Bab 40

2.7K 120 6
                                    

Dhian kehulur kehilir di depan bilik air, dia menunggu keputusan sama ada positif ataupun negatif. Sejak kebelakangan ini dia sering keletihan dan muntah. Jadi dia ambik keputusan untuk membeli pregnancy test mana tahu itu tanda-tanda awal.

Alarm telefonnya berdering menandakan habis masa untuk dia tunggu, Dhian terus memboloskan diri masuk ke dalam bilik air. Dhian menutup matanya seraya tangannya mengambil benda kecil itu. Hati semakin berdebar apakah keputusan yang bakal keluar. Perlahan-lahan mata Dhian terbuka dia melihat ada dua garis biru. Dhian pula mengambil balik kotak pregnancy test itu tadi.

"Kalau dua apa maksudnya tadi?." Dia membelek kotak itu lalu matanya tertancap dengan perkataan 'pregnant' lebar senyuman Dhian. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik lalu melompat terus ke atas katil.

"Abang bangun!!" terloncat-loncat dia di atas katil mengejutkan Hazreen yang sedang tidur. Hazreen yang mengantuk laju menarik kaki Dhian sehingga isterinya terbaring di atas katil.
Langsung Dhian tak marah, dia goncangkan badan Hazreen kadang ditariknya baju lelaki itu untuk bangun.

Hazreen yang mamai terus duduk bantal panjang diambil lalu diletakkan di depannya mukanya dibenamkan dibantal.

"Abang tengok ni" teruja Dhian meletakkan pregnancy test itu ditangan Hazreen. Lelaki itu mengangkat kepalanya, wajah Hazreen terus berubah tegang. Dhian yang teruja terus senyap memandang Hazreen.

"Kenapa tak bagitahu positif?." Hazreen lihat semula test kit itu matanya digosok banyak kali.

"Kenapa abang marah?." Takkan Hazreen tak gembira kalau dia mengandung.

"Marah la benda boleh maut!." Dhian tergamam mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazreen. Tak sangka Hazreen tak suka bila dapat tahu yang Dhian mengandung. Baju tidurnya dikuis-kuis takut dia nak pandang mata Hazreen sekarang.

"Kalau positif bagitahu abang awal-awal senang abang nak buat preparation" berkerut dahi Dhian, Hazreen didepannya dipandang semula. Apa yang nak buat preparation?.

"Apa positif covid kan?" soal Hazreen, matanya masih tak boleh bukak besar, taik mata banyak dekat hujung mata.

"Awak baca betul-betul!" ni yang nak marah ada ke patut Hazreen cakap positif covid. Zaman bila covidnya, bengang Dhian rupanya tadi yang Hazreen marah ingatkan dia positif covid. Hazreen menggosok matanya berkali-kali, dia lihat balik benda kecik itu.

"Awak mengandung?" laju Dhian mengangguk seraya itu Hazreen menghulurkan tangannya seperti mahu bersalam. Dhian menyambut huluran tangan itu dengan hairan.

"Eh tahniah" digoncangnya tangan mereka. Bertambah lagi kerutan di dahi Dhian kenapa pulak suaminya ini tiba-tiba ucap tahniah.

"Kenapa tahniah?" soal Dhian tangan mereka tak henti-henti bergerak ke atas ke bawah.

"Kenapa tak boleh ucap tahniah, awak mengandung kan?" Hazreen mula menarik tangannya tadi, rambut yang serabai disebakkan kebelakang.

"Tak cakap salah tapi takkan tu je." Selalunya suami orang lain mesti peluk, cium ucap kata-kata cinta dekat isteri mereka apabila dapat tahu isteri mengandung.

"Awak nak apa?" muram muka Dhian bila terima balasan dari Hazreen. Kenapa dia tak berkahwin dengan lelaki yang terus faham apa yang semua isteri mahukan.

"Bagus la tu awak mengandung mama mesti suka, petang ni kita balik ru...mah" terhenti Hazreen mendengar kata-kata Dhian yang separuh berbisik.

"Bagi la kiss ke, peluk ke, ni tak tahniah je. Dahlia pun reti cakap tahniah" gumam Dhian perlahan. Hazreen senyum sinis di tepi kalau nak cakap biar kuat-kuat tak payah nak berbisik sangat kalau dia pun boleh dengar.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now