Bab 43

1.9K 84 1
                                    

"Yang ni cantikkan Dhian?" tanya Puan Hizarah dia menunjukkan baju blouse bunga-bunga ke arah Dhian. Dhian mengangguk laju. Sementara mereka berdua seronok membeli-belah ada insan lain yang merana di belakang. Hazreen mengikut saje mama dan isterinya sambil membawa semua beg kertas.

Awal pagi lagi mamanya mengajak untuk keluar jalan bersama-sama. Puan Hizarah teruja bila ada kawan untuk shopping sekali, sebelum ini Hazreen yang menemaninya itu pun selalu balik ke rumah cepat. Kini tidak lagi sebab dia sudah ada menantu.

Sekali-sekala Dhian pusing ke belakang melihat Hazreen yang termengah-mengah membawa banyak barang. Risau pulak dia kalau Hazreen sakit.

"Mama banyak sangat ni" kata Dhian, dia yang melihat bakul ditangan mak mertuanya sudah penuh dengan pakaian. Kebanyakkan baju yang diambil semuanya RM 50 ke atas.

"Tak apa biar Man bayarkan. Bolehkan Man?!" jerit Puan Hizarah. Dhian memandang sekeliling takut-takut jeritan mak mertuanya didengari oleh pelanggan lain. Ini bukan rumah nak jerit kuat-kuat.

"Boleh apa tak boleh..., ambik la sekali besi-besi ni angkut bawak balik" perli Hazreen. Dia menunjukkan palang yang menggantungkan semua baju di kedai ini.

"Selalunya Hazreen yang selalu bayarkan kalau dia keluar dengan mama" bisik Puan Hizarah perlahan di telinga Dhian. Dhian hanya tersenyum manis, Hazreen dibelakang sudah membuat muka hairan. Main bisik-bisik pulak mamanya.

"Dah kamu berdua tunggu sekejap mama nak pergi. Hazreen kad?." Hazreen terus membuka dompetnya mengeluarkan kad atm, sejurus itu dia meletakkan di atas tapak tangan mamanya. Puan Hizarah tersenyum dan terus berlalu beratur di kaunter pembayaran.

Hazreen beredar pergi ke bahagian baju disebelah sana. Dhian pula membontoti Hazreen, takkan dia nak beratur sekali dengan Puan Hizarah dia bukannya mahu membayar. Dhian mula mendekati Hazreen yang sibuk menilik baju perempuan.

Ditariknya satu baju tersebut dan satu skirt disuruhnya Dhian pegang. Hazreen menyentuh dagunya seperti berfikir. Dhian melihat Hazreen pelik, lelaki itu menyuruhnya angkat baju itu dan skirt dibawah.

"Cantik kalau dinda pakai baju macam ni." Hujung bibirnya sudah terjongket sedikit. Dhian berkerut, gila ke suaminya suruh dia pakai macam ni. Sakit mata memandang baju tak cukup kain.

"Ini bukan baju, ini kain tempah tak siap jahit!

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.


"Ini bukan baju, ini kain tempah tak siap jahit!." Mana akal Hazreen menyuruh dia pakai baju yang tak cukup sifat ini. Jauh sekali dengan penampilan ayunya.

"Sesuai apa dengan awak." Saje Hazreen mengusik, ingat dia suka sangat kalau Dhian pakai baju ni, lagi elok kalau Dhian pakai t-shirt biasa sahaja di rumah.

Dhian mula terfikirkan idea jahat. Dia mengerling sekejap ke arah Hazreen yang sakan mentertawakannya.

"Cantik jugak, nanti boleh pakai tunjuk dekat Fattah. Dia mesti suka." Dengar sahaja nama Fattah terus mati senyuman Hazreen.

DINDA HAZREENOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz