Bab 24

2.9K 140 3
                                    

"Haih...pengantin lelaki tak masuk lagi?." ujar Wadi. Dia yang melihat kawan-kawannya semua sudah ada dekat luar rumah. Akad nikah diadakan di rumah Wadi. Naura yang nak buat dekat rumah Mak Longnya.

"Ni tolong pengantin lelaki bersiap." Khai hanya bersandar di kereta sahaja melihat Hazreen yang sibuk membetulkan rambutnya.

"Kau diam la!. Fattah pegang la betul-betul!." Marah Hazreen menyuruh Fattah memegang cermin yang dibawa dari rumah Opah Som tadi. Fattah hanya akur sahaja. Guna cermin sisi kereta tu taknak. Nampakkan yang Hazreen ni tak bijak.

"Kau tak takut ke Man nak jabat tangan tok kadi nanti." Yan bertanya sambil tangannya membetulkan samping Hazreen. Dilipatnya biar kemas. Dah tak terurus dia melihat Hazreen.

Sebenarnya Hazreen bangun lewat tadi. Sudah banyak kali dikejutkan Opah Som dan Puan Hizarah tapi dikuncinya pintu bilik. Katanya biar aura pengantin dalam bilik dia. Sekali dia mendapat panggilan dari Wadi ditanya dimana keberadaan dia. Baru la dia teringat hari ni hari pernikahannya.

"Apa nak takut salam je la." Hazreen mencapai songkoknya yang dipegang Fattah. Dia menyarungkan songkoknya dibagi kemas.

"Wah berani, kau tak tengok lagi muka tok kadi cakap senang ah. Nanti dah salam terketar member. Hahaha" gelakkan Yan. Macam la dia taktahu yang Hazreen ni dulu bukannya berani sangat. Pernah dulu dia nangis sebab tak hafal satu surah yang ustaz suruh.

"Dah la tu Man, masuk cepat!" arah Wadi. Dia selaku tuan rumah dan ahli keluarga pengantin perempuan kena la pasti majlis berjalan dengan lancar.

Hazreen mengambil tempat duduknya. Wadi disebelah kirinya manakala Fattah disebelah kanannya. Khai dengan Yan dibelakang mereka.

Sejurus itu Haji Mannan masuk lalu mengambil tempat duduk di depan Hazreen. Dia memandang tajam ke arah Hazreen. Kecut perut Hazreen dibuatnya. Ditelan air liur sambil hujung matanya melihat Puan Zatul mengiring Dhian dibelakang.

Dikalihkan matanya kembali melihat Haji Mannan. Dia tak mahu melihat Dhian sekarang yang dia tahu mesti cantik gadis itu memakai busana pengantin.

"Cantik weh isteri kau Man." ujar Khai. Dia pujinya kecantikkan Dhian yang cantik dihiasi makeup. Kalau tak pakai makeup dah cantik inikan pulak pakai makeup lagi bertambah cantik. Semua kawan Hazreen sudah memandang ke arah pengantin perempuan kecuali Hazreen. Dia taknak pandang selagi tak akad nikah.

"Tengok la cousin siapa." Wadi mengangkat bahunya menunjukkan dia bangga punya sepupu cantik seperti Dhian.

"Pigidahh!, cousin je pun bukan abang." mencebik Yan melihat muka bangga Wadi.

"Dah la tu tak payah la pandang lama-lama bakal isteri aku!." Marah Hazreen dia tak pandang lagi sibuk kawan dia yang lain pandang. Dia berpaling ke sebelah kanan melihat Fattah tak habis memandang Dhian.

"Kau pun Fattah...Dhian aku punya la!! pandang la tempat lain." Ditolaknya sikit wajah Fattah yang tak habis memandang Dhian. Dia cemburu kalau Fattah pandang Dhian. Fattah hanya tersenyum nipis sahaja. Kuat betul cemburu si budak Hazreen ni.

"Sedia?." Tanya Haji Mannan. Hazreen yang dah berpeluh mengangguk dengar pertanyaan Haji Mannan tadi. Tangan Hazreen digenggam kuat oleh Haji Mannan.

"Aduh sakit!." adu Hazreen perlahan.

Haji Mannan pandang sahaja gelagat Hazreen. Dia baru genggam sikit dah sakit. Tergelak kawan Hazreen dengan ayatnya tadi. Lemah betul la Man ni. Hazreen hanya tersengih sebelum dia meminta Haji Mannan untuk teruskan.

"Hazreen Luqman bin Hamizan."

