Bab 1

10.4K 286 2
                                    

"Ibu Naura kena tinggal sini ke?" soal budak kecik yang berumur 10 tahun. Baju ibunya digenggam erat.

"Tunggu sini kejap ibu nak pergi jumpa doktor, adik duduk sini sekejap ye, jangan pergi mana-mana" pesan si ibu kepada anaknya.

Puan Zatul meleraikan genggaman anaknya kemudian dia berlalu pergi berjumpa doktor di luar bilik wad.

Dhian memerhatikan setiap sudut ruang bilik wad tersebut. Terdapat dua buah katil hospital berhadapan dengan katilnya. Tiada pesakit katil kosong sahaja.

Dia perasan ada langsir yang memisahkan katilnya dengan katil sebelah. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Air mata jernih mula keluar jatuh ditubir pipi.

"Ibu...Ibu pergi mana ce...cepat la adik ta..kut..." merengek budak kecil itu mencari ibunya yang sudah hampir 10 minit hilangkan diri.

Skreeekk...

"Arrgghh...ibu!" menjerit Dhian apabila langsir sebelahnya ditarik oleh seseorang. Matanya dikatup rapat. Hampir luruh jantungnya, Dhian membuka matanya perlahan-lahan ingin lihat sendiri siapakah gerangan yang berani menakutkannya.

Apabila matanya dibuka luas, terpacul wajah seorang budak lelaki dalam usia 12 tahun dengan pakaian hospital. Budak lelaki itu memandang pelik ke arahnya.

"Hai..." tegur budak lelaki itu. Tangannya dilambai-lambaikan ke arah Dhian.

Dhian hanya berdiri di tepi katil sahaja. Niat asalnya ingin melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya semula.

Tapi dia memandangkan tangannya yang sudah disuntik itu sakit, dia buangkan hasratnya jauh-jauh.

"Nama adik sape?" tanya budak lelaki tersebut.

"Naura. Dhi...an Naura."

"Sedap nama adik, nama abang pulak Hanneef Lutfan" jawab Hanneef ringkas.

Dhian hanya membatu sahaja dirinya ditepi katil. Tak mahu ke mana-mana. Hanya berdiri tegak.

"Adik masuk sini sebab apa?" soal Hanneef baik. Dia tahu Dhian masih takut dengannya. Awal kenal memang macam tu.

"Ibu suruh." Dhian hanya jawab apa yang dia tahu sahaja. Sejak awal dia masuk ke tempat ini, dia menang tak tahu apa-apa, yang dia tahu ikut ibunya sahaja. Ke mana ibu pergi, dia ikut.

Tercuit sikit hatinya mendengar jawapan budak perempuan ni. Nampak sangat budak baru tak tahu apa-apa.

"Adik tahukan masuk sini semua untuk orang sakit. Jadi adik masuk sebab apa?" soal Hanneef lembut. Tak berputus asa untuk menanyakan soalan yang sama.

Hanneef cuba mesra dengan Dhian supaya budak kecik ini selesa dengannya. Bukannya ada sesiapa selain kan dia dan Dhian saje yang ada di dalam wad ini.

"Sebab sakit" jawab Dhian. Perasaan takutnya tak hilang lagi. Jadi dijawab mana yang senang je.

Hanneef hanya senyum kecil sambil mengganguk kepalanya tanda mengerti yang budak Dhian ni memang tak tahu apa-apa.

"Meh sini abang angkat duduk balik naik atas katil". Hanneef bangun mempelawakan diri untuk menghulurkan bantuan.

Kesian pulak dia lihat Dhian takut macam tikus nak kena baham dengan harimau.

"Taknak!!. Jangan dekat nanti Naura jerit!" bantah Dhian yang tak mahu dekat dengan Hanneef. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang.

Hanneef mengangkat kedua-dua belah tangan. Menunjukkan yang dia taknak jadi punca disebabkan Dhian menjerit. Sudah lah dalam hospital nanti jadi isu pulak.

Pantas Dhian naik semula ke atas katil, bila Hanneef bertindak untuk kembali ke katilnya.

Dia kembali ke tempatnya semula dan lihat sahaja budak kecik Dhian yang bersusah payah naik semula ke atas katil.

Kadang-kadang dia hampir tergelak melihat kaki Dhian yang satu di atas dan satu lagi masih terjuntai.

'Orang nak tolong tak mau' kata Hanneef di dalam hati. Perlahan-lahan hujung bibirnya ternaik membentukkan senyuman.

Akhirnya, gembira hatinya apabila dapat tahu yang dia tidak lagi keseorangan di dalam bilik ini. Walaupun tak rapat lagi, tapi takpe dia akan cuba.

Dhian naik lalu masukkan kaki kecilnya ke dalam selimut bewarna putih itu. Terbatuk-batuk dia akibat penat.

Dengar saje Dhian batuk, Hanneef cepat-cepat menuangkan air mineral ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Dhian.

"Taknak!!. Jangan dekat Naura nak ibu!!. Mana ibu Naura!!..." menangis Dhian. Hanneef menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa dia nak buat..

"Ok, ok abang panggil ibu Naura." Hanneef letakkan semula cawan kertas di atas almari sisi katil. Tiang air drip nya dibawa sekali, keluar mencari ibu budak kecil ini.

Hanneef tak perasan sangat muka ibu Naura, kalau warna baju mungkin dia ingat. Tangisan Dhian kembali perlahan selepas Hanneef keluar dari bilik wad.

Lagi tambah takut dia bila tahu dia sorang saje di dalam bilik besar ini. Dhian membaca doa-doa yang pernah dia belajar di sekolah dulu.

Selepas dia mengaminkan doa, pintu bilik terbuka. Wajah risau ibunya terpampang di depan pintu.

"Ibu....." rengek Dhian sambil tangannya terbuka luas. Hanneef masuk semula ke dalam dengan seorang doktor di belakangnya.

"Ye, sayang ibu ada dekat sini." Puan Zatul memeluk anak bongsunya. Belakang badan Dhian diusap perlahan.

Risau hatinya bila dapat berita daripada seorang budak lelaki yang anaknya menangis di dalam bilik. Susah betul nak tinggalkan anaknya ni sekejap.

"Naura, doktor cek sekejap ye.." kata doktor lelaki selepas ibu meleraikan pelukan.

"Ibu, Naura taknak duduk sini...Sini banyak hantu.." tergelak doktor lelaki itu dengar rungutan dari anak kecil ini.

"Takde pape lah, ibu kan ada sini. Tu doktor nak cek sekejap je. Ishh, malu lah ada abang tengok awak nangis." Air mata Dhian di lapnya lembut.

Dhian memusingkan kepalanya memandang Hanneef di katil sebelah. Hanneef tak habis-habis senyum ke arahnya.

"Jangan takut, doktor bukan hantu." Langsir ditarik menutup separuh bahagian katil. Hanneef faham terus dia baringkan badannya.

Dia pernah lalui apa yang Dhian lalui waktu pertama kali di jejakkan kaki di sini. Takut, gemuruh, kosong hanya bertemankan air mata.

Takdir hidup dia yang sudah ditetapkan. Tidak apa yang boleh mengubahnya. Dia berharap Naura tak jadi seperti dia.

































































🕊️🌹: Untuk pertama kali yang membaca saya ucapkan selamat datang ke dunia khayalan saya. Dunia khayalan...dunia impian...

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now