Bab 59

2.8K 107 15
                                    

"Reverse card."

"Dhian jalan" ujar Dhian semangat.

"Asal pulak kau jalan, tadi kan aku dah skip kau. Aku lah jalan" kata Yan. Di tangannya tinggal lagi lima kad sahaja.

"Ye lah tadi kan Yan dah skip Dhian, lepastu Yan letak reverse card. Dah tu Dhian lah pulak jalan." Terang Dhian semula kepada Yan. Dia tak boleh kalah dengan lelaki di depannya ini. Sekarang tinggal mereka berdua sahaja yang bermain.

"Eh aku ni cikgu!, kau tak payah nak ajar aku main game ni!" bengang Yan. Ingat dia bodoh sangat ke main kad. Pandai-pandai je Dhian ni nak mengajar dia.

"Eh main Uno pun nak bergaduh ke?!!" celah Wadi. Dari tadi lagi dia tunggu dua orang ni habis main game. Mereka semua ada di luar rumah Wadi. Di atas pangkin berhadapan dengan sawah padi.

Fattah tengok saje pergaduhan antara Yan dengan Dhian. Hanya gerak mulut saje dah membuktikan mereka sedang berperang mulut. Telinganya sudah lama tertutup dengan headphone. Langsung dia tak dengar apa yang mereka gaduhkan. Layan lagu lagi bagus.

Mereka tunggu game habis memandangkan Fattah menang terlebih dahulu dan diikuti pula Wadi. Tinggal Yan dengan Dhian sahaja yang bermain. Kalau main dengan Yan memang dia sorang saje nak menang. Sama lah perangai macam Hazreen.

Nasib baik Dhian boleh berbincang lagi, kalau tinggal Yan dengan Hazreen dah bertumbuk dua ekor tu gaduh siapa yang menang dulu.

Pada masa yang sama ada dua jejaka yang baru sampai ke rumah Wadi dengan menggalas beg masing-masing.

"Aku takut lah Khai..." ujar Hazreen. Dia sebenarnya takut nak berjumpa dengan Dhian. Takut kalau Dhian marahkannya.

"Apa benda yang kau nak takut sangat. Bukannya kau jumpa hantu pun." Apa lah yang Hazreen nak takutkan sangat nak jumpa isteri je.

"Kau apa tahu, ini kalau marah lagi seram dari langsuir. Tu siap hari bulan langsuir pun hilang job tau.." merapu Hazreen. Khai di belakang menggelengkan kepala. Merepek je kawan dia ni.

Sekilas saje Dhian melihat Hazreen dengan Khai berdiri di tepi kereta. Kali kedua dia pandang semula dia nampak kedua-duanya membawa beg. Nak pergi mana pulak ni?.

"Mai dah, mai dah...." Hazreen dah cuak bila Dhian mula menghampiri mereka. Walaupun Dhian jalan perlahan tapi aura seram sudah dapat dia rasa. Menggigil kakinya.

"Tu langsuir kau dah datang." Khai tambahkan lagi rasa risau yang selubung di hati Hazreen.

"Abang nak pergi mana?." Hairan tiba-tiba je suaminya bawa beg. Rasanya dia takde buat salah, takkan nak merajuk lagi.

"Erkk..hiking dengan Khai." Pantas tangan Khai mengetuk kepala Hazreen. Kenapa nak menipu depan isteri. Dhian dah kerutkan dahi. Apa yang Hazreen cuba sampaikan.

"Abang..." Hazreen dah mula berpeluh. Dhian dah pandang dia semacam lagi lah dia takut.

"Abang..?" ulang Dhian.

"Abang kena pergi Australia."

"APA??!!!" jerit Dhian. Suaranya yang lantang menarik perhatian Yan dan Fattah. Wadi pun turut menghampiri mereka. Apa yang bising sangat?.

"ABANG TAK BAGITAHU DHIAN PUN SEBELUM NI!!."Takde pulak Hazreen bagitahu dia apa-apa. Senyap saje.

"Yang kau tak bagitahu dia kenapa setan.." bisik Khai ditelinga kanan Hazreen. Patut lah member ni takut nak cakap rupanya tak bagitahu lagi.

"Abang tahu kan due date Dhian dah nak dekat." Lagi beberapa minggu Dhian nak bersalin kata doktor. Tiba-tiba dapat tahu Hazreen nak pergi jauh. Isteri mana tak mengamuk.

DINDA HAZREENWhere stories live. Discover now