Bab 27

3.1K 132 0
                                    

"Hah ni la rumah kita. Meh masuk!" tutur Hazreen. Dia mengangkat bagasi mereka masuk ke dalam rumah kondominium yang sudah dibeli Hazreen lama. Hazreen beli rumah ini sewaktu Dhian menerima lamarannya. Tiga hari selepas Dhian terima dia terus membayar sepenuhnya duit rumah itu.

Dhian hanya memandang sekeliling rumah itu, beg tangannya diletakkan di atas meja. Dia perhatikan setiap sudut perabot yang disusun cantik. Hazreen hanya memandang ke arah Dhian yang masih diam tak bercakap apa.

"Kenapa awak tak suka ke?."

"Saya suka, cantik awak susun perabot" puji Dhian. Ruang rumahnya sangat luas walaupun mereka hanya duduk di kondominium.

"Itu pun saya panggil kawan yang lain tolong sekali. Nanti kalau kita dah ada keluarga besar saya beli rumah baru" jelas Hazreen memang tak dia nak buat seorang diri. Hazreen sudah tersenyum senget melihat Dhian yang masih membelakangi dia. Ayatnya yang terakhir penuh maksud tersirat.

"Apa maksud awak keluarga besar?" berkerut dahi Dhian. Dia terus memusingkan badannya menghadap Hazreen yang masih di depan pintu.

"Takde apa la, nanti awak faham jugak." Senyum Hazreen nipis, kakinya mengorak langkah ke arah isterinya sebelum tangannya mula melingkar di pinggang ramping Dhian. Wajahnya mula didekatkan di telinga Dhian.

Dhian yang terkejut dengan tindakan drastik itu hanya membiarkan sahaja dirinya dipeluk Hazreen.

"Boleh tolong saya angkat barang?..." bisik Hazreen seksi ditelinga kanan Dhian. Dhian hanya tersenyum lalu menolak tubuh sasa itu jauh darinya. Wajah Hazreen yang terkejut dipandang sepi.

Dia mula mencapai beg tangannya tadi lalu senyuman mengejek ditayangkan. Hazreen tak faham maksud senyuman itu.

"Maaf, tangan saya dah penuh." Dhian beredar pergi ke arah bilik utama. Hazreen hanya tergelak mendengar jawapan yang diberi Dhian. Dia ingat lagi jawapan yang sama dia ucapkan kepada Dhian satu tika dulu.

"Apa boleh buat nasib sayang..." Terpaksa dia buat seorang diri. Dia mula mengangkat beg bagasi itu masuk ke dalam bilik. Berat macam batu lagi berat daripada beg yang dulu dia pernah bawa.

———————————————————————

Pin,Pin,Pin.

"Seroja!" laung Wadi dari dalam kereta tingkapnya sudah diturunkan. Dia yang baru pulang dari tempat kerja melihat gadis yang disukai sedang menaiki basikal.

"Eh Wadi!, baru habis kerja ke?." Seroja perhati baju kemeja masih tersarung di badan Wadi. Wadi hanya mengangguk kecil sahaja dengan persoalan Seroja.

"Nak pergi mana ni?."

"Ouh Seroja nak pergi depan kejap ummi suruh beli rojak" terang Seroja. Dia pun sebenarnya baru pulang dari tempat kerjanya Tadika Mesra.

"Kalau macam tu nak tak Wadi belanja Seroja makan cendol?" ajak Wadi. Bagus jugak makan cendol lepas balik kerja ni.

"Boleh juga. Seroja jumpa Wadi dekat depan sana nanti." Seroja mula mengayuh basikalnya. Wadi berada di dalam kereta dah mengetuk stereng keretanya. Digigit bibirnya menahan malu. Seroja setuju makan cendol sekali pun dia dah suka inikan pulak terima lamarannya nanti.

Dia ada berhasrat untuk lamar Seroja. Tapi bagi Seroja selesa dulu dengan dia. Lepas itu, baru dia masuk meminang.

Mereka berdua sudah sampai ke gerai cendol yang terletak di tepi jalan. Wadi memesan dua cendol dan satu bungkus rojak untuk dibawa balik ke rumah.

"Macam mana kerja harini ok?." Dia pandang mata Seroja yang sedang berselera memakan cendol didepannya. Walaupun gadis itu tak perasan dibiarkan sahaja.

DINDA HAZREENМесто, где живут истории. Откройте их для себя