"Ye, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Dhian Naura binti Irsyad dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Dhian Naura binti Irsyad dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!" jawab semua tetamu lelaki. Sekali lafaz sahaja dia sudah digelar suami kepada Dhian Naura.

Sesudah habis membaca doa Hazreen mengorak langkah ke arah Dhian untuk acara pembatalan air sembahyang. Jantungnya tak payah nak cakap dah berdegup kencang. Cincin yang dihulur oleh Puan Hizarah tadi diambil.

Menggigil tangannya menyarungkan cincin itu dijari manis Dhian. Dhian turut buat benda yang sama. Dhian menghulur tangannya untuk menyalami tangan jejaka yang sudah sah menjadi suaminya.

"Man salam Dhian tu." arah Puan Hizarah. Pelik dia tengok anaknya tak habis pandang Dhian dari tadi. Dah kenapa taknak salam dah halal taknak salam pulak budak ni.

"Ouh boleh salam ke?." Tanya Hazreen dia dah menggaru belakang lehernya. Tak boleh ke skip part salam ni sebab pipinya sudah membahang malu. Cantik pulak isterinya sekarang.

"Boleh Hazreen..." tersenyum Puan Zatul dengan menantunya ini. Biasa la baru lagi memang malu nak sentuh. Lambat laun dibagi juga tangannya kepada Dhian. Naura perasan yang tangan Hazreen sejuk dari tadi.

"Dah tu cium dahi Dhian, Man." ujar Puan Hizarah. Lambat la anak teruna dia ni buat kerja. Dari tadi kejung je, diarah baru buat.

"Cium apa tadi?." Dia tak dengar dah la bising dengan bunyi flash kamera sana sini.

"Dahi Man!!." Kuat suara Opah Som. Menyampah pulak dia lihat Hazreen yang malu-malu kucing. Diingat lagi bagaimana Hazreen practice salam tok kadi dan salam pengantin perempuan. Tapi tengok la sekarang semuanya serba tak kena.

"Eerk boleh tak skip cium dahi tu. Malu la ma ramai orang..." Perlahan sahaja suaranya bercakap dengan Puan Hizarah. Laju tangan Hizarah menepuk perlahan peha Hazreen. Apa yang nak malu sangat pun taktahu la. Memang adat perkahwinan macam tu semua orang tahu. Hazreen taktahu nak cakap apa lagi tapi sekarang dia malu nak cium dahi Dhian.

"Cepat la Man orang nak tangkap gambar ni !!" jerit Yan. Dia yang sudah keluarkan telefonnya nak merakam gambar terindah kawannya itu. Boleh pulak Man ni lambat buat kerja. Hazreen mendengus lalu dia mendekatkan bibirnya ke dahi Dhian.

Cup.

Pantas dia jarakkan balik kedudukan mereka. Muka Hazreen merah dah macam tomato. Dhian masih santai bertenang. Dhian takde pape dia yang lebih sangat malu.

"Weh asal sekejap sangat tak sempat la. Kau buat balik!!" marah Khai. Dia yang baru nak keluarkan telefonnya tak sempat mengambil gambar Hazreen tadi.

"Ye la Man cium dahi kena lama sikit orang nak tangkap gambar moment terindah!" jerit Wadi. Dia dengan Fattah je tak keluarkan telefon malas dia nak ambik gambar nanti dia mintak je sesiapa tolong hantar dalam group Whatsapp.

Geram melihat perangai kawan-kawannya yang mengusiknya saat ini. Dia orang tak ada dekat tempatnya senang la cakap. Mana la dia tahu nak cium lama ke sekejap. Siapa je antara mereka yang kahwin dulu, dia yang first. Kalau pergi rumah orang kahwin dia terus mencari makanan.

Dicium balik dahi isterinya lama. Dengan matanya yang terpejam menahan sakit flash kamera yang tak habis-habis menangkap gambar mereka.

"Ok cantik Man, dah tu Man lepasni sambung dekat tempat lain pulak" ujar Yan sambil dia menyimpan semula telefonnya berlalu pergi ke bawah khemah perutnya dah lapar.

Sudah dia lepaskan ciuman tadi Hazreen mula memandang mata Dhian. Pandangan mereka bertaut lama seperti tiada siapa disekeliling mereka. Dhian yang tersenyum manis ke arah Hazreen, malu pulak dipandang Hazreen sebegitu.

Hazreen membalas senyuman Dhian. Akhirnya dia dapat jugak tunaikan amanah Hanneef dan berkahwin dengan gadis yang dia cinta iaitu Dhian Naura.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now