Bab 11

3.4K 158 0
                                    

"Dhian oii! amboi termenung jauh nampak..." perli Wadi.

"Ish abang Wadi ni sibuk je kacau orang, dah nak sampai Osaka dah tadi tu" rungut Naura.

Naura yang elok duduk di atas pangkin tenang melihat kehijauan sawah padi Mak Longnya ini. Datang pulak Wadi yang menganggunya sambil membawa bekas dan satu beg plastik berisi ikan bilis. Nak suruh kopek sama-sama la tu.

"Takde la aku ni pelik apa yang kau fikirkan dari tadi sampai... tu hah nampak padi tu dah jadi beras" tunjuk Wadi ke arah sawah padi. Dia terus mengambil tempat duduk disebelah Naura.

Naura mencebik sambil tangan mengambil bekas dari tangan Wadi. Ada je abang Wadi nak kenakan dia.

"Ni aku nak tanya sampai bila kau nak duduk dekat sini? dah 2 minggu kau duduk dekat rumah aku".

"Abang Wadi halau Dhian ke?" memuncung bibirnya.

"Haah aku halau, mat sampai bila aku nak tidur dekat ruang tamu tu dengan tilam je. Kau pulak elok tidur dalam bilik aku" rungut Wadi.

Manakan pulak sakit belakangnya tidur atas tilam nipis. Puan Neeta pulak suruh Naura tidur dalam biliknya. Nanti kalau satu bilik lain pulak jadi.

"Nanti la Dhian balik, saje nak duduk kampung sekejap ambik udara segar lagipun ada lagi barang nak ambik dekat rumah sana tu."

Naura sudah hampir 2 minggu duduk di rumah Mak Longnya selepas majlis tahlil Mak Teh. Katanya dia perlu ambil barang dia yang tertinggal di kampung sebelah.

Ya rumah Mak Teh dan Mak Long tak jauh hanya masuk simpang di  sebelah kanan seberang jalan sudah nampak rumah Mak Teh. Mak Long kampung sebelah kiri, Mak Teh di sebelah kanan. Ibunya sahaja jauh di ibu kota.

"Segar bugar cepat sikit kopek aku penat dah la panas" sambung Wadi sambil dia mengibaskan baju t-shirtnya.

Menggeleng Naura melihat perangai Wadi yang tak ubah macam perempuan. Muka je helok tapi dia punya cerewet macam perempuan. Hubungan dia dengan Wadi tak ubah macam adik-beradik. Wadi satu-satunya anak tunggal Mak Long.

———————————————————

"Nah Mak Long dah siap kopek" hulur Naura sebuah bekas penuh dengan ikan bilis yang telah dikopek.

"Rajin kamu berdua kopek ye..." dikerling sebentar kepada anaknya yang meluru terus  membuka peti ais. Diambilnya botol yang diisi air sejuk, dituang ke dalam gelas.

"Naura memang rajin yang lagi sorang tu yang tak rajin" perli Naura. Dari tadi dia je yang kopek sorang-sorang yang mamat tu tengok je, saje buat busy.

"Eh aku pun buat kerja tau."

"Kerja apa yang abang buat?."

"Kerja tengok kau jangan curi tulang" bidas Wadi.

"Banyak la kau, ni tolong hantarkan baju mak dekat rumah Opah Som tu" pinta Puan Neeta. Beg kertas yang berada diatas meja diambil sebelum dihulurkan ke arah Wadi.

Dengar sahaja suruhan dari maknya laju kaki Wadi melangkah ke ruang tamu sambil mengangkat kedua belah tangan tanda dia tak mahu menghantarkan.

"Sorry mom, saya harus watch football after this. U Dhian go, go help Mak Long" arah Wadi dengan speaking LONDON.

"DIA MANA TAHU JALAN NAK PERGI RUMAH OPAH SOMNYA" tengking Puan Neeta. Geram dia melihat perangai Wadi yang suka hati je suruh Naura.

"Ala easy, u go straight just follow the road and then u see la. The last house in these kampung" merapu Wadi menerangkan jalan ke rumah Opah Som. Dia sudah mencapai kusyen lalu mencampakkannya di depan tv.

Naura hanya tergelak sebelum mencapai beg kertas yang dipegang Mak Longnya. Dia meminta izin Mak Long sebelum keluar dari rumah dan ikut je arahan Wadi tadi. Kalau sesat tanya orang.

———————————————————

"Yang ni ke rumah Opah Som?" soal Naura bersendirian. Dia sudah sampai betul depan perkarangan rumah Opah Som. Rumah itu dipandang sepi. Dia mara ke hadapan lalu memberi salam.

