Bab 14

3.1K 145 1
                                    

"Budak JJ sudah mari"

Selepas lelaki itu bersuara terus dua orang lagi membuka helmet masing-masing. Mereka semua tertumpu kepada Hazreen. Aik, kenal ke dorang ni.

"Weh, Khai lama do tak jumpa kau!". Hazreen terus menghampiri jejaka yang bernama Khai itu tadi. Dorang mula salam cara lelaki. Yang salam lepastu laga bahu.

"Fattah, Yan!."

'Ini kawan lama baru keluar dari hutan ke macam mana. Nampak gaya macam lama sangat tak berjumpa' gumam Naura dalam hati.

"Korang dari mana?." Soal Hazreen bersemangat. Matahari dekat atas kepala tak dihiraukan lagi.

"Ouh kitaorang dari pekan tadi pergi bengkel ambik motor Yan." Sempat mata Khai mengerling ke arah Naura yang tertunduk. Dia pandang dari atas sampai bawah. Ayu je mata memandang.

Hazreen yang perasan akan pandangan itu terus menghalang pandangan Khai dengan badannya. Khai baru nak tengok muka gadis itu datang pulak si galah menghalang.

Mulut Hazreen yang bergerak ingin mengatakan 'Dia aku punya' tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Khai yang mengerti ayat itu terus tersenyum.

"Siapa dia?" Yan mula menyoal kepada Hazreen. Apa hubungan gadis itu dengan kawannya. Tiba-tiba Hazreen ni berani jalan dengan perempuan.

Naura yang sejak tadi diam terus mengangkat muka. Memandang 4 jejaka dihadapannya. Sekarang dia berasa takut sebab semua mata menuju kepadanya.

"Kenalkan ni Dhian cousin Wadi" ujar Hazreen. Dia tengok muka Dhian yang takut hendak bersuara, biar la dia yang kenalkan senang.

"Wah...Wadi tak pernah cerita pun yang dia ada... cousin...se...cantik ni" Yan saje melambatkan ayatnya. Dia menongkat dagu dengan meletakkan tangannya di bahagian depan motor. Muka gatal terserlah di wajahnya.

Naura sudah berundur sedikit kebelakang takut dengan pandangan mata lelaki itu seperti mahukan dirinya. Apa la abang Wadi berkawan dengan mamat ini.

"Dhian ini Khairin kitaorang panggil Khai, yang ni pulak Haiyan panggil Yan. Lagi sorang belakang kau tu Fattah." Kenalkan Hazreen sorang demi sorang.

Terteleng kepala Naura melihat jejaka yang bernama Fattah. Dia je dari tadi diam tak bercakap. Wajahnya yang sejuk beku itu menarik minat Naura. Helok. Dia sorang je ke putih macam cina. Kena pulak dengan matanya yang sepet.

"Dia bisu" ujar Khai.

Naura hanya membuatkan mulut 'o' sahaja. Patutla tak bercakap bisu rupanya.

"Kau jangan takut ni semua kawan ABANG WADI kau." Saje je Hazreen tekankan panggilan itu. Dia nak jugak dipanggil  'abang' macam mana Dhian panggil Wadi.

"Kalau Dhian cousin Wadi kenapa dia ada dengan kau?" terjongket sikit bibir Yan menyoal soalan itu kepada Hazreen.

"Aku tolong dia tadi ambik barang dekat kampung sebelah" jujur Hazreen buat apa nak menipu.

"Sejak bila pulak abang JJ kita ni rajin nak tolong orang. Dulu time Opah Som suruh kita semua bersihkan reban ayam dia. Bukan main kau cabut lari. Ini rajin pulak nak tolong sampai sanggup jalan kaki pergi kampung sebelah" perli Khai. Setahu dia Hazreen mana rajin nak tolong orang. Dia dengan Wadi sama je pemalas.

"Entah siap bawak bunga ros pulak ni. Hahaha" terletus tawa si Yan. Fattah hanya tersenyum menggelengkan kepalanya sahaja apabila melihat muka bengang Hazreen.

"Puas dah aibkan aku?." Hazreen yang dari tadi perhati saje kawan-kawan dia yang seronok gelakkan dia. Dia dah bersiap sedia nak hantukkan kepala sorang demi sorang dengan pasu bunga ni.

