Bab 55

2.1K 132 7
                                    

"Abang..." ujar Dhian. Dia terus menjarakkan diri dari Khai.

Turun naik dada Hazreen menahan marah. Khai sudah berundur ke belakang tangannya masih di udara. Khai memandang Hazreen seperti memberi isyarat dia tak mahu masuk campur.

"A..abang..Dhi...Dhian tak buat apa-apa" tergagap Dhian mengungkapkan ayat tersebut. Takut betul dia dengan Hazreen sekarang. Lihat saje muka lelaki itu berubah garang, ini menandakan dia dalam zon merah.

"Balik" sepatah sahaja ayat yang keluar dari Hazreen.

"Abang.."

"Abang cakap balik Dhian Naura!!!" terhinjut sikit bahu Dhian tatkala Hazreen menengkingnya. Terkelu lidah Dhian, dia kehilangan kata. Suaminya sekarang betul-betul lain. Dia tak pernah lihat sisi tegas Hazreen.

"Nak abang ulang atau abang heret?" soal Hazreen senada. Tangannya sudah dikepalkan menjadi penumbuk.

Dhian yang faham terus berjalan melintasi Hazreen. Tak ada apa lagi yang dia boleh buat selain mengikut arahan suaminya. Kepalanya tertunduk, dia tak berani nak melawan Hazreen. Banyak sangat salah dia dengan lelaki itu.

Isterinya ditenung penuh rasa marah sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah Khai. Kawannya itu selamba badak je berdiri sambil menyilangkan kedua kakinya. Kedua tangan pula sudah berada di belakang. Kurang ajar punya member, tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku tadi.

Hazreen menjegilkan matanya ke arah Khai sebelum dia mencapai satu batu bata yang besar lalu dia baling ke arah Khai. Pantas Khai mengelak batu bata itu dari terkena kakinya. Dia melihat Hazreen sudah membuat gaya penggal kepala lantas beredar dari situ.

Habis itu, kawan-kawan Hazreen yang lain mula keluar dari semak menuju terus ke arah Khai. Tak usah menegur sapa Wadi laju memberi satu tumbukan yang hebat di pipi kanan Khai. Sakit tak terkata, Khai terima dengan redha.

"Sedap kau je kan peluk cousin aku!!" marah Wadi. Hazreen tak bagi, biar dia sendiri yang bagi. Cepat Fattah meluru ke arah Khai yang sudah tersembam ke tanah. Pipi kanannya terasa pedih, ada cecair merah yang keluar di hujung bibirnya.

"Ahahaha.. padan muka kau. Amacam sedap dapat penumbuk free dari Wadi" gelak Yan. Siapa suruh bagi lelaki ni mengamuk. Dah tu yang dipeluk tu sepupu dia a.k.a bini orang.

Fattah menghulurkan sapu tangannya ke arah Khai. Lengan Khai pula dipegang erat, menolong lelaki itu untuk bangun semula. Memuncung bibir Khai, darah di hujung bibir di lap perlahan.

"Kau apahal?" soal Yan. Dah kena makan penumbuk diam terus. Kuat sangat ke sampai jadi bisu macam Fattah pulak budak Khai ni.

"Takde ahh..nanti mesti Man tak bagi aku menang competition next month" kata Khai. Dia tak hiraukan penumbuk Wadi tadi, dia lagi kisahkan pasal kerjayanya. Wadi yang tak habis marah lagi terus menumbuk pipi Khai sebelah kiri pula. Terjatuh lagi Khai ke tanah. Kini Fattah biarkan saje.

Memang padan Khai kena kali kedua. Orang sibuk pasal pergaduhan tadi, dia boleh fikir pasal pertandingannya.

Dhian biarkan saje Hazreen jalan ke depan. Berhenti sekejap Dhian mencari nafas. Semput mengejar langkah Hazreen. Kaki galah langkah besar tak macam dia. Semua badannya sakit sekarang ini.

Hazreen yang perasan tiada bunyi derapan kaki Dhian terus memusing badannya ke belakang. Matanya memandangkan tubuh kecil itu sudah terbongkok-bongkok.

Dhian pula terus berdiri tegak apabila dia lihat kaki Hazreen menghampirinya. Diangkatnya muka melihat wajah Hazreen. Tiada perasaan, kosong sahaja.

"Dhian ok..abang jalan lah dul..aarrggh!!." Dhian tak sempat menghabiskan ayatnya, dia dapat rasakan badannya dicempung Hazreen. Lelaki itu membawa tangan kecil Dhian ke lehernya suruh berpaut.

DINDA HAZREENOnde as histórias ganham vida. Descobre agora