Bab 37

2.2K 104 1
                                    

Hazreen meraba-raba sebelahnya, tiada orang maksudnya Dhian sudah bangun. Dia bangun daripada pembaringan lalu terus memulas tombol pintu dan memboloskan diri keluar. Dikemaskan sikit rambut yang serabai, dia mendengar suara Dhian dengan anak kecil. Mereka berdua sudah balik ke kondominium.

"Yang ni letak sini. Pandainya dia..." puji Dhian. Hazreen berfikir sejenak bila masa pulak dia ada anak. Semakin dekat langkahnya ke ruang tamu, semakin kuat suara Dhian didengari. Apabila sudah sampai di ruang tamu Hazreen lihat Ahnaf menyusun blok mainan dan ditemani Dhian yang duduk dihadapannya.

Hazreen membawa diri untuk melabuh duduk di atas sofa. Mencebik dia melihat kemesraan Dhian dengan Ahnaf. Ahnaf senyum gembira bila dia dapat siapkan blok menjadi dua buah bangunan tinggi. Dhian dan Ahnaf bertepuk tangan, tersenyum gembira melihat blok yang dibina berjaya kukuh berdiri. Hazreen hanya memandang sepi dengan keterujaan mereka berdua.

"Kenapa dia ada dekat sini?" soal Hazreen menyampah. Baru dia nak bermanja dengan Dhian hari ini datang pulak budak kecik menyibuk.

"Daddy Ahnaf minta tolong saya jagakan Ahnaf sebab...daddy pergi outstation kan Ahnaf?. Daddy pergi work..." ujar Dhian sambil hidungnya dilagakan dekat badan Ahnaf, tergelak kecil Ahnaf merasakan ada sesuatu yang buat dia geli. Angin sahaja Hazreen melihat Ahnaf dapat perhatian isterinya. Dia tanya tadi pun Dhian tak memandangnya.

"Daddy?" tanya Hazreen. Keningnya dijongket sedikit, senyuman senget di bibir Hazreen.

"Ye daddy Ahnaf" jawab Dhian.

"Stop calling other guys daddy. Hazreen Luqman is your daddy now DHIAN.NAURA!" tegas suara Hazreen. Pagi-pagi lagi ada yang buat dia naik angin. Tergamam Dhian mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazreen.

"Awak cemburu?" soal Dhian.

"Kalau daddy dia pergi outstation kenapa dia hantar Ahnaf dekat sini?. Ini bukan rumah pengasuh" sarkarstik sahaja bunyinya. Perkataan 'daddy' itu ditekankan sedikit. Soalan Dhian tadi dibiar sepi malas dia nak jawab soalan bodoh Dhian, jelas sekali dia cemburu pergi tanya lagi buat apa.

"Sebelum ni Akma tinggalkan Ahnaf dekat rumah Mak Endon kalau dia pergi outstation, tapi pagi tadi anak Mak Endon cakap yang Mak Endon masuk hospital. Jadi tak ada siapa yang nak jaga Ahnaf" terang Dhian sebab kenapa Ahnaf ada dirumah mereka sekarang. Rupanya jiran Indonesia mereka sakit di hospital.

"Dhian tadi ambik parcel dekat luar ternampak pulak Akma dengan Ahnaf itu yang Dhian tegur. Akma jelaskan semua lepastu Dhian sendiri yang volunteer nak jaga Ahnaf. Abang marah?..." Dhian mengorak langkah duduk di sebelah Hazreen. Dibiarkan sahaja Ahnaf bermain dengan bloknya di bawah. Jari runcing Dhian mengusap lembut dagu Hazreen.

"Tak" senada Hazreen menjawab. Awalnya dia nak marahkan Akma sebab hantar anaknya di sini tapi bila dengar penjelasan Dhian dia redha sahaja dengan kebaikan isterinya.

"Good. Abang tolong jagakan Ahnaf sekejap Dhian nak masak. Boleh?..." Dhian menayangkan wajah comel supaya suaminya setuju untuk menjagakan Ahnaf sementara dia di dapur.

"Hmm" itu sahaja balasan dari Hazreen. Dhian menggosok rambut jejaka itu, pipi Hazreen dicium sekilas sebelum dia melangkahkan kaki ke dapur.

Hazreen perasan yang Dhian sudah ada di dapur, dia mula duduk bersila di hadapan Ahnaf. Hazreen lihat Ahnaf fokus menyusun blok itu menjadi bangunan semula selepas dia runtuhkan tadi. Akal Hazreen berfungsi untuk menyakat Ahnaf.

Satu blok dia letakkan di belakangnya, Ahnaf masih tak perasan satu bloknya dicuri Hazreen. Kemudian Hazreen ambil lagi dua dan letak di belakang. Hazreen ambik lagi sampai Ahnaf perasan yang bangunan dibina hanya separuh, anak kecil itu mula mencari manakah pergi semua blok mainannya.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now