"JJ?" soal Naura.

"Hah?" Hazreen berpaling kepalanya kebelakang menghadap Naura. Dia dengar Naura ada cakap sesuatu tapi tidak jelas.

"Tadi abang Khai ada ca..."

"Khai, panggil dia Khai" pintas Hazreen.

"Relax bro, biar la dia panggil aku abang" ujar Khai sebelum tangannya bersilang di dadanya. Khai tersenyum lalu menayangkan muka bangganya.

"Ah takde, biar je la Wadi je dia panggil abang kau tak payah la nak sibuk" jeling Hazreen. Wah semua nak di panggil abang dah tu dia ni apa.

"Saya panggil abang sebab muka abang Khai nampak tua."

"Pfft...HAHAHAHA KAU DENGAR TAK TU MUKA  KAU NAMPAK TUA. HAHAHAHAHA AISEYMEN." Kuat gelak tawa Yan mendengar ayat Dhian sebentar tadi. Dia terus memegang perutnya terasa senak pulak gelak banyak ni.

Habis luntur wajah bangganya sebentar tadi. Ayat Dhian betul-betul menusuk terus ke dalam hati. Dia mengerling melihat Hazreen yang sudah terhinjut-hinjut bahunya menggelakkan dirinya. Hazreen yang menutup mukanya dengan pasu bunga ditangan supaya tak diperasan oleh Khai.

"Apahal kau gelak-gelak?, kau pun Fattah kau ingat aku tak nampak kau senyum tadi." Tangannya naik memegang mukanya. Berkedut sangat ke muka aku ni.

"JJ tu jedag jedug. Hazreen ni dulu selalu bawak motor duduk dekat tepi lombong sana tu pastu suruh kitaorang record video dia. Hahaha" terang Yan. Tak habis lagi dia tertawakan Khai tadi.

"Eh sikit-sikit je mat kau pun sama buat sekali." Teringat lagi zaman dimana jedag jedug famous waktu remaja mereka.

"Ok lagi kita Yan dari orang tu emoji terbang-terbang." Dijeling sebentar Khai yang sibuk belek mukanya dari tadi.

"HAHAHAHA BUDAK FUNIMATE. HAHAHAHA KELAKOR, EMOJI TERBANG-TERBANG HAHAHA UHUKKHUK."

Terbatuk Yan dibuatnya dengan mengimbas kembali zaman remaja mereka. Belakangnya diusap perlahan oleh Fattah. Fattah je takde kena mengena dengan semua trend itu dulu.

Sebab dia selalu memakai headphonenya kalau keluar lepak dengan mereka. Ada je pernah mereka ajak tapi Fattah menolak dia lagi suka mendengar lagu.

Tergelak Naura melihat muka cemberut Khai. Tak sangka kawan abang Wadi macam ni. Semua boleh masuk air walaupun hampirkan semua muka dingin kecuali Yan. Muka Yan je baby face.

Tak lama lepas itu mereka meminta diri untuk pulang. Hari yang panas pun tak terasa lepas berjumpa dengan tiga orang tadi.

———————————————————

"Aku balik dulu" pinta Hazreen.

Dia yang sudah siap menghidupkan kembali motor kapcai biru yang tadi ditinggalkan di rumah Wadi.

"Bunga tu awak nak bawak balik?". Naura melihat pasu bunga ros yang diletakkan oleh Hazreen di dalam bakul motosikalnya itu.

"Haah, suruh Opah Som jagakan."

Naura hanya mengangguk lebih baik dia bagi dekat orang untuk jagakan daripada biar dirumah sana. Dia melihat sahaja Hazreen yang sudah siap sedia menaikkan tongkat motosikalnya.

"Pergi dulu cik adik."

Naura hanya melihat sahaja pemergian Hazreen beredar meninggalkan dia sendirian. Terdetik perasaan suka kepada Hazreen tapi dia tepiskan perasaan itu jauh-jauh. Dia perlu pegang janjinya dengan Hanneef. Sudah lama dia tak dengar khabar berita Hanneef sejak dia disini. Hanneef pun tak update apa-apa dengan dia.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now