"Assalamualaikum Opah Som!" jeritnya betul-betul depan pintu kayu yang bewarna coklat gelap.

"Waalaikumusalam sape tu?" sahut Opah Som. Dia yang dari belakang baru sahaja selesai membersihkan reban ayamnya. Sampai sahaja dia di depan pintu dia melihat susuk tubuh perempuan cantik yang tidak dikenali. Berkerut dahi dia memikir gerangan siapakah ini. Naura kini sudah berdiri betul di hadapan Opah Som.

"Kamu ni anak Latipah ke?" soal Opah Som. Dia bukannya ingat sangat muka orang kampung ni. Almaklumlah umur semakin meningkat semua benda lupa.

"Eh bukan, saya anak saudara Puan Neeta" terang Naura. Dia bukan la berasal dari kampung sini harap-harap sebut nama Mak Long kenal la kot.

"Neeta... sape Neeta?"

'Hah sudah parah ni. Ni nak jawab apa ni taakan nak guna nama glamour Mak Long pulak. Aku mana tahu...' getus Naura dalam hati.

"Errk...Puan Neeta emaknya si Wadi..." Naura dah garu kepala. Bantai je la nama abang Wadi.

"Ohh Cik N emaknya si Wadi kenal,kenal,kenal. Ni nak hantar baju la ni ye?" sambil tangannya mencapai kain kotor lalu mengelap tangannya.

Naura hanya mengangguk lalu menghulurkan beg plastik kepada Opah Som. Cantik nama Mak Longnya huruf depan juga yang glamour.

Sejurus itu sebuah kereta Range Rover sudah meluru masuk ke halaman rumah Opah Som.  Kelihatan seorang jejaka keluar dari kereta itu. Hazreen yang mengenakan t-shirt polo biru gelap dengan seluar bewarna cream menghampiri dua wanita itu.

"Tetamu?" soalan pertama yang dituju kepada Opah Som. Takde salam takde apa soalan yang ditanyanya dulu. Nampak gayanya macam dah lama kenal.

"Haah tetamu opah namanya...?" mereka berdua mula memandang ke arah Naura.
Naura yang tercengang di tepi baru tersedar dia perlu sambung ayat yang tergantung itu.

"Oh, Dhian anak saudara Cik N saudara pula Si Wadi" jelas Naura panjang lebar. Dia perlu sebut nama dua orang tu baru orang kenal.

Tersenyum kecil Hazreen melihat gelagat Naura. Opah Som sudah melangkah kaki masuk ke dalam meninggalkan dua insan tu di luar.

Suasana menjadi sepi tatkala Opah Som sudah meluru masuk ke dalam. Naura hanya menundukkan kepala manakala Hazreen hanya memandang Naura. Dia ingin melihat wajah jelita Naura walaupun dia sudah pernah lihat wajah itu sebelum ini.

Naura yang perasan dirinya diperhati tak senang duduk dibuatnya. Dia perlu pulang ke rumah dengan segera. Rasanya tugas dia dah habis hantar baju dan terus balik. Baru sahaja kakinya mahu membuka langkah.

"Nak pergi mana cik adik?" Hazreen bertanya cepat pulak perempuan ni nak pergi. Dia baru je sampai.

"Nak balik." Apa la taakan dia nak terpacak dekat rumah orang ni lama-lama.

Kaki galah Hazreen mula menghampiri gadis itu. Kedua tangannya bersilang di dada bidangnya. Dia membongkok sedikit badannya separas dengan ketinggian Naura. Wajahnya mula dekat dengan telinga kanan Naura. Jantung Naura sudah berdetak laju tapi badannya pula tak memberi apa-apa tindakan. Elok dia berdiri teguh tak mahu berganjak walaupun seinci.

"Jangan la balik dulu..." seksi suara Hazreen menyapa gegendang telinga Naura. Dia saje mengusik gadis itu. Hazreen mula menegakkan kembali badannya mahu melihat muka Naura yang sudah berubah merah. Hazreen tersenyum senget.

"Ke...kenapa?" tergagap Naura dibuatnya. Haih la Hazreen sudah gagap budak si Naura ni.

"Sebab..." sambung Hazreen.

"MAN!, BAWAK DHIAN TU MASUK NAIK HARI PANAS DEKAT LUAR TU. DHIAN! MASUK SINI MINUM DULU...! laung Opah Som di dalam rumah.

Hazreen mengangkat keningnya, tangan kirinya pula mendepa seperti menyuruh Naura masuk ke dalam rumah.

Naura yang faham terus akur membuka selipar lalu masuk terus ke dalam rumah. Hazreen hanya tersenyum kecil. Dia pula terus menghayunkan langkah masuk ke dalam rumah.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now