Bab 9

3.2K 148 0
                                    

"Mak Teh tak cakap pulak dia nak apa, dia suruh beli je apa-apa" kata Naura bersendirian di dalam kereta.

Tidak lama itu dia keluar dari kereta menuju masuk ke dalam mall. Apalah dia nak beli untuk Mak Teh. Susah kalau takde benda spesifik yang Mak Teh suka.

Dia berjalan kehulur kehilir melihat setiap kedai yang dia boleh membeli sesuatu untuk Mak Tehnya. Tapi hampa tiada yang berkenan dihati.

Kakinya laju menghala ke kedai buku. Dia sudah lama tak membaca buku sebab tu otaknya dah jadi tepu. Sudah habis dia membeli dua buah buku novel dia terus meluru masuk ke dalam Starbucks.

"Oh hai, saya nak order iced latte satu, saiz venti ye" ujar Naura kepada pelayan.

"Nama cik?" pelayan itu sudah siap sedia memegang marker dan cup air hendak menulis namanya.

"Dhian" jawabnya sepatah.

Pelayan tersebut terus menyambung melakukan tugasnya. Selepas membuat pembayaran dia ingin beredar mencari tempat duduk. Pelanggan seterusnya maju ke depan kaunter.

"Hah dik,bagi saya satu iced green tea latte,venti saiz" ujar lelaki tersebut. Laju sahaja tangan pelayan menekan menu yang diorder di skrin kaunter.

"Nama?" disoal sama macam pelanggan sebelum ni.

"Hazreen."

Dia juga mula mencari tempat duduk. Sempat dia mesej kepada mama untuk tunggunya di dalam kereta.

"Dhian!, Hazreen!"

Nama mereka dipanggil serentak. Kedua mereka bergerak menuju ke kaunter untuk mengambil air masing-masing.

Dhian perasan ada satu quote yang tertulis di cupnya 'some people are meant to meet but not to last'. Naura pelik ada pulak masa dorang nak terpikir ayat ni.

Di cup Hazreen pulak tertulis 'souls don't meet by accident'. Dia membaca tetapi dia tak pulak ambil peduli tentang ayat itu. Hazreen membuka langkah untuk menuju ke kereta.

Sesudah Naura membolos masuk ke dalam kereta baru dia teringat yang Mak Tehnya suka menanam pokok bunga. Penuh halaman rumah Mak Tehnya dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Jadi dia terus menghidupkan enjin pergi mencari tempat dimana jual pokok bunga.

———————————————————

"Man berhenti kejap dekat kedai ni mama nak tengok bunga kejap." pinta Puan Hizarah.

"Ala ma kita tanam bunga plastik je la dekat rumah." gumam Hazreen. Orang nak balik ajak singgah kedai bunga pulak.

"Lagipun kita nak masuk simpang kejap lag...ARRGHH! sakit la mama..." adunya sambil tangan menggosok peha yang dicubit oleh Puan Hizarah.

Puas hati dia mencubit anaknya ada je benda nak menjawab. Cuba ikut je arahannya. Tak lama lepas itu kereta berhenti betul di depan kedai bunga.

"Aunty saya ambik yang bunga ros ni satu la" dia tunjukkan sebuah pasu yang cantik penuh dengan ros merah.

Selepas membuat pembayaran dia mengangkat pasu yang berat itu menuju ke kereta. Pasu yang besar itu menghalang penglihatannya. Dia terpaksa jalan perlahan takut terjatuh pasu ditangan. Menangis tak berlagu karang.

Sementara itu Hazreen hanya melihat sahaja gadis yang membawa pasu bunga ros itu terkedek-kedek berjalan menuju ke kereta. Dia senang duduk di dalam kereta sambil menunggu mamanya.

Hazreen mula tekan-tekan radio mencari lagu yang sesuai. Takde pulak lagu yang best yang boleh dilayan. Cuba kalau ada mamanya disebelah semua lagu sedap keluar. Mamanya pula suruh tutup balik radio katanya bingit.

"Bosan la radio ni, si Naura ni pulak taknak chat aku ke dah la bosan ni..." mengeluh Hazreen. Takde benda yang menarik yang dia boleh buat selain menunggu mamanya habis membeli bunga.

Masuk sahaja kereta dia dapati ada 7 panggilan call tidak berjawab daripada Abang Wadi sepupunya anak sulung Puan Neeta. Naura cuba call semula.

"Hah Dhian kenapa tak angkat call abang?" sejurus panggilan dijawab terus sahaja dia disoal. Hampir tertengking suara Wadi dengan perangai Naura yang tak reti nak angkat call.

"Dhian tak perasan tadi, silent telefon" mengaku salah sendiri.

"Hah sudah ni abang nak Dhian balik kampung cepat!" arah Wadi. Tegas suaranya. Mengerut dahi Dhian dengan permintaan abang saudaranya ini.

"Kenapa abang?."

"Mak Teh dah meninggal dunia."

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now