Bab 54

2.2K 114 7
                                    

Wadi memusingkan badannya sikit untuk mencari empunya suara yang memanggilnya tadi. Kelibat Fazril datang menghampirinya.

"Sorang?" tanya Fazril sambil tangannya menepuk bahu Wadi.

"Haah, beli barang sikit." Jawab Wadi baik.

"Fazril!." Ada pula suara perempuan yang memanggil nama lelaki itu. Puan Seri memanggil nama bakal menantunya. Di belakangnya pula ada Seroja.

Mereka berdua menghampiri Fazril dan Wadi. Banyak juga plastik beg yang dipegang Puan Seri dan Seroja. Fazril mengambil semua plastik beg yang dipegang Seroja dan Puan Seri.

"Eh Wadi pun ada sekali. Sihat Wadi?" tanya Puan Seri lemah lembut. Seroja dibelakangnya memandang sayu Wadi. Muka lelaki itu cengkung sedikit. Mana taknya makan pun sikit.

"Sihat." Jawab Wadi. Seroja dibelakangnya langsung dia tak pandang. Matanya hanya tertumpu kepada Puan Seri sahaja.

"Nak pergi mana ni?" soal Puan Seri kepada Wadi.

"Oh saya nak tahan teksi dekat depan tu. Datang sini dengan Fattah, sekali jalan dia nak pergi kerja." Dia menumpang Fattah, memandangkan motornya rosak. Malas betul dia nak keluar naik kereta, setakat pergi pekan sahaja.

"Lah..tak payah susah-susah mari naik sekali dengan kami. Fazril boleh hantarkan. Boleh Fazril?." Kata Puan Seri.

"Boleh makcik.." balas Fazril.

"Apa makcik, ummi lah..." tertawa sikit Puan Seri dan Fazril. Wadi dan Seroja hanya diamkan diri sahaja. Kadang-kadang tersenyum tengok kemesraan Puan Seri dan Fazril. Seperti anak dan mak pula.

"Takpe makcik, saya boleh naik teksi. Lagi pun depan tu je" ujar Wadi. Jari telunjuknya menghala ke arah tempat tunggu teksi yang tidak jauh dari situ. Dia menolak tawaran Puan Seri dengan baik. Bukan apa dia baru nak sihat dari sakit haritu takkan nak tambah lagi sakit bila lihat pasangan kekasih ini lagi sekali.

"Alah...jangan la macam gitu Wadi. Bukannya orang lain kamu kawan Seroja jugak kan?. Mari naik sekali. Mana kamu parking kereta Fazril?" tanya Puan Seri. Matanya melilau mencari kereta bakal anak menantunya.

"Sana. Mari ummi, Seroja." Fazril mula melangkah menuju ke tempat dia parking kereta. Agak jauh jugak dari kawasan kedai. Puan Seri mengikut Fazril di belakang. Kini tinggal Seroja dengan Wadi sahaja yang tak bergerak lagi.

"Wadi..." Seroja baru memanggilnya tetapi lelaki itu pantas melintasi dia. Sikit pun dia tak pandang Seroja. Tak perlu nak pandang buat sakit hati saje.

——————————————————————————

"Opah!, opah tahu tak alamat rumah kawan-kawan Hazreen?." Dari pagi lagi Hazreen tak balik. Cakap dengan dia pun tidak. Haritu merajuk boleh lagi bercakap walaupun sepatah ini diam sahaja.

Tadi dia ada tanya yang Hazreen mahu keluar ke mana tapi langsung suaminya tak jawab. Dia meminta izin keluar dengan Opah Som dan terus beredar meninggalkan dia di rumah. Sudah lah tu tak tahu kemana dia pergi. Motor Hazreen pula elok ada di bawah rumah, maksudnya Hazreen berjalan kaki atau menumpang sesiapa. Kereta tak usah cakap lah memang macam tak bergerak langsung.

"Tahu" jawab Opah Som. Mesti lah dia tahu rumah kawan-kawan Hazreen. Pernah sekali Hazreen hilang waktu kecik sebab tak mahu duduk dengannya. Puas dia mencari Hazreen satu kampung rupanya duduk di rumah Khai. Macam gini la gayanya kalau Hazreen merajuk, macam perempuan.

"Dhian nak alamat dorang." Sebelum ni mana pernah dia pergi ke rumah kawan-kawan Hazreen. Dia bukan asal dari kampung ini, dia duduk di kampung sebelah. Rumah Wadi saje yang dia tahu.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now