Bab 22

2.9K 139 5
                                    

Suasana di dalam rumah Puan Neeta sungguh meriah sekali. Kalau Wadi sudah bertemu dengan Nawara kecoh rumah itu dengan suara mereka sahaja. Berborak seperti tak ingat dunia. Makan tengahari sudah dihidangkan oleh Mak Long di atas meja.

Apabila mereka sudah mengambil tempat masing-masing di atas meja ada satu suara yang cukup dikenali...

"Assalamualaikum!." Senyuman lebar Hazreen mula menghiasi wajahnya yang berada di depan pintu. Ye, dia tak pulang dari tadi. Hazreen hanya tersenyum sahaja sambil memandang ke arah keluarga Dhian yang lain.

"Waalaikumusalam, kau tak balik lagi Man?" penat Wadi. Nak taknak dia kena layan jugak Hazreen ni sebagai tetamu ingatkan dah balik mamat ni lepas dia lihat Hazreen tersengih bersendirian tadi.

Wadi yang baru hendak menjamah nasi terus mengangkat punggungnya berdiri dan terus ke arah Hazreen yang sudah berdiri tegak macam tugu negara di depan pintu. Apahal Hazreen ni macam tak biasa pulak datang rumah dia.

"Hah Man!, mari la makan sekali kami baru nak makan tengahari. Meh sini duduk." ajak Puan Neeta meminta Hazreen untuk sekali menjamu selera bersama mereka. Kerusi disebelah tempat duduk Wadi ditarik keluar.

"Eh, takpe tak payah la susah-susah Cik N. Saya datang sini seb...benarnya ada hajat." Malu tertunduk Hazreen apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Digenggamnya kedua-dua belah tangan untuk menutup rasa gugupnya yang sudah bertandang. Dia melihat muka ayu Puan Zatul sama seperti Dhian.

"Halah kau ni macam tak biasa pulak masuk rumah aku. Tu pergi belakang sana toilet sebelah kiri" tunjuk Wadi jalan ke arah bilik air di rumahnya. Apa la Hazreen ni macam tak biasa pulak pergi toilet rumah dia.

"Bukan hajat tu la bingai..." Perlahan sahaja carutan itu ditujukan kepada Wadi. Hazreen mengerlingkan matanya ke arah Wadi. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Dia perlu la nampak mesra di depan bakal mak mertua.

"Kenapa kamu datang sini Man?" soal Puan Neeta melihat Hazreen dari tadi berdiri tegak di tengah ruang tamu itu.

"Alang-alang semua keluarga Dhian ada dekat sini saya nak mintak izin semua la."

Hazreen menarik nafas dan menghembuskannya semula. Let's go Hazreen you can do it!. Sekali lafaz sahaja.

"Saya nak lamar Dhian jadi isteri saya."

Ting!

Terjatuh sudu yang dipegang Puan Zatul yang dari tadi mahu mengambil lauk. Sudu itu berlaga dengan mangkuk kaca yang berisi kuah. Suasana berubah menjadi sunyi. Perlahan-lahan Puan Zatul tersenyum kepada Hazreen.

———————————————————

Bergegas Naura balik ke kampung apabila ibunya menelefon meminta dia pulang ke kampung dengan kadar segera. Ibunya memberitahu yang ada seseorang sudah melamar dia menjadi isteri. Bila ditanya siapakah gerangan nama Hazreen terpacul keluar dari mulut Puan Zatul.

Dia baru putus hubungan dengan Hanneef kini Hazreen pula yang melamarnya. Hati dia masih tak boleh terima yang dia sudah tak ada kaitan lagi dengan Hanneef. Hatinya masih tertutup rapat untuk mengenali sesiapa sekarang ini.

Keretanya diparking elok di depan kereta Range Rover Hazreen. Dia terus pergi ke rumah Opah Som nak jumpa Hazreen. Apa la yang mamat tu fikir nak lamar dia yang gadis biasa.

"HAZREEN!" laung Naura memanggil Hazreen turun ke bawah. Mungkin mamat ni dalam rumah teka sahaja.

"Dekat belakang sini!" Naura yang mendengar laungannya disahut Hazreen. Dia terus menuju ke arah belakang rumah Opah Som yang terdapat sebuah reban ayam yang besar.

Dia melihat daun yang gugur disusun cantik sebaris seperti menunjukkannya arah jalan yang dia patut lalui. Sampai sahaja dibelakang dia melihat Hazreen yang elok memberi ayam Opah Som makan. Dia berdiri betul-betul tengah bulatan yang penuh dengan daun gugur. Ini lamaran low budget ye anak-anak.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now