Bab 23

3.1K 159 5
                                    

"Naura termenung apa tu?." Soal Puan Zatul. Dia melihat anak daranya sibuk termenung di atas buaian di luar rumah mereka. Nampak gayanya sedang memikirkan sesuatu. Dia tahu yang Hazreen sudah melamar Naura kini keduanya menunggu jawapan.

"Ibu, ibu rasa yang Hazreen tu betul ke jodoh Naura?." Lebih baik tanya ibu. Orang yang dah makan garam lama dari dia. Beberapa hari ni dia tak boleh tidur memikirkan jawapan yang dia patut bagi.

"Kenapa la tanya ibu pergi tanya Tuhan sana tu." Di halakan jari telunjuknya ke atas. Puan Zatul tergelak kecil dengar soalan Naura ada pulak tanya dia. Mana la dia tahu jodoh anaknya bukan ditangan dia. Dia melabuhkan diri duduk disebelah Naura.

"Naura rasa, Hazreen jodoh Naura?." Tanya balik Puan Zatul soalan yang sama.

"Entah la ibu." Kepalanya ditundukkan. Kakinya yang terjuntai digerakkan ke kiri ke kanan.

"Cuba Naura fikir berapa kali Naura jumpa atau terserempak dengan Hazreen?."

Naura mula berfikir. Seingat dia banyak kali dia terserempak dengan Hazreen. Mula-mula dekat kubur, lepastu rumah Mak Long time Hazreen ajak dia solat sekali, kemudian dekat rumah Opah Som, kedai ubat, kubur lagi. Haishh banyak sangat dia selalu berjumpa dengan Hazreen.

"Banyak sangat la ibu..." penat dia nak fikir. Hampir semuanya tak dirancang memang terserempak tak pun kebetulan.

"Dari situ Naura nampakkan? yang dia jodoh Naura. Naura, tak semestinya bercinta baru kahwin boleh dikatakan jodoh. Kadangkala, jodoh tu datang tanpa diduga macam cerita Naura dengan Hazreen. Kamu berdua tak plan apa-apa pun. Tapi boleh terjumpa jugakkan?."

Naura angguk mengiyakan pernyataan ibunya tadi. Selama ni dia rasa itu adalah satu kebetulan. Dia selalu fikirkan Hanneef adalah jodohnya. Tapi dia salah.

"Jodoh tu datang sendiri Naura. Jauh macam mana sekalipun dia akan datang jugak dekat kita. Sama ada cepat atau lambat sahaja. Sekarang dia dah datang tiba masa hati tu terima atau tidak" pesan Puan Zatul. Puan Zatul meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

Naura mula mengangkat kakinya ke atas untuk bersila. Kedua tangannya menongkat dagu. Susah betul buat pilihan.

———————————————————

"Meh Naura masuk, duduk dulu dekat sofa sana tu. Makcik pergi dapur kejap buat air" arah Puan Sariah. Terkejut dia dapat tahu Naura datang ke rumah dia. Dia baru nak sidai kain tadi.

"Terima kasih makcik." Dia duduk di atas sofa. Matanya dipandang sekeliling rumah Puan Sariah. Walaupun berjiran dia mana selalu masuk rumah Puan Sariah. Setakat hantar makanan depan pagar sahaja.

Sedang elok dia memerhati ruang tamu telinganya menangkap bunyi pintu terbuka. Muka Fazril terpacul keluar dari muka pintu. Fazril hanya pandang sekilas sahaja. Sebelum dia mengambil tempat berhadapan dengan Naura.

"Kenapa Naura datang ni?." Ini namanya rezeki atau tak dia pun taktahu la. Tiba-tiba je gadis ni datang rumah dia.

"Naura nak jumpa abang."

'Fuhh halamak dia panggil 'abang' pulak hati tolong bertenang.' Mukanya ditayang riak biasa sedangkan hatinya gembira mendengar ayat Naura tadi. Jarang datang sini jumpa dia selalunya jumpa Puan Sariah je.

"Kenapa?."

"Erk...abang Fazril pernah cakap dekat Naura selagi takde siapa yang pinang Naura, abang tetap dengan keputusan abang untuk jadikan Naura suri rumah abang." Ingat kembali dimana Fazril mengungkap ayat tersebut.

Fazril mengangguk kepalanya. Dia masih ingat ayat itu. Ayat yang memberi semangat kepadanya untuk terus memikat hati Naura.

"Ada orang lamar Naura."

DINDA HAZREENOnde as histórias ganham vida. Descobre agora