Bab 49

1.7K 87 2
                                    

"Assalamualaikum" laung Yan dari luar.

"Waalaikumusalam sini!" balas Hazreen. Yan membuka kasutnya dan terus memboloskan diri masuk ke dalam rumah Wadi. Dia lihat semua kawan-kawannya, ada di sini.

"Sorry lambat, tadi tahan budak datang lewat." jelas Yan. Dia baru sahaja balik dari tempat kerjanya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Fattah.

"Lama ke abang Wadi jadi macam ni mak long?" tanya Dhian, risau juga bila dia dengar cerita mak long.

"Harini dah masuk tiga hari Wadi jadi macam tu" jawab Puan Neeta. Sepanjang hari anaknya termenung tak mahu keluar. Keluar pun pergi bilik air mandi, lepastu masuk balik dalam bilik.

Dia bingung tak tahu nak buat apa jadi dia suruh Hazreen kumpulkan semua untuk cuba pujuk Wadi.

"Mak long takut dia sakit je nanti, Naura." Dia risaukan kesihatan Wadi, makan pun sikit.

"Biar kami cuba cakap dengan dia dulu" kata Hazreen, mana tahu dengan adanya kawan-kawan Wadi boleh semangat semula.

Puan Neeta meminta diri untuk ke belakang, dibiarkan mereka semua memujuk Wadi. Apabila kelibat Puan Neeta hilang disebalik dapur, mereka berlima pergi berdiri di depan pintu bilik Wadi yang masih berkunci.

"Siapa start dulu?" tanya Khai.

"Latalilat." Mereka setuju untuk latalilat, siapa yang paling ganjil dia yang kena mula dulu.

"Latalilatalitamplom" ada empat tapak tangan terbuka dan satu sahaja tertutup. Hazreen pasrah dia yang paling ganjil.

"Aku start dulu eh?". Semua mengangguk dan memberi ruang kepada Hazreen. Hazreen menarik nafas dan menghembuskan semula.

"Bukankah sudah dibilang jangan kau puja, dia sampai engkau kecewa.." nyanyi Hazreen lagu Kecundang dari kumpulan Masdo. Matanya tertutup rapat sebelum kepalanya diketuk Yan kuat.

"Haah! asal kau tak nyanyi lagu pelamin anganku musnah je!!. Member tengah frust ditambah-tambah lagi." marah Yan. Dilipatnya lengan kemeja sehingga ke siku. Khai sudah menepuk dahinya manakala Fattah mengeluh.

"Kalau kau pandai sangat kau buat" mencebik Hazreen sebelum dia berdiri di sebelah Dhian.

"Eh come on la!... Cikgu Haiyan ni. Setakat budak kecik menangis aku boleh pujuk, ni budak besar. Ceh..simple" ternaik sikit hujung bibir Yan, bahunya diangkat. Dia pula berdiri di depan pintu.

"Setakat cikgu praktikal je pun" perli Hazreen sambil matanya menjuling ke atas. Tangannya disilangkan ke dadanya.

"Kau tak tahu apa cikgu praktikal boleh buat."

"Cepat boleh tak?" ujar Khai tegas. Menyampah dia melihat Hazreen dengan Yan tak habis nak bergaduh. Waktu serius pun nak bertekak.

"Ehem...Wadi, sudah la tu membawa luka yang lara..Bunga bukan sekuntum Wadi. Kau cakap je kau nak bunga apa aku bagi. Bunga mawar, orked, lily, daisy, kemboja, bunga matahari pun aku sanggup bagi. Hah cakap nak yang mana?" punggungnya ditendang Hazreen. Tergelak Dhian melihat bibir Yan sudah memuncung.

"Baik angkut bunga rafflesia bawa tunjuk dekat Wadi!!" bengang pulak Hazreen dengan Yan. Cakap macam bagus dua kali lima saje macam dia.

"Blah aku pulak" kata Khai. Dia menolak badan Yan ke tepi. Giliran Khai pula, dia mengetuk pintu bilik Wadi.

"Wadi jangan la macam ni...kitakan kawan, kalau kau sedih kitaorang pun sedih" pujuk Khai.

"Bapak cliche" kata Yan memandang Hazreen. Hazreen di sebelah mengangguk setuju.

"Fattah kau pulak!" arah Hazreen.

"Memang Wadi boleh tengok pun bahasa isyarat Fattah" sindir Yan. Member dah la bisu lepastu nak bercakap dengan orang yang terkurung dalam bilik.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now