerpoint. Persediaan sebelum ke kelas sebentar lagi. 

Sedang dia ralit, telefon bimbit terletak kemas di atas meja berbunyi.

My Home

Kening hampir bertaut. Jarang-jarang dia dapat panggilan daripada isterinya menggunakan talian tetap rumah.

Dia lantas menjawab panggilan. "Hello, baby! Wassup?"

"Kid....." si dia merengek.

Kimi tersengih. "Kenapa pula, sayang?"

"Phone B masuk dalam baldi isi air sabun...."

Bulat sejenak matanya sebelum tertawa. "Dah kenapa B pergi mandikan phone?"

"Ei....Kidddd....." Makin panjang rengeknya buatkan tawa Kimi makin galak.

"Macam mana boleh jatuh dalam baldi?"

"B nak mop lantai. Pastu ada whatsapp masuk. Kan B janji nak hantar kek dekat customer petang ni. Ingatkan dia. Kut tukar plan ke. Terlepas. Masuk dalam baldi. Kiddd...... My phone....."

Kimi tepuk dahi dan menggeleng. Aduhai, Cik Duck ni...

"Orang kata rendam dalam beras."

"Beras? Serius ke?"

"Ya. Kid ada baca somewhere. Try lah. Jangan on dulu."

"Memang padam dah pun.. Entah-entah dah short circuit dah semua. Alaaaaaa.... Phone B.... Camana ni...."

Kimi tertawa lagi. "Dah tu nak Kid buat apa? Benda dah jadi. Redho je lah. Try la dulu. Kalau tak jadi, cari phone barulah gamaknya.."

Isterinya itu berdecit. "Sorry, Kid..."

"Kenapa sorry?"

"Sebab kena belanja B telefon baru..."

"Aik? Bukan Kid kata tadi cek dulu okey ke tak? Kalau tak okey baru beli phone baru.." Sengaja dia mengusik.

"Ala..... Ingat Kid nak belikan phone baru.. Saje cuba nasib.." Sang isteri juga turut tertawa.

"Tengoklah dulu macam mana. Tapi kalau nak pergi pun malam. Kid punya kelas back to back hari ni. Until 5. Kita pergi malam nanti okey?"

"Mm, okey. Kid, ada phone spare yang B boleh pinjam? Kena contact customer ni..."

Kimi kerut kening sejenak.

"Cuba tengok dalam almari kita tu. Dalam laci-laci tu rasanya ada simpan telefon lama Kid."

"Okey. Hopefully ada la. Kalau tak, macam mana pula nak contact akak ni.  Aiya...."

Kimi hanya sengih.

"Okey, Kid. Bye! Sorry kacau.."

"Bye.."

Panggilan putus.

Kimi geleng kepala.

Memang macam tau-tau pulak kita memang nak belanja phone baru untuk birthday...

*********

Gagang diletakkan semula ke tempatnya. Nafas dilepaskan panjang.

Bongoklah kau ni Wina! Careless gila...

Dia langsung bangkit membawa perut yang mulai membesar membawa kandungan sulungnya. Langkah dibawa ke bilik tidur mereka.

Almari pakaian mereka suami-isteri dibuka dan dia mulai membuka laci. Ternyata suaminya memang punya ingatan kuat. Ternyata telefon bimbit yang dicari terletak elok di situ. Samsung model lama yang dah agak usang. Rasanya telefon ini Kimi pakai agak lama sebelum bertukar ke telefon sekarang. Itu pun selepas dia yang paksa